Illustration untuk Alaf 21


Assalamualaikum...

Pagi ni sambung balik bekerja, dah 4 hari berehat. Projek weekend (job foto-wedding) pun dah selamat diselesaikan... tinggal job baru untuk Projek Novel Kanak-kanak keluaran ALaf 21. Apa yang boleh saya kongsikan ialah, projek sedang berjalan... hasil dari persetujuan Pn Jie (Ruzita - Editor), sample illustration saya telah diterima untuk digunakan dalam novel tersebut. Emm... baru siap detail satu. Ada lagi empat untuk 3 Chapter pertama tu...

Update Contest

Huhuhu... nampaknya tak sampai lagi target Menteri KPKK nak memashyurkan sebarang event kelolaan KPKK. Agaknya GAH1 tak se GAH Juara Lagu.... okey, dengan rasminya contest ditutup!

Pemenangnya adalah rakan-rakan seopis yang dah la malas nak masuk kontest! Dah tu selamber je ngata "Takde pun orang nak tengok... baik bagi aku jer. Tak caya tengoklah..."

Aku mula mempercayai kata-katanya... huhuhu :(

2 perkara yang tak best hari ni...

Perkara pertama!
Selepas je enak-enak menikmati makanan di tempat biasa, aku nak bangun dan nak ke kaunter. Tapi malangnya, kaki kiri aku melekat pada kaki meja menyebabkan aku tersembam bak nangka busuk-sebusuknya!!! Adus...... Wife aku pun takleh buat apa, bantai tengok dan senyum sumbing je... hampeh!

Perkara Kedua!
Aku terpaksa tukar layout lagi!!!!! Nak cari template yang ada Featured Post... dapat, tapi kedudukan tulisan terlalu rapat. Nak cari yang clean, 2 column... tapi bila bukak pages, tak compatible plak... adududu... pening! Pening! Yang ni ada ok sket... Tapi tulisan taitle besar2 ya amat! Tengah menggodeh-godeh lagi...
Tapi ada yang best... harapnyalah! Perbincangan ngan Mem Ita Alaf21 membawa harapan baik. Lukisan aku telah dipersetujui untuk digunakan dalam satu novel keluaran mereka yang bakal terbit nanti. Hmm... berita ni jelah yang menghiburkan hatiku sket... :)

Chapter Pertama...

Yes! Yes! Chapter pertama dari Sis Ita sudah berada di tangan. Inilah masanya saya menyajikan yang terbaik. Harapnya projek novel kanak-kanak ini menjadi milik saya!!! Muaahahahahah.... (hui... jahatnya gelak!)

Siapa nak tiket PERCUMA!










Tadi pergi ke Wisma TV, Angkasapuri atas urusan rasmi. Bila dah habis diskusi semua, Pn Wan Mastura dari Divisyen Rekabentuk dan Pementasan offer beberapa keping tiket untuk PERTANDINGAN GAH 1 (Akhir) pada 30 Mei ini, bertempat di Sunway Lagoon.  GAH 1 adalah final rancangan HITS1 yang disiarkan setiap hari sabtu petang di TV2. Saya kemungkinan besar tidak dapat hadir pada hari tersebut. So... saya nak bagi percuma kepada semua pembaca yang minat nak join event nih, tapi ada syaratnya!

Syarat-syaratnya ialah:
  1. Jika anda ada blog/facebook, kena buat satu entry bertajuk: Momokz Illustrated Blog sangat chummel kerana... dan korang hentamlah tulis apa-apa saja berkaitan blog chummel saya ni!
  2. Kalau nak jadi follower blog saya atau tidak, itu terpulang... takde paksaan pun :)
  3. Kemudian, letakkan komen dan link entry di entry ini supaya senang saya nak rujuk dan pilih.
  4. TARIKH TUTUP adalah pada 27 Mei 2010, jam 12.00 tengah hari (Laa... tinggal 2 hari je lagi... cepat!). Pengumuman adalah pada jam 2.30pm pada hari tersebut.
  5. 2 TIKET akan diberikan sebagai hadiah!
  6. Cara pemilihan adalah... mereka yang tinggal di sekitar KL, mereka yang benar2 nak pergi jer, dan... mereka yang boleh pergi tanpa membawa anak-anak di bawah umur 12 tahun. Termaktub dalam syarat pada tiket berkenaan.
Tapi! Kalau anda nak juga pergi, anda boleh dapat diskaun 50% Sunway Lagoon Ticket (on concert day) sekiranya anda menjadi PEMENANG!

Finalis pada pertandingan tersebut:
  1. Misha Omar - Cinta Adam Hawa
  2. Azharina - Rawan
  3. Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang
  4. 6ixth Sense - Khatimah Cinta
  5. Stacy - Pakai Buang
  6. Faizal Tahir - Becinta
  7. Grey Sky Morning - Cinta Gila
  8. Tomok - Rindu Terhenti
  9. Adam & Stacy - Menggegar Dunia

Cepat! Jangan buang masa lagi, tulis entry anda cepat.... Good Luck!


FanArts | Iron Man


Yeah... kasi up satu lagi aktiviti kitorang time cuti-cuti hujung minggu. Sebulan-dua ni dah tak rajin sangat dah main photography. Saya sibuk menyiapkan beberapa page kartun. Kononnya nak dihantar ke satu majalah nilah... cuba-cuba semula. Kali terakhir buat freelance ialah pada 1997. Huhuhuhu... lebih 10 tahun berlalu...

Apa pun, inilah coloring dan bolding FanArt IronMan yang dihasilkan oleh Danial Akmal, anak sulung saya yang berumur 7 tahun adanya... pis!




Change Layouts.... Sori Dude!

Heeee.... aku memang suka sangat tukar2 layout blog. Kalau ada jer tak berkenan atau ada jer blog yang chummel... terus jer aku nak ubah ikut stail camtu... hampeh! So, jangan marah yek kengkawan. Saya nak mencari kesinambungan antara post, apa yang dipost dan apa-apa widget yang ada di blog saya ni....

Harapnya, yang ni kekal lama sket laaa.... Header insya-Allah tak tukar konsep buat masa ni, just tukar layout untuk kesesuaian title dan yang berkaitan jer..... pis!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images