Video Klip: Jihan (Tun Fatimah)



Ini adalah video-klip shooting yang aku buat (test power Nikon D5100). Modelnya adalah anak perempuanku (Nurjihan - 5 tahun) yang sedang bermain gitar. Kononnya shot-shot ni aku buat ala-ala Ana Rafali punya video la nih... Harap korang sudi menontonnya!!

Chill Out!

DMuvii: Pengenalan Tentang Video DSLR



DSLR adalah singkatan kepada refleks kanta tunggal digital (digital single lens refleks). Kamera DSLR menggunakan cermin untuk mencerminkan imej dari kanta kepada pemidang tilik,  yang berada di belakang cermin adalah sensor. Sensor berfungsi mengambil cahaya dan mentafsir ia sebagai isyarat elektronik yang muncul pada skrin kamera anda. Ia lebih rumit daripada itu, tetapi saya tidaklah mahu membebankan otak anda sebelum pelajaran kita bermula!

Semakin besar sensor, semakin berkuasa kamera anda untuk berada di dalam kadar cahaya yang rendah, dan bidang (frame) yang lebih besar akan dapat anda lihat. Sensor yang besar, atau kamera (full-frame), adalah lebih mahal daripada kamera dengan (cropped sensor).

Setiap kamera DSLR mempunyai kebaikan dan keburukan. Untuk mencari kamera yang sesuai untuk anda, anda perlu membuat penyelidikan tentang semua ciri-ciri yang dilengkapi pada kamera dan melihat sumber-sumber berkaitan atau di YouTube untuk rakaman contoh. YouTube telah menghimpunkan banyak sumber khusus untuk pelbagai jenis kamera seperti 5D Mark II, EOS 7D, Nikon D90 dan mengumpul semua jenis DSLR Cinema yang terdapat di pasaran .

Kelebihan merakam video dengan kamera DSLR:

  • Kualiti Tinggi - Hampir setiap kamera DSLR yang boleh merakam sehingga 1080p, yang sangat tinggi kualiti HD.
  • Kualiti visual seperti filem - kamera DSLR boleh meniru rupa filem dengan baik. Ini bermakna video anda akan kelihatan seperti apa yang anda lihat di panggung wayang!
  • Juga Kamera pegun (still camera) - Ingat, DSLR anda adalah kamera pegun, yang memudahkan anda pergi berulang-alik antara mod video dan foto.
Dalam membuat keputusan untuk memilih kamera yang terbaik untuk anda, perlu diingat bahawa teknologi DSLR sentiasa dipertingkatkan dan mempunyai ciri-ciri baru setiap masa. Oleh itu, pilihlah mengikut keperluan pada masa itu, kerana kreativiti tidak akan bertahan lama. Kemajuan teknologi dan kreativiti sentiasa berkembang dan berubah-ubah dan akan meninggalkan kita jika kita lewat bertindak.

Mia Merah Jambu



Athirah Azhar

RM 9.90

ISBN: 978-967-0184-51-7

~48 hlm

Bahasa Melayu

Tarikh Terbit: 15 Jun 2011

Siapa Mia? Kenapa Mia Merah Jambu? Tentu adik-adik inginkan kepastian!Mia gadis cilik yang bersekolah di tahun lima ini seorang yang lemah-lembut. Dia selalu menghormati guru,ibu bapa dan rakan-rakan sebayanya. Namun, Mia tiba-tiba dilanda masalah. Mia berasa terlalu sedih.
Mia menangis.Adik-adik nak tahu, apakah masalah Mia? Bagaimana Mia mengatasi masalahnya? Apakah Mia mampu menyelesaikan masalahnya sendiri atau perlu dibantu orang lain? Apakah Mia mampu ceria kembali?Adik-adik perlu membaca naskhah ini sehingga tamat ya!

Famili Fariz; Mahu Parti Hari Lahir (Siri Famili Genius)



Siti Zarinah
(Illustration by ME!)

RM 7.50

ISBN: 978-967-0184-74-6

~48 hlm

Bahasa Melayu

FAMILI Fariz mengisahkan keluarga Encik Syafik dan Puan Asma bersama empat orang anaknya yang pelbagai ragam. Sifat semula jadi anak-anak yang suka bermain dan kisah suka duka kehidupan di sekolah disertakan dengan nilai-nilai positif daripada Encik Syafi k dan Puan Asma.Diharapkan buku ini mampu memberi serba sedikit nasihat serta pengajaran kepada kanak-kanak di dalam kehidupan mereka.

Tarikh Terbit: 22 Jun 2011


Kisah-kisah yang terdapat dalam siri ini:

  • FARIZ MAHU JAM TANGAN
  • AKIBAT BERBOHONG
  • MAHU PARTI HARI LAHIR
  • HATINYA TERLUKA
  • HADIAH UNTUK CIKGU

Famili Faris bakal terbit!


Seperti yang dijanjikan, buku Famili Fariz (Episod: Mahu Parti Hari Lahir) akan berada julung-julung kalinya di Pesta Buku Selangor yang akan diadakan pada 26 Jun ini. Details tentang harga dan event akan aku update kemudian yek!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images