Illustration untuk Alaf 21


Assalamualaikum...

Pagi ni sambung balik bekerja, dah 4 hari berehat. Projek weekend (job foto-wedding) pun dah selamat diselesaikan... tinggal job baru untuk Projek Novel Kanak-kanak keluaran ALaf 21. Apa yang boleh saya kongsikan ialah, projek sedang berjalan... hasil dari persetujuan Pn Jie (Ruzita - Editor), sample illustration saya telah diterima untuk digunakan dalam novel tersebut. Emm... baru siap detail satu. Ada lagi empat untuk 3 Chapter pertama tu...

Update Contest

Huhuhu... nampaknya tak sampai lagi target Menteri KPKK nak memashyurkan sebarang event kelolaan KPKK. Agaknya GAH1 tak se GAH Juara Lagu.... okey, dengan rasminya contest ditutup!

Pemenangnya adalah rakan-rakan seopis yang dah la malas nak masuk kontest! Dah tu selamber je ngata "Takde pun orang nak tengok... baik bagi aku jer. Tak caya tengoklah..."

Aku mula mempercayai kata-katanya... huhuhu :(

2 perkara yang tak best hari ni...

Perkara pertama!
Selepas je enak-enak menikmati makanan di tempat biasa, aku nak bangun dan nak ke kaunter. Tapi malangnya, kaki kiri aku melekat pada kaki meja menyebabkan aku tersembam bak nangka busuk-sebusuknya!!! Adus...... Wife aku pun takleh buat apa, bantai tengok dan senyum sumbing je... hampeh!

Perkara Kedua!
Aku terpaksa tukar layout lagi!!!!! Nak cari template yang ada Featured Post... dapat, tapi kedudukan tulisan terlalu rapat. Nak cari yang clean, 2 column... tapi bila bukak pages, tak compatible plak... adududu... pening! Pening! Yang ni ada ok sket... Tapi tulisan taitle besar2 ya amat! Tengah menggodeh-godeh lagi...
Tapi ada yang best... harapnyalah! Perbincangan ngan Mem Ita Alaf21 membawa harapan baik. Lukisan aku telah dipersetujui untuk digunakan dalam satu novel keluaran mereka yang bakal terbit nanti. Hmm... berita ni jelah yang menghiburkan hatiku sket... :)

Chapter Pertama...

Yes! Yes! Chapter pertama dari Sis Ita sudah berada di tangan. Inilah masanya saya menyajikan yang terbaik. Harapnya projek novel kanak-kanak ini menjadi milik saya!!! Muaahahahahah.... (hui... jahatnya gelak!)

Siapa nak tiket PERCUMA!










Tadi pergi ke Wisma TV, Angkasapuri atas urusan rasmi. Bila dah habis diskusi semua, Pn Wan Mastura dari Divisyen Rekabentuk dan Pementasan offer beberapa keping tiket untuk PERTANDINGAN GAH 1 (Akhir) pada 30 Mei ini, bertempat di Sunway Lagoon.  GAH 1 adalah final rancangan HITS1 yang disiarkan setiap hari sabtu petang di TV2. Saya kemungkinan besar tidak dapat hadir pada hari tersebut. So... saya nak bagi percuma kepada semua pembaca yang minat nak join event nih, tapi ada syaratnya!

Syarat-syaratnya ialah:
  1. Jika anda ada blog/facebook, kena buat satu entry bertajuk: Momokz Illustrated Blog sangat chummel kerana... dan korang hentamlah tulis apa-apa saja berkaitan blog chummel saya ni!
  2. Kalau nak jadi follower blog saya atau tidak, itu terpulang... takde paksaan pun :)
  3. Kemudian, letakkan komen dan link entry di entry ini supaya senang saya nak rujuk dan pilih.
  4. TARIKH TUTUP adalah pada 27 Mei 2010, jam 12.00 tengah hari (Laa... tinggal 2 hari je lagi... cepat!). Pengumuman adalah pada jam 2.30pm pada hari tersebut.
  5. 2 TIKET akan diberikan sebagai hadiah!
  6. Cara pemilihan adalah... mereka yang tinggal di sekitar KL, mereka yang benar2 nak pergi jer, dan... mereka yang boleh pergi tanpa membawa anak-anak di bawah umur 12 tahun. Termaktub dalam syarat pada tiket berkenaan.
Tapi! Kalau anda nak juga pergi, anda boleh dapat diskaun 50% Sunway Lagoon Ticket (on concert day) sekiranya anda menjadi PEMENANG!

Finalis pada pertandingan tersebut:
  1. Misha Omar - Cinta Adam Hawa
  2. Azharina - Rawan
  3. Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang
  4. 6ixth Sense - Khatimah Cinta
  5. Stacy - Pakai Buang
  6. Faizal Tahir - Becinta
  7. Grey Sky Morning - Cinta Gila
  8. Tomok - Rindu Terhenti
  9. Adam & Stacy - Menggegar Dunia

Cepat! Jangan buang masa lagi, tulis entry anda cepat.... Good Luck!


FanArts | Iron Man


Yeah... kasi up satu lagi aktiviti kitorang time cuti-cuti hujung minggu. Sebulan-dua ni dah tak rajin sangat dah main photography. Saya sibuk menyiapkan beberapa page kartun. Kononnya nak dihantar ke satu majalah nilah... cuba-cuba semula. Kali terakhir buat freelance ialah pada 1997. Huhuhuhu... lebih 10 tahun berlalu...

Apa pun, inilah coloring dan bolding FanArt IronMan yang dihasilkan oleh Danial Akmal, anak sulung saya yang berumur 7 tahun adanya... pis!




Change Layouts.... Sori Dude!

Heeee.... aku memang suka sangat tukar2 layout blog. Kalau ada jer tak berkenan atau ada jer blog yang chummel... terus jer aku nak ubah ikut stail camtu... hampeh! So, jangan marah yek kengkawan. Saya nak mencari kesinambungan antara post, apa yang dipost dan apa-apa widget yang ada di blog saya ni....

Harapnya, yang ni kekal lama sket laaa.... Header insya-Allah tak tukar konsep buat masa ni, just tukar layout untuk kesesuaian title dan yang berkaitan jer..... pis!

My Photography Session...

Seperti yang saya dah ceritakan tentang diri saya... children photography adalah kesukaan saya. Jadi, hari ni saya nak kongsikan beberapa koleksi gambar-gambar Children photography untuk tatapan rakan-rakan semua...








Lain-lain koleksi dari FLiCKR:
----------------------------------> AD's

Melentur buluh...



Buah hati saya ada tiga orang, Danial... Jihan dan Haikal. Setakat ni yang bijak merekacipta adalah Danial. Dia boleh buat patung mainan hanya menggunakan kertas sahaja. Rasanya kalau digilap, dia boleh jadi Creator yang baik. Okey, simpan dulu cerita Danial. Yang saya nak ketengahkan ni cerita Jihan. Dalam bidang lukisan, Jihan dilihat lebih konfiden dengan apa yang nak digarapnya. Takde sekat-sekat. Apa yang terlintas dalam fikirannya, digoreskan terus tanpa teragak-agak. Saya rasa bakat Jihan lebih ke arah lukisan jugak. Nampaknya saya ada 'sesuatu' untuk diteruskan hingga ke generasi cucu-cicit saya nanti.

Kalau dalam bidang fotografi juga,Jihan lebih nampak gaya seorang photographer... heee... Nampaknya saya ada tanggungjawab kedua, mendidik mereka dengan kemahiran warisan ini selain dari tanggungjawab membesarkan dan mendidik mereka menjadi orang yang berjaya bila dewasa kelak... Mudah, mudahan...Amin!


BROSIS Upgrading...

BROSIS akan menemui anda semula tidak lama lagi! Huhuhu... kali terakhir ia diterbitkan adalah pada 2009. Bagi anda yang baru mengetahui pasal BROSIS ni, ia adalah web-comic ciptaan saya. BROSIS adalah singkatan Brother + Sister. Korang boleh baca semua karya yang telah dihasilkan di bawah label "BROSIS".

Watak-watak seperti Jihan adalah yang paling ketara akan menerima perubahan. Sketch di atas adalah cadangan upgrading Jihan... dari kanak-kanak yang bertocang dua kepada kanak-kanak yang meningkat remaja dan bertambah konfius! Insya-Allah akan menemui anda di blog ini secara bulanan.... tunggu perkembangannya yeah!!!


Eynda Nak Bagi Hadiah!!


Heee.... Tak paham la perempuan ni. Kadang-kadang mereka terlalu simple, tapi boleh berubah sekelip mata je kepada too complicated! 

Sebenarnya Eynda's Diary ni sedikit sebanyak membantu saya mengenali wanita! Hahaha.... isteri saya tak rajin masak, ada resepi-resepi yang dipaparkan di Blog Eynda's Diary ni saya berikan kepada wife saya untuk mencubanya! Emm... tapi belum ada satu pun yang dicubanya, heeeee....

Apa lagi yang boleh dipandangankan tentang Eynda's Diary ni ye? Emm... Beliau mempunyai anak yang comel, saya suka! Sebab saya pun suka mengambil gambar kanak-kanak! Lagi... lagi... 
sebab lain jantina, orang punya lak tu kan.... tanak cakap lelebih la. Okey, All the best Eynda!

p/s: Boleh ke aku yg lelaki ni join contest orang pompuan? Choyy...!

CanvasArt | Sawah


Yeah! Another CanvasArts. yesterday i was ponteng (sytttt...!). Appoiment klinik Jihan dan Haikal. Sooo long-time waiting, soooo bored! Sambil-sambil tunggu tu, dapat plak idea. Actually its just draft/sketches and I try to colored it. Emm... not so beatiful la kan. But I still happy, maybe this artwork will be sold onedays... :) Maybe...

My Work On Canvas | BluWhales


Okies guys!This first promo for my CanvasArt. The size maybe 10"x10" or 15"x15". The price will show next. Tak pasti lagilah... sebab printing ni tertakluk kepada kedai yang buat services tu. Ada yang mahal dan berkualiti, ada yang murah tapi kualiti not recomanded.... apa pun still in progress. I still develope another 3 or 4 CanvasArt for more choice and verity for clients... will be continued

:) Momokz

I'm growth to inch more...


Hahaha... i'm to be fatty! Mostly 2 years from now... huh! Sekarang saiz pinggang dah 32 inch. Banyak seluar dah terpaksa disedekah kat bundle-shop. Masa zaman bujang, pinggangku adalah bersaiz 29. maknanya dalam 10 tahun ni dah naik 3 inci. Hmm... rasa agak lambat jugak la kan, taklah naik mendadak. Nampaknya memang tahun ni kena start beli baju saiz L/XL dan seluar 32". Check kaki pun dah kena pakai kasut saiz 8"! Huhuhu.... :)

Finalize Publisher

Dua tiga hari ni saya masih study beberapa majalah tempatan untuk saya sertai. Setakat ni yang ada sedikit kebebasan adalah Majalah UMBRA. Dan... saya dah ada fokus kepada genre jenis apa yang akan dihasilkan. Buat masa ni saya akan diamkan dulu untuk beberapa ketika sehinggalah terhasilnya kompilasi yang akan disiarkan nanti... tunggu la ye, Insya-Allah.

Happy Teacher's Day

Huh! Baru pagi ni Danial (my elder son) bagitau dia ada Majlis Hari Guru kat sekolah. Dah tu baru bising nak bawak hadiah, padahal semalam ada gak pegi Giant. At Least bolehlah bawak sumthin utk chekgu kelasnya... Hmm, bagi RM2... pandai-pandai le dia nak hadiahkan apa kat cikgu dia tu... Aku dulu pun jarang bagi hadiah kat cikgu, kecuali ucapan terima kasih jer... Hmmm... berbaloi ke hek?

Luv for you like whale in the sea....

Hehehehe.... berluving-luving plak tetengah hari buto ni.... Bukan apa, beberapa minggu dari sekarang, akan ada tarikh-tarikh penting yang aku akan lalui. Jadi kena la prepare apa yang patut.... Jadi sambil memikir tu, tangan sambil menconteng-conteng. Jadi la character ikan paus ni. Macam comei gak kan!

Hopefully korang sukalah dengan character baru aku ni. Aku tengah melayout-layout kalau-kalau ianya sesuai dijadikan kad ucapan or watever yang kiut untuk digantung. Jadi mobile-hanging ke kan...

So, sila beri komen anda dan cadangan, kraf/design apa yang sesuai untuk character ini?



Lembu ke babi? Huh!

Aiseh... ada plak member yang tanya aku, character terbaru aku ni lembu ke babi? Huhuhuhu.... sebenarnya lembu daaaa! Ada kenangan aku menggunakan lembu sebagai karektor header aku tu... Nanti le aku sambung eh, nak mengular ke bank! Semalam ada client bagi deposit pakej photo/video wedding... masyuuuuukkk!!!

Header Baru Momokz Illustrated Blog


Amacam? Ada ok ke tarak ok? At least inilah yang saya nak buat sejak 1996 lagi... Huhuhu... lama giler kan! Bukan apa, saya jenis manusia yang mementingkan kualiti. Selagi tak cukup sifat yang saya kehendaki, saya tak selesa nak tayang kat orang. Hmm... so, any comment? Don't hesitate to comment my artwork tau! Chio babe...

Twitter Icon


Salam sejahtera semua.... Ni artwork terkini yang sedang diusahakan. Maybe saya akan buat 6 twitter icon. Kalau ada yang berminat, bolehlah tempah. Saya juga sedang menyiapkan DOLLY (character yang mewakili diri anda / avatar) untuk tempahan. Buat masa ini, page Dolly masih diletakkan sebagan Private-Page lagi. Nanti kalau dah siap semua character, saya akan open page tersebut... Check it out latter... :)

PAKATUN, suatu masa dahulu...

Assalamualaikum... beberapa hari ni sibuk selongkar semula semua artwork yang pernah dihasilkan. Bukan apa, sayang... dah buat penat-penat, dibiarkan begitu saja. Sekurang-kurangnya kalau dikumpul dan diletakkan di blog/forum, boleh juga menjadi santapan jiwa kan!

YEAH! Pernah lihat logo di atas? Tak pernah... ish-ish-ish! Tak salahkan korang sebab logo ni adalah logo Persatuan Kartunis Kinabalu yang terdiri dari kartunis/komikes di Sabah sahaja. Sebelum kembali ke rahmatullah ke Semenanjung, saya sempat mencurahkan bakat dan hasil kerja yang tak seberapanya ini kepada persatuan ini. Mungkin kehadiran saya sedikit sebanyak telah membantu menaikkan martabat kartun di Sabah. Dan... saya berharap, mereka-mereka yang masih berjuang di sana, teruskanlah.... insya-Allah saya akan tetap menyokong dari seberang sini...

Ini antara artwork yang dipersembahkan semasa pelancaran PAKATUN yang diadakan di Balai Seni Lukis Sabah, Penampang... kenangan itu sentiasa dalam ingatan saya:



Perjuangan mesti diteruskan! Semangat nih!!! :)



Hari ni mood gile nak buat kartun je pulak. Bukan apa, pening dengan perangai 'makhluk-makhluk tua' di 'beras tumpah' ni... jadi, kembali le layan satu forum yang rasanya dah 2 tahun tak menjenguk... Dah banyak kelainannya PERGH.COM. Talent baru pun semakin ramai. Dunia wacom dah menjadi kebiasaan. Aku? Masih sketch dengan pensil dan scan pastu trace dalam illustrator lagi. Terasa segan pulak nak menceburkan diri dalam dunia MAJALAH yang penuh glamor dan politikus! Heee....
Sebelum berdirinya aku sebagai aku sekarang, dunia kartun adalah duniaku. Sejak tadika lagi aku dah terdedah dengan Majalah Gila-Gila, Gelihati, gelagat.... Kartunis kesukaan aku pada masa tu, antaranya Rodin, Ujang, Aie, Juragan, Asan, Deen... ramai lagilah! Sekarang dunia kartun telah bergabung dengan dunia komik. Ada kartunis yang melakar dengan style komik dan ada komikes mewacom dengan karektor kartun. Memang sangat meriah!
Beberapa tahun kebelakang, sangat susah nak tengok tawaran-tawaran iklan yang berkehendakkan kartunis/komikes secara full-time/part-time. Tapi beberapa bulan ni, di tahun 2010 ni nampaknya Dunia Komik dan Kartun kembali mewarnai persada seni. Adakah aku akan turut disenaraikan bersama golongan ini? Kita tunggu dan lihat untung nasibku... sabut ke batu!
Apa pun, perancangan telah dibuat, idea telah dikumpul... tinggal tunggu masa merealisasikannya... 
Insya-Allah! Tunggu... :)

Panas, marah... Hujan pun marah...

Itulah fitrah manusia... ada je yang tidak dipuaskan di dalam hatinya. Cuaca panas kembali melanda. Maka banyaklah suara-suara yang merungut... panas la, muka jadi kering laa... kulit jadi hitam la... macam-macam lagi la. Yang bestnya, cuaca panas ni dijadikan alasan untuk MC! Bos... MC bos, panas kat luar tu. Saya tak boleh kena panas. Mak saya cakap nanti kulit jadi hitam, tak laku... Padahal umoq dah menjangkau 30an! Nak cakap ape kan...
Bagi orang macam saya, kartun/gambar la jadi bahan adaptasi heee.... apa pun korang enjoy je la dengan lukisan kartun ni yek! :)

Child Emotion... I like!

CHILD-EMOTION | Salam semua, huhuhu... dah breakfast lum? Pakcik jap lagi la kot. Setelah sebulan lebey berehat dari arena wedding, weekend lepas dapatlah sempurnakan satu job yang agak ekslusif. Sebabnya pengantin dan ahli keluarga terdiri dari golongan media & entertainment. Kira syok gak dapat cover diorang.
Tapi yang nak cerita pagi-pagi ni, adalah subjek paling saya suka bila buat job wedding. Selain pengantin, saya sangat suka shoot kanak-kanak/baby yang ada dalam majlis pada waktu tu. Saya suka tengok karektor mereka, emosi mareka, pakaian mereka... memang sangat comel dan mendamaikan...
Salah satunya adik kecil ni. Tapi saya tak berkesempatan nak tanya namanya. Apa pun gambar ni agak sempurna dari segi setting/pencahayaan dan emosi subjek... harapnya saya berpeluang mendapatkan subjek kanak-kanak lagi di job akan datang hujung bulan ni... :)

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images