Justin Bieber




Aku pun pelik macam mana orang putih membina dan mempromosikan BRAND. Tak kiralah orang ke, produk ke... mesti meletop punyalah. Yang terbaru ni kegilaan manusia terhadap satu budak lelaki nih, JUSTIN BIEBER. Jadi aku carilah apa yang best sangat dengan budak ni? Berikut adalah fakta yang best aku nak kongsikan pada korang semua:

  • Nama lengkap Justin Bieber adalah Justin Drew Bieber
  • Ia lahir tanggal 1 Maret 1994
  • Nickname yang dipakai: J-Beebs, JB, Biebs, Bieber, Beebs
  • Nama Ibunya adalah Pattie
  • Nama Ayahnya adalah Jeremy Bieber
  • Ayahnya suka memainkan gitar, dan ibunya menyanyi
  • nenek-Nya adalah seorang pemain piano besar.
  • Ayahnya telah menikah lagi
  • Dia sangat protektif terhadap adiknya
  • Dia ingin membeli rumah untuk ibunya ketika ia memiliki $ 1.000.000.
  • Dia mulai berkencan ketika ia 13.
  • Ciuman pertamanya adalah ketika ia berusia 13.
  • Acara TV favoritnya adalah smallville.
  • Video game favoritnya adalah NBA 2K.
  • Warna favoritnya biru dan ungu
  • Makanan favoritnya adalah spaghetti
  • Dia fasih berbahasa Perancis
  • Dia takut berada di ruang yang sempit atau tertutup
  • Nomor favoritnya adalah 6
  • Musik favoritnya adalah R&B dan Pop
  • Seniman favoritnya, Usher, Michael Jackson, BoysIImen, Stevie Wonder.
  • Dia menyukai air mineral
  • Minuman favoritnya adalah jus jeruk
  • Dia memiliki kakak tiri bernama Jazmine & jaxon
  • Dia adalah seorang yang kidal
  • Dia bisa bermain terompet, gitar, piano, dan drum
  • Dia bisa menghitung sampai sepuluh dalam bahasa Jerman
  • Kedua teman terbaiknya adalah Ryan butler dan Christian beadles
  • Saat yang paling memalukan adalah ketika kakinya patah saat menyanyi di panggung, dan
  • dengan santainya dia keluar panggung
  • Ia dibesarkan di Kanada (Stratford Ontario)
  • Label musiknya adalah Island def jam.
  • Dia suka bermain sepak bola.
  • Kata favoritnya adalah "Shawty"
  • Dia suka taco
  • Ia suka skateboard dan bisa memainkannya dengan baik
  • Sahabat terbaiknya adalah butler Ryan & Chaz Somers
  • Dia suka mata biru
  • CD pertamanya keluar pada 17 Novemeber 2009
  • Dia sekarang berteman baik dengan Taylor Swift
  • Dia bermain empat instrumen, gitar, piano, drum dan terompet
  • Dia mencintai semua penggemarnya!
Okey, dah tau serba sedikit tentang budak ni? Tapi... aku masih tak paham la kenapa budak pompuan suka sangat dengan dia nih...??!

Reka Tee Contest

Tajuk: Our planet, our Lives

Alhamdulillah, setelah dua kali submit (yang first kantoi sebab ada lebih dari 8 warna), akhirnya lepas untuk penyertaan artwork nih. Harapnya korang sudi mengVOTE artwork aku ni. 

Klik di sini:
http://www.rekatee.com/design/submission/1272-Our-Planet-Our-Lives/

Aku cuma sasarkan kepada keindahan kita sebagai manusia dan keindahan bumi yang kita diami ini. Kalau bomi dah tak ada, takdelah jugak aku, karya aku dan kamu yang membaca entry ini... heeee! Vote eh!

Aku sungguh rajin sekarang!

Semalam aku berjaya siapkan satu manuskrip. Masih dok lintang pukang buat sketches nak menggambarkan apa yang tercalit dalam bait-bait cerita tu. Kalau ikut congakkan aku mau ada 30 illustrasi aku nak kena gambarkan. Takpe, semua tu masih dalam proses. AKu pun tak tau sangat prosedur menghasilkan buku dari syarikat penerbitan. Setakat ni yang biasa aku buat hanyalah mengilustrasikan perenggan yang diberi.

Tapi kali ni aku kena full-force. Akulah punya penceritaan, akulah punya konsep dan illustrasi.

Sambil sambil develop tu, terbuatlah satu watak budak kecik comel nih. Malangnya dia terlalu comel untuk watak-watak yang ada dalam projek buku aku tu... Hmm... kena ubahsuai lagilah jawabnya...

Oleh kerana sayang pulak nak ditinggalkan begitu saja, sempat gaklah aku jadikan widget kat belah kiri blog aku nih. Comel tak? Kalau korang berminat nak pakai, boleh aje... Klik kanan > Copy Location Image dan masukkanlah script si AdiWidget tu...

Karekter ni gak aku gunakan dalam RekaTee Contest. Aku baru submit 3 je dlm RekaTee tu. Satu lepas, satu kena reject sebab ada gradient dan yang terbaru ni sebab ada contest dan rasanya watak ni sesuai dengan tema yang diberikan. Suka-suka jer...

Tengoklah sehari dua ni, kalau design aku tu lepas, aku mohon jasa baik korang untuk vote kannya... eh!

Kalau aku Superhero


Dalam dua tiga hari ni aku tengah pecah kepala mencipta watak-watak untuk projek buku aku sendiri tu. Dalam pada tu, aku search punya search rujukan di gugel, aku banyak nampak karekter superhero Jepun ataupun mat saleh. 

Sebenarnya dalam sejarah menghasilkan karekter kartun, watak superhero adalah yang paling jarang aku ketengahkan. Ntah la... aku memang takde superhero idola. Sejak kecil aku dah dimomokkan dengan cerita Ultraman, Heman, Kesatria Baja Hitam, Transformer, Thunder Cat dan banyak lagilah watak superhero termasuklah Superman. Tapi takde satu pun yang melekat di kepala otak aku.

Jadi aku tergeraklah nak buat satu karekter superhero. (Sebenarnya lebih kepada design semula watak superhero sedia ada dan jadikan chibi stail jer...) Lalu aku memilih Kamen Rider. Aku pun tak la tgk dan tahu pun apa-apa pasal watak superhero ni.

Sambil sambil tu aku berangan... KALAU AKU SUPERHERO, watak yang macam mana aku nak eh? Kalau hero selamatkan bumi, selamatkan bandar tu dah kira kliche sangat. Memang tujuan superhero diciptakan untuk menyelamatkan keadaan.

Aku terfikir gak nak jadi seseorang yang boleh tahu masalah orang dengan jadi HALIMUNAN. Pastu aku cuba selesaikan masalahnya dengan mendapatkan sumber-sumber yang boleh membantu orang yang ditimpa masalah tu... tapi, kliche gak!!!



Apa lagi superhero yang belum ada sesiapa jadi eh???...

Tugasan Selesai!

Alhamdulillah! Hari ni aku betul-betul happy sebab dapat selesaikan kesemua projek dalam tangan. Tunggu approval dari editor je. Bila dah selesai, aku bersedia untuk projek seterusnya!!!

Semalam aku dah dapat konsep tentang buku genre agama untuk kanak-kanak yang bakal aku tulis sendiri. Harapnya ianya juga memberi kepuasan kepada kerjaya aku bila ianya betul-betul dapat direalisasikan dalam tahun ni... insya-Allah!

Foxy: Behind the scene

Kesemua karekter yang aku buat bermula dengan sketch. Ada kalanya aku imagine terus di illustrator terutamanya bahagian kepala karekter. Pada aku bahagian ini lah penentu kepada kecomelan sesuatu watak yang aku hasilkan. Bila bahagian penting dah dapat diwujudkan, barulah aku sambung kepada gaya atau posisi di bahagian badan kaki dan elemen-elemen lain yang berkaitan.


Ini adalah rupa asal sketching aku. Aku suka sketch menggunakan pensil warna. Kenapa? Sebab... pada scanner biasanya terdapat 3 cara scanning (warna/grey/black & white). Kalau aku rajin nak inking (hitamkan garisan cara manual menggunakan artline pen atau marker pen). Aku kena pastikan artline baru tu lebih kemas dan detail dari sketches asal. Pastu aku amik opsyen B&W semasa scan.

Kalau aku malas pulak... aku amik opsyen scan 'warna'. Ini bagi memudahkan aku membuat tracing dalam illustrator sebab warna sketch tidak mengganggu line yang sedang aku buat dalam proses tracing.




Ini adalah hasil bila aku dah siap bubuh outline dan baiki mana-mana proportion yang rasanya tak menjadi di sketches tadi. Proses ini memberikan aku lebih kreativiti untuk mengolah lagi karekter ni supaya nampak sangat best untuk ditatap.

Okeylah korang! Ada kesempatan nanti aku akan buat simple tutorial macam mana nak melukis di Adobe Illustrator dan simple 3D inking... 

Nak sambung siapkan illus. Baru nak masuk illus yang ke 13... ngee!

Jom join Earth Hour esok!


Esok, 26 Mac 2011 adalah Hari Earth Hour iaitu satu kempen padamkan lampu di rumah, atau mana-mana tempat yang berlampu selama 60 minit (1 jam). Tahun lepas aku join dengan keluar gi makan malam selama sejam lebih. Aik? Apa kena-mengena Earth Hour dengan makan malam aku?

Yelah... kempen ni kan berlangsung selama 1 jam. Jadi bagi menyahut seruan kempen ni, aku pun menutup semua lampu di rumah aku dan pergi le makan malam kat luar! Jadi secara tak langsung aku dapat menyertai kempen seluruh dunia ni dan kempen perut aku sekali... ngee! :)

Okey, kalau korang berminat nak join gak, boleh gunakan poster kempen yang aku buat ni dan tempeklah di blog anggun lagi menawan korang tu yek!

Fly wid Me!


Esok teman tido aku akan ke Sarawak (ikut rombongan PUSPANITA) selama 4 hari-3 malam. Tengok pada jadual aktivitinya memang padat. Orang kata, nak kentut pun tak sempatlah!!!!

Dan... selama itu jugaklah aku jadi Mr. Mama macam selalu-selalu kalau wify aku kena gi out station. Anak-anak pun dah lali (biasa) dengan keadaan macam ni. Kadang aku pulak yang kena gi kursus atau out-station. Nampaknya tahun ni aku bakal-bakal kena gi kursus lebih dari 7 hari yang ditetapkan oleh jabatan... eh? Korang tau ke aku keja mana? Hahaha... rahsia!

Harapnya Pn Wan Jeydah aku tu hepi dan selamat pergi, selamat kembali!

Jadi sempena wify aku nak up-up and away ni, sempat gak aku sketchkan satu Doodle ( eh ni nama baru ke? Tuan punya perkataan!!! Aku tumpang pakai yek!). Kalau ikutkan kebiasaan, aku suka karekter aku berartline (ada outline di keliling artwerk). Tapi aku mencuba-cuba coloring tanpa outline. Ok ke tak ok?

Tadi dah hantar lagi 2 keping ilus. Tinggal 10 artwerk aku nak kena pulun gila-gila. harapnya sempatlah siapkan paling lambat pun 2 minggu lagi... hope lah!


(artline untuk gambar di atas. Kalau nak ambil dan nak coloring, dibolehkan. Tapi jangan ubah atau mengaku artwerk nih korang yang buat. Tak malu namanya!)

Macam Mana?


Macam mana hari ni? Pegi kije takde jem langsung? Macam mana "date" semalam? Dapat menyelami karekter pasangan baru anda? Macam mana dengan urgent job yang bos bagi sekejap tadi? Dah mula buat ke belom? Macam mana dengan darah tinggi atau sakit jantung anda dalam masa terdekat ni? Ada tanda-tanda anda nak kena bergegas ke hospital?

Macam mana pulak dengan rombongan lawatan atau kursus yang akan atau sedang anda hadiri? Dapat fokus kepada dendangan sang penceramah di depan? Atau anda masih sibuk update facebook anda!

Macam mana dengan hubungan dengan kekasih/suami atau isteri anda semalam? Ada sesi merajuk-rajuk ala-ala hindustan ke? Atau ada yang "tertangkap" dengan pasangan masing-masing kerana menyimpan "Kekasih Gelap"?

Macam mana dengan nasib kita hari ini? Adakah mendatar dan hambar seperti hari-hari sebelumnya... atau ada keceriaan yang menanti di hadapan? Atau ada kemurungan yang bakal melanda? Mintak dijauhkan dan semoga Allah memberkati urusan kita hari ini, dari pagi hinggalah keesokan paginya...

Jangan lupa tanggungjawab kita pada keluarga, kerja dan yang penting kepada Maha Pencipta!

Freebies: Saya Sukses!



Okey... satu lagi karektor ala-ala gadis muslimah la kononnya. Ni kira freebies untuk korang terutamanya kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM hari ni. Atau kepada awek-awek yang berjaya dalam apa jua urusan you all hari ni.

Tahniah kepada korang sebab dah berjaya membuat sesuatu yang menyenangkan hati pada hari ini!!!

Boleh print dan cutout karekter ni. Nak buat penanda buku ke, apa-apa ke... Tapi jangan lupa pesan tok-nenek yeh! No Edit Pleaseeeee......!!!

Novel Update: Illustrasi 6-8

Alhamdulillah, pagi ni dapat submit lagi 3 dan takde reject. Malah Editor suka dengan penambahan elemen dalam artwerk yang kali ni. Okey, sambung kerja lagi... (Target nak siapkan 2 lagi untuk hari ni..)






Okey tak illustration nih? Perempuan tua tersebut adalah ahli sihir yang menyamar menjadi seseorang...

Chinese Girl


Chinese Girl - Karektor ni ada dalam projek aku. Tapi masa versi satu dulu, aku tak detailkan pemakaian dan rupa karektor tersebut. Aku bercadang akan cuba rebuild karektor tersebut seperti yang ini. Kalau tak sempat atau tak lulus... karekter ini masih boleh aku jadikan watak dalam projek persendirian aku pulak...

Tupey




TUPEY - senang nak namakan karekter ni sebab memang dia tupai pun... Karekter ni asalnya ada dalam illustrasi untuk projek buku yang sedang aku buat tu. Tapi aku finalekan dengan artline yang lebih kemas dan coloringkan sket, biar nampak hidup watak ni... kan!

Happy Girl GIF


Gatal tangan nak buat animated gif plak karektor ni. Okey, sesiapa yang berminat nak buat widget dipersilakanlah... Tapi RULES tetap RULES. Korang diberi hak menggunakan tanpa mengubah sebarang keoriginalannya eh!!!

Happy Girl Finale


Yeah! "Happy Girl" siap di Finalekan. Amacam, kiut tak watak nih? Aku tengah develop beberapa karektor untuk dijadikan karektor dalam projek buku aku (soon). Tengah cuba merealisasikannya...

Freebies: Happy Girl



Pagi ni sempat scan dan coloring satu karektor. Aku cuma letakkan nama dia "Happy Girl" jer. Karektor ni aku benarkan korang guna sebab karektor ni cuma develop sketch jer. Tapi mesti ingat RULES aku! Guna tanpa mengedit sebarang bahagian dari illustrasi ni (termasuklah signature aku sekali). Aku sediakan banyak ruang putih supaya anda yang berminat nak guna boleh tepek artwork nih di atas gambar lain. Kalau pandai guna photoshop, korang boleh BLEND gambar ni dengan background lain. Boleh gak dijadikan Kad Ucapan atau penanda buku... kan! :)

Yes! Satu dah kena reject...

Illustrasi ni telah direject dengan bergayanya! (Heee...)
Illustrasi yang ni tunggu kelulusan Lembaga Penapis Illustrasi...

Hahaha... seperti yang dijangka, memang ada rejection pada beberapa artwork yang aku dah buat untuk Novel Izad Menjejak Buku Sakti 2 nih... Itu perkara biasa. kadang semasa kita meluahkan idea kita, kita nampak dalam perspektif kita jer. Tapi perspektif editor kita tak tahu dia nak angle yang macam mana, kan!

Alhamdulillah, mood aku dah kembali okey jer bila menyiapkan illustrasi-illustrasi ni. Tapi yang aku rasa tak berapa best sket, kena ikut karekter buku yang pertama. Hampir keseluruhan artwork aku hasilkan secara manual. Masa tu aku propose karektor yang tak kiut sangat. Nampak realistik sangat...

Masuk buku 2 nih, susah sket la nak buat karektor ala-ala Chiby sket... Emm, takpe. Aku akan hasilkan gak karekter yang Chiby dalam projek yang lain atau sekurang-kurangnya aku mesti jadikan kenyataan untuk terbitkan buku Novel Grafik/ Kanak-kanak dengan cerita dan illustrasi aku sendiri dalam tahun nih. Mudah-mudahan berjayalah akhirnya!



Cikgu Shida: Hanyut


Pagi ni Cikgu Shida dijemput ke Hot FM. Apa yang respek dan suspek adalah ketahanan "perasaan dan mood" dia melakonkan setiap video klip yang dihasilkan. Walaupun nampak buruk bagi seorang wanita dengan gayanya tu, malah beliau seorang pendidik lagi pulak... tapi aku bagi 5 bintang dengan kemahiran dia membuat performance camtu.

(teringat aku buat sketsa Pak Din masa Form 6 dulu-dulu... heee! Memalukan!)

Freebies: Birthday Card


Okey, entry untuk hari ni....

Baru lepas hantar 5 artwork untuk Novel Izad Menjejak Buku Sakti. Taktau lagi, kot-kot editor rasa menyampah dengan artwork aku, kena reject la tu!!!

Jadi sambil-sambil cari idea untuk illustrasi seterusnya, sempat gak aku buat satu artwork untuk dihadiahkan kepada korang semua.

Korang boleh guna-pakai artwork ini untuk hantar ucapan besday kepada sesiapa sahaja dengan PERCUMA! Tapi... ada tapinya! Korang adalah dilarang keras untuk mengubahsuai artwork ini. Aku buat dah cantik dah tu. Kalau korang rasa tak cantik pada pandangan korang, janganlah pakai artwerk nih. Buatlah sendiri... DEAL?

Bateri Keta Kong Kalikong

Pagi tadi semangat giler nak gi kerja. Smalam dapat buat dua illustrasi dan ingatkan pagi ni dapat CARGAS buat 2 lagi. Kluar rumah jam 6.30 pagi dan vroommm!!! Ikut jalan biasa, tapi tup-tup! Isyarat "bateri" keta dah lip-lap... lip-lap macam lampu otromen. Tak boleh jadik nih... kena patah balik! Dibuatnya keta aku stuck kat tgh highway, baik stuck dekat-dekat dengan bengkel keta!

Aku pun u-turn kat jalan nak masuk Cyberjaya dan patah balik ke Dengkil. Sekali hayat bateri tu tak panjang... betul-betul aku stop kat tepi Traffic-Light!!!

Muka dah poyo dah, orang tengok je... Ni mesti keta dia rosak tak servis! Agaknya, itulah orang yang lalu kat tepi aku tu berkata-kata....

Pikir-punya-pikir... tipon kakak sebelah rumah aku, mintak tolong pinjam jumper dan try caj dari keta dia. Brader polis traffik yang duty kat situ pun sempat interview aku. Nasib le dia tak suruh aku menolak ke tepi jalan keta tu.

20 minit kemudian kakak Rozie datang dengan anak dia. Nasib keta aku berjaya di tolak ke tepi dan buat caj guna jumper. Selamat!!! Masih boleh hidup. Aku pun terus je menggagau ke Kota Warisan tempat bengkel aku slalu hantar repair. Dan...

YES!!! Bukan setakat bateri, malah alternator keta aku jugak rosak sekali. Pagi ni jer aku dah terbang RM400. Adududu.... masuknya tak lagi... asyik keluar jer!!!

Mood aku nak mengillus pun macam dah out je nih. Takpelah, aku nak rehat jap... tenangkan fikiran... Kot dapat layan 1 illus pun jadilah untuk hari ni... HUH!

Simpati kepada Jepun


Sebagai seorang manusia yang prihatin, aku mengucapkan takziah kepada rakyat di Jepun terutamanya "Orang Kita" yang berada di sana. Mudah-mudahan semuanya selamat dan kembali pulih. Dengar berita pagi ni, Loji Nuklear dah retak dan ada letupan. Harapnya tidak berlakulah sesuatu yang sangat ditakuti...

Izad Menjejak Buku Sakti 2

Alhamdulillah, illustrasi aku bakal menghiasi sambungan Novel Remaja: Izad Menjejak Buku Sakti 2 keluaran Alaf21. Secara ringkasnya, ada 20 illustrasi yang aku nak kena cergas mulai hari ni. Pagi ni baru aku bukak email dan dalam proses menstudy perenggan yang nak diiluskan. Harapnya aku dapat improve lagi gaya lukisan aku untuk siri 2 ini... nanti aku update lagi tentang projek ini yea...!

Tutorial: Simple NinjaMokz Animation


Muahahaha!!! Dah lama sebenarnya aku nak share tutorial pasal illustration dan animasi. Tapi sebab tutorial ni memerlukan maklumat yang lengkap dan panjang, aku seringkali tak sempat nak selesaikan dari mula sampai habis tutor tu... Last-last, terbengkalai camtu jer.... ahak!

Okey, untuk tutorial simple je kali ni, aku akan share step by step macam mana nak buat Gif Animation macam di atas. Aku ni jenis suka buat animasi yang ada pergerakan nyata, bukan setakat kelip-kelip mata jer, sebab bagi aku pergerakan yang lebih akan memberikan impak yang lebih juga kepada visual tu...

1. Langkah pertama

Korang kena sediakan 2 artwerk (vector ni aku hasilkan menggunakan Illustrator CS3).

Posisi pertama adalah permulaan pergerakan. Contoh seperti di bawah:


Kemudian, korang alih bahagian badan je... bahagian kepala, korang mentenkan. Ini bagi mengurangkan jurang/GAP bila korang buat looping (ulangan) nanti. Ubah kedudukan tangan atau badan atau kaki dari kedudukan asal kepada kedudukan baru yang menampakkan pergerakan:


Nampak tak perbezaan gambar SATU dan gambar DUA? Bahagian badan, tangan dan kaki sahaja yang aku ubahkan. Bahagian kepala biar mantain jer...

2. Langkah Kedua

Korang buatkan saiz (250px X 300px) di Photoshop untuk saiz Gif kita ni. Aku tak ajar macammana nak guna photoshop yek! Aku anggap korang dah tahu sekurang-kurangnya basic pasal Adobe Illustrator dan Photoshop, tak kiralah versi berapa.

Bila dah siap new fail dengan saiz yang dinyatakan di atas tadi, korang boleh masukkan artwerk 1 dan 2 ke New File tadi. Caranya ada dua, sama ada korang nak Copy dari Illustrator dan Paste ke dalam Photoshop... atau korang nak gunakan kaedah Place (File > Place > Pilih imej yang nak di placekan tadi)...

(Step 1 Photoshop)


Kemudian korang adjustlah kedudukan artwork 1 dan 2 tadi. Pastikan kedudukan di bahagian KEPALA adalah sama di antara layer 1 (artwerk 1) dengan Layer 2 (artwerk 2) dalam photoshop tu...




(Step 2 Photoshop)

Kalau korang perhatikan, imej kartun di atas aku dah tambah dengan meletakkan Baloon Dialog dan bebayang di kedua-dua imej. Ini bagi menguatkan aktiviti watak tersebut.

3. Langkah Ketiga

Pergi ke WINDOW > ANIMATION dan dapatkan kedudukan animasi seperti gambar di atas. 

Caranya, pada ruangan animation tu akan kelihatan petak pertama dengan imej pertama (seperti gambar Step 1 Photoshop). Kemudian, pilih DUPLICATES SELECTED FRAMES (ikonnya sebelah kiri ikon tong sampah).

Langkah seterusnya, anda akan nampak 2 imej yang sama di tools animation  iaitu pada frame 1 dan frame 2. Pergi ke frame 2 dan pilih Layer 2, dan tutup ikon mata pada Layer 1. Anda akan dapati imej kedua pula yang akan kelihatan di frame 2.

Setkan masa di setiap frame kepada 0.5 dan pilih opsyen FOREVER. Ini membolehkan fail ini nanti looping sepanjang masa.

4. Langkah Keempat

Pergi ke FILE > SAVE FOR WEB & DEVICES. Pada PRESET di sebelah kanan, sila pilih format GIF 128 Dithered. Pilih juga format GIF di sebelah bawah preset tadi. Jika anda nak buat background imej tadi transparent, pastikan anda tutup LAYER BACKGROUND di layer photoshop terlebih dahulu, kemudian baru save ke web& devices ni...

Klik juga opsyen interlaced supaya imej anda boleh nampak dengan background transparent.

Okey! Rasanya itu sajalah step nak buat simple animation nih. Sorilah, untuk STEP 3 dan 4 takde gambar untuk rujukan. Jika korang ada masalah tentang dua langkah terakhir tu, korang maklumkanlah pada aku yek. Aku akan bantu sehingga menjadi animasi korang.

SELAMAT MENCUBA!



Kerana wanita itu, aku...


Hari ni, Mem sibuklah dengan "Hari Wanitanya"... dan sibuklah dengan ayat "Hari ni hari wanita, boleh buat sesuka hati!" Banyaklah sesuka hati...



Bila hari lelaki (eh ada ke?) taknak pulak dia ingatkan, "Eh, papa hari ni hari lelaki... taknak buat sesuka hati?" Jawapan aku mesti NAK PUNYA!!! (Agak-agak apa yang best aku nak buat sesuka hati tu ek?).

Apa pun, kerana wanita itu... aku lahir ke dunia! Aku boleh mencapai cita-citaku!  - Itu mak akulah...

Kerana wanita itu... aku menangis macam budak kecik dalam premis Mc Donald kat depan Puduraya tu...! - Itu Ex Girlfren aku laa...

Kerana wanita itu, aku adalah aku yang sekarang! Ada orang yang jaga aku, ada yang membahagiakan aku, ada yang support aku (walau kadang-kadang semua idea aku kena reject!), ada anak-anak yang kelam-kelibutkan rumah aku...

ada teman sewaktu tidurku.... Dialah isteriku...

Terima kasih buat IBU - Nafsiah Bte Halil dan isteriku Wan Zaidah Bte Khasbollah kerana anda berdua telah mewarnai kehidupanku yang kadang-kadang berwarna 50an (hitam putih la tu...) dan kadang-kadang keRETROan...

Aku sayang kamu berdua!

Hikayat Merong Mahawangsa


Poster asal: Klik Sini

Filem bergenre aksi/epik terbitan KRU Studios berjudul ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ ('The Malay Chronicles - Bloodlines' dalam versi antarabangsanya) telah berjaya menarik minat pengedar-pengedar antarabangsa di European Film Market yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 11-21 Febuari lalu, sekaligus mencatat jualan mencecah jutaan ringgit.

Setakat ini bagi hak edaran luar negara, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ telah terjual di United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan di 22 negara Timur Tengah. Ini menjadikan ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ filem tempatan pertama yang mendapat edaran secara meluas di peringkat antarabangsa dan yang paling berjaya dari sudut perolehan eksport.

CEO Epic Pictures Patrick Ewald yang bertindak selaku ejen jualan KRU Studios berkata, “Sambutan luar biasa ini hanya berdasarkan poster dan juga klip 8 minit adegan aksi yang dipetik dari filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang menonjolkan kualiti penerbitan lagak ngeri, aksi CGI dan set bertaraf dunia.

"Kami yakin bahawa filem ini bakal mendapat edaran yang lebih meluas apabila ia siap kelak, khususnya untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Cannes pada bulan Mei dan American Film Market pada November nanti."

Menurut Yusry Abdul Halim selaku pengarah filem ini, “Kejayaan ini bukan hanya kejayaan saya seorang tetapi juga kejayaan para karyawan, pelakon, kru produksi dan kakitangan KRU Studios yang melibatkan lebih 300 orang. Saya berharap kejayaan ini akan mencetus lebih banyak lagi kejayaan penjualan filem tempatan di peringkat antarabangsa.”

Filem yang menampilkan pelakon-pelakon dari dalam dan luar negara ini dimantapkan dengan koreografi seni mempertahankan diri yang diterbangkan khas dari Hong Kong.

‘Hikayat Merong Mahawangsa’ dijangka akan siap penerbitan sepenuhnya pada Jun dan dijangka tayangannya pada penghujung tahun ini.

sumber : gua.com.my

Mars Needs Moms



Moms. They start off with “Eat your vegetables! Clean your room! Bathe the cat!” when we’re young, and 16 years later it’s “Don’t go out so late! Don’t go out with that gang! Don’t drive so fast!” We bet all of you, at countless times in your lives, have silently screamed inside your heads: “OMG Mom enough with the nagging already!!”


Yes, our moms may drive us up the wall sometimes but we all know for a fact that it’s for our own good, and most of us just couldn’t make it without our moms :) You know who else knows how important moms are? The Martians!

Aku mohon maaf...

Sebagai manusia biasa, aku dengan rendah hatinya memohon maaf kepada sesiapa yang RASA JENGKEL dengan tulisan aku sebelum ini. Aku ada pandangan aku sendiri dan takde niat untuk bermusuh dengan sesiapa.

Aku pun bukan orang popular yang nak mengagung-agungkan hasil kerja aku. Tujuan aku buat blog ni pun dengan niat ingin berkongsi kesukaan yang aku cipta melalui artwerk-artwerk aku.

Aku sangat meminati hasil kerja mereka kerana aku iri hati dengan anugerah yang dihadiahkan oleh tuhan kepada mereka. Aku juga bercita-cita menjadi seperti mereka dengan sesuatu yang boleh ditinggalkan kepada orang lain jika aku tiada lagi...

Sekali lagi, aku memohon maaf secara terbuka di sini kepada "Kakak" yang aku libatkan dalam cerita aku tempoh hari. Aku memang rasa tak puas hati dengan "Teguran" beliau pada waktu itu, kerana pada aku, walaupun beliau memaklumkan bahawa perkataan yang aku guna tu hasil ideanya, tetapi perkataan tu bukanlah ciptaan beliau. Bab itu je yang aku tak puas hati. Aku rasa tak adil sangat bila aku diperlakukan semacam itu. 

Tapi, aku sedar... walau setinggi mana ego aku nak menegakkan kebenaran, aku tetap dipihak yang salah sebab COPYCAT perkataan yang telah digunakan oleh beliau sebelum itu. Jadi, kalau kakak atau rakan-rakan beliau yang singgah membaca di sini, sampaikanlah MOHON MAAF saya secara jujur dan ikhlas ini kepada beliau. 

Saya pun tak berminat nak panjang-panjangkan perkara ni sebab saya ni NOTHING di dunia Blogger mahupun di mana-mana sekalipun. Saya cuma perlukan "tempat" untuk berkongsi hasil kerja seni saya sahaja.... Wallahu a'lam.


Secret Admire...

Tak sangka, aku masih ada "secret admire" yang dalam diam menjadi peminat artwerk-artwerk aku yang "KERAS" dan tak komersil mana pun. Tapi aku bersyukur, dalam pada keras-keras aku nipun, aku masih menjadi idola dan tempat rujukan itu dan ini, begitu dan begini...

Sekurang-kurangnya, Fardhu Kifayahku telah dilaksanakan. Selebihnya, kalau ada yang nak bagi pahala bonus free sebab mengutuk aku dan apa yang aku buat... terima kasihlah bebanyak! Aku terima dengan hati yang terbuka. AKu tak rugi apa pun!!!

Digital Painting: Baloonz


Ahaha... entry kedua hari ni. Disebabkan bosan kena masuk meeting yang panjangnya dari pagi tadi tak habis-habis, aku sempat siapkan quick-sketch (dalam digital) gambar belon banyak-banyak yang terdapat pada entry "Gi Zoo siri 3 tu... enjoy!

Gi Zoo Negara Siri 3


As salam...
Ini adalah siri jalan-jalan bersama 3Rakyat (Anak-anak haku si Danial Akmal, Nurjihan dan Muhamad Haikal) ke Zoo Negara (anak pompuan aku kata, ZOO NERAKA!). Oleh sebab Haikal pun dah besar sikit, dia dah banyak dapat explore dan mengenal haiwan-haiwan yang ada di sana...

Untuk post kali ni aku cuma pamerkan "my photography view" (apa yang aku nampak, apa yang aku suka... aku shoot)... Untuk potret gambar 3Rakyat nanti aku upload deh!





New Character: Ninja Mokz (Action!)


Yeah! Ini Ninja-Mokz versi Action pulak. Dari artwerk pertama tadi, aku pelbagaikan aksinya pula. Aku sangat suka dengan jenis karekter seperti ini sebab kalau nak buat annmasi cukup mudah! Cuma perlu alihkan tangan/kepala/badan dari timeline frame  pertama kepada posisi lain di frame terakhir. Tapi yang ni, aku cuma buat karekter design jer... belum ada mood nak animate lagi... huhuhu...

New Character: Ninja Mokz


As Salam semua...

Hari ni dapat jugak melenturkan jari-jemari aku untuk buat satu Kawaii. Ekceli, aku tak berapa suka buat illustration jenis detail-detail nih. Just simple dan rasa-rasa catchy je, dah ok dah... Insya Allah artwork ni akan di jadikan produk dalam Momokz Shop@Zazzle!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images