Last Chapter... yeah!

Pukul 11 tadi pagi dapat last chapter. Sekarang kerja-kerja menyeken dan convert to illustrator... pastu email kat G, pastu gi makan, pastu naik makan... dok belek-belek last chapter, pastu mencongak-congak apa yang nak diilluskan untuk bab-bab terakhir tu... Pastu, balik, mandi, makan lagi, start sketch... Arrrrghhh!!! Stressnya schedule aku hari nih!

Projek Illustration Novel Update

Yeyey! Dah sampai ke chapter 14... tinggal lagi 3 chapter kot kerja-kerja illustration aku akan siap sepenuhnya. Aku rasa, inilah projek paling cepat aku buat. 17 illustration dalam masa 2 minggu... huhuhu!

Sebenarnya, buat illustration untuk novel ni memang layan... ko boleh termasuk sekali dalam jalan cerita tu... kejap ko boleh jadi watak utama, kejap ko boleh jadi watak yang tetiba wujud dalam chapter tu.... heee.... masuk balik ke alam kanak-kanak.

Okey, tengah inking 4 artwork kedua terakhir. Harap hari ni akan selesai dn dapat diemail tu Sis G, supaya aku boleh habiskan chapter terakhir tu... :)

Vector Looking Cat Illustration Using Photoshop


Assalamualaikum, selamat pagi... yeah! Just for sharing. Aku tertarik gak ngan karektor kucing ni. Rasanya kalau ada yg menjadikan makhluk ni rujukan untuk buat karektor binatang ke, kad ucapan sempena hari bapa ke kan... ini ada tutorialnya macam mana nak hasilkan illustration ni guna photoshop....

Hmm... aku masih tercari-cari lagi ilham nak buat karektor si haiwan nan satu ni untuk dijadikan MAIN-Characters aku... Si Bu dah dapat... Si Baba ni belum jumpa ilham yang sesuai... :P


Cute Bunny Characters

Comel tak karektor  Bunny ni? Actually ianya bukan karektor aku... pada ketika ini saya tengah mencari-cari karektor binatang untuk projek komik MMS aku tu... terjumpalah karektor ni. Nak tau macam mana ianya dihasilkan? Okey, kepada peminat kartun yang terer guna Adobe Illustrator semua... boleh ke link berikut untuk tutorialnya eh! Pakcik punya masih dalam proses... belum boleh bagi tutorial lagi... huhuhuhu...

Dunia yang semakin mengecil

Semalam aku ada job foto-wedding di Sepang. Perjalanan urusan pagi tu tak berapa baik sebab, time nak pegi tu, tayar depan keta aku bocor habis... aku redah je gi beli sarapan utk Mem dan 3 Rakyat. Kesian plak, aku keluar tak tinggalkan makanan dan sebagainya kat dorang. Waktu tu dah dekat pkl 8 pagi...

Aku janji dengan member photog sorang ni, jam 8 aku amik kat LRT Bukit Jalil, Pkl 8 beberapa minit baru siap tukar tayar spare, terus gegau gi Bukit Jalil. Dah le jalan di Taman Equine dan Taman Puncak Jalil tu cam hampas.... takpe, teruskan perjalanan!

Risaukan terlewat, sebab pengantin maklumkan jam 10 dah start nikah, pukul 9 make-over. Lenjan dengan pantas ke rumah pengantin... sampai dah 9 lebey, aiseh terlewat nih. Tanya pengantin, " err... nana, make-up nak cover tak?" "Takyah la..." dengan selamba je menjawab. Arrgh... hangin betul. Dah le rush ke sana, takut terlewat. Sarapan pun tak lagi... Kalau aku tau, baik aku gi sarap dulu...

Pastu tunggu-punya tunggu, jumpa satu mamat kat majlis tu, rasa macam kenal... rupanya member sekolah menengah! Dia junior setahun dari aku. Borak-borak, member ni bagitau Pak Imam datang pukul 11.... sekali lagi perlanggaran masa! Sabar-sabar...

Nak jadi cerita menarik lagi, jumpa plak kawan mak aku kat situ... rupanya saudara-mara kepada pengantin gak! Hmm... eloklah.... pusing sana, kona sini... jumpa gak orang-orang kampung! Huhuhu... dunia dah semakin mengecil...

Borak-borak ngan pengantin lelaki, dia guru di Sungai Mati, Muar. Sekali lagi... insya-Allah jumpa punya di Bukit Gambir sebab wife kan orang sana... pekan terdekat pun Pekan Bukit Gambir ler...

Moral of the story... jangan peliklah kalau anda terjumpa rakan/pakwe/makwe lama sekarang nih sebab Malaysia ni di hujung jari kita jer... Tak jumpa kat alam nyata, kat Fesbuk mesti jumpa punyalah!



MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST


Huhuhuhu.... sejak jadi blogger tegar ni, aku dah terikut-ikut memember pompuan join contest bagai... ceh! Tak kira, nak join gak sebab aku ada apa yang contest2 tu mintak. Ni contest dari MOBS (Malaysian Online Baby Shops) yang kukira sangat sesuai dengan hobi aku menggambar wajah-wajah isteri dan anak-anak daku... Heeee!

Contest ni berkenaan mencari wajah yang serupa antara ibu bapa dengan si anak. Maka, salah satu gambar yang ku rasakan sesuai untuk contest ni adalah gambar ini. Walaupun takde props/costum yang didondonkan bersama, rasanya raut wajah dan keceriaan mereka cukup membuktikan mereka ni serupa dan sama!

Baiklah, ini perkara-perkara yang perlu diuruskan supaya sah kemasukan aku dalam contest nih:

  • PARENT NAME : Wan Zaidah Bte. Khasbollah 
  • KIDS'S NAME and AGE : Nurjihan Bte. Khairullizam (4 tahun)

Tell us about the pics.... 
Gambar ni diambil semasa kami berjalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam (28 Februari 2010) yang lalu. Apa yang menariknya, mereka berdua memang gila bergambar dan kadang-kadang sampai dah bosan menjadi model (tak berbayar) saya... heee.... Nak kata sama... memanglah sama kan!

http://chemokz.blogspot.com | momokb3@gmail.com


Idea dah Mencanak!

Malam semalam, pergi kenduri arwah di rumah jiran berdekatan. Sambil tu aku masih berfikir-fikir apa nak dibuat dengan projek si Fariz nih. Dia nakkan content berkaitan sukan, hope aku dah dapat guidelinenya dan dah terfikir nak ketengahkan watak lembu dan bebiri aku tu menjadi pakar sport games!

Emmm.. karektor lembu dah ada, tinggal nak develope karektor bebiri aku tu plak. Nak namakan mereka apa eh? Ada cadangan!!!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images