Bekerja Dari Rumah




Bekerja di rumah alternatif sumber kewangan masa kini.

Baru-baru ni kita semua dah tahu berpuluh ribu kakitangan penerbangan awam diberhentikan kerja. Kita juga baca di akhbar-akhbar banyak syarikat yang gulung tikar atau mengecilkan operasi perniagaan mereka, malah berjuta – juta orang telah hilang pekerjaan di seluruh dunia akibat kemelesetan ekonomi global! Dengan adanya internet sebagai kemudahan operasi yang murah & pantas, banyak syarikat beralih daripada mengaji pekerja tetap kepada pekerja di rumah.

Sebenarnya terdapat lebih 100,000 peluang pekerjaan baru dari rumah telah di wujudkan bagi mengatasi masalah kekurangan pekerjaan setiap tahun. Ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai, syarikat juga dapat mengaji pekerja yang berkualiti tanpa had sempadan.

Ia adalah peluang baik untuk anda yang bercadang mencari pekerjaan alternatif atau sumber pendapatan kedua di samping pekerjaan sedia ada sekarang. Malah, ramai yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan utama kerana ia jauh lebih lumayan berbanding kerja biasa.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat baru dan individu perseorangan menjalankan perniagaan atas talian. Permintaan terhadap pekerja freelance jarak jauh (remote workers) meningkat dengan begitu mendadak dalam pelbagai bidang. Malah ada banyak bidang baru muncul yang anda mungkin tidak pernah tahu sebelum ini.

Sumber pekerjaan yang boleh dijalankan hanya dari rumah merangkumi pelbagai bidang di antara yang memerlukan ramai pekerja freelance adalah:

  • Data Entry
  • Words Typing
  • Virtual Assistant
  • Proof Reading
  • Copy Writing
  • Ads Poster
  • Writings
  • Article Writing
  • Blog Post
  • Translator
  • Customer Service
  • Accounting
  • Logo Design
  • Graphic Design
  • Web Design
  • Advertising
  • Programming
  • Mobile App
  • Social Media Management.
  • Youtube
  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • LinkedIn

Antara pekerjaan lain yang mungkin anda boleh sertai ialah membantu mengumpul maklumat dari internet, memasukan maklumat ke dalam sistem, membuat kajian maklumat yang di kumpul, menyediakan laporan & kerja – kerja am berkaitan.

Hampir semua jenis pekerjaan yang boleh di lakukan mengunakan komputer dan di hantar menerusi internet ada dalam pasaran kerja. Ia terpulang kepada anda untuk memilih bidang mana yang sesuai untuk bekerja.

Sekiranya anda berminat untuk bekerja dari rumah dan boleh memahami Bahasa Inggeris dengan baik, anda boleh dapatkan panduan bagaimana mendapatkan pekerjaan di rumah.

Panduan “Bekerja Di Rumah” membantu anda mempelajari cara bagaimana untuk bekerja dengan syarikat dari seluruh dunia dan di terima bayaran upah yang sangat lumayan untuk setiap projek yang di siapkan sebagai pekerja bebas (freelance) hanya dari rumah. Anda boleh bekerja mengikut jadual sendiri, pada bila-bila masa yang sesuai dari keselesaan rumah anda.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah syarat-syarat yang melayakkan anda mendapat pekerjaan di atas kan. Saya senaraikan beberapa perkara yang perlu anda sediakan sebelum berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut:

Boleh menulis, membaca dan faham B.Inggeris. ***

Mengunakan komputer dan internet dengan baik.

Mempunyai Komputer atau Laptop sendiri.

Mempunyai akses ke talian internet di rumah.

Berumur 18 tahun dan keatas.
Lain – lain:

Mampu bekerja sendiri tanpa sebarang pengawasan.

Berupaya memahami dan mengikuti arahan yang di beri.

Bersedia untuk bekerja keras.

Bermotivasi dan mahu belajar perkara baru.

Mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Nampak macam berat untuk dipenuhi? Anda harus faham, bekerja di rumah bermakna anda bekerja tanpa pengawasan majikan. Jika anda tidak mampu bekerja dengan disiplin diri yang kuat, anda akan gagal dalam bidang pekerjaan berkonsepkan online ini.

Malah jika anda bekerja di mana-mana di luar sana, majikan menuntut anda perkara yang sama seperti di atas. Jadi, kuatkan pendirian dan tetapkan prinsip supaya anda berjaya mengecapi kejayaan dalam kerjaya online ini.

klik link berikut: http://bit.ly/1IwOtR5?a=5003

Bagaimana cara anda mendapat bayaran setelah kerja-kerja berjaya disiapkan?

Bayaran upah anda di bayar setelah kerja selesai, kebiasaan dalam tempoh beberapa hari selepas tugasan di sahkan dan luluskan oleh majikan. Anda boleh juga memohon untuk mendapatkan bayaran pendahuluan daripada syarikat sebelum memulakan kerja.

Ada juga syarikat yang membayar mengikut jumlah jam bekerja. Tugasan dan projek jenis ini, anda perlu bekerja dalam talian melalui sistem yang di sediakan bagi merekod masa bekerja dan juga perkembangan projek yang di beri.

Bayaran upah akan di bayar melalui Paypal. Pendaftaran untuk membuka akaun PayPal adalah percuma. Panduan ada di sediakan dalam laman ahli untuk membantu anda. Pembayaran di buat kepada anda serta merta setelah tugasan di selesaikan dan di sahkan oleh majikan, tak perlu tunggu hujung bulan untuk terima bayaran upah.

klik link berikut: http://bit.ly/1IwOtR5?a=5003

Jadi, sekiranya anda seorang yang suka bekerja di rumah, dengan keselesaan dan urus masa anda sendiri tanpa pengawasan boss, model pekerjaan seperti ini sememangnya sesuai untuk anda. Dengan semangat, kecekalan dan disiplin yang tinggi… inshaallah anda akan berjaya malah anda boleh mendapat gaji yang lebih lumayan berbanding bekerja di ofis!

Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari www.rebiu.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah.

The post Bekerja Dari Rumah appeared first on Review - Advertorial.

digital, review, bekerja dari rumah, bekerja dirumah, kerja online, kerja parttime di rumah, pendapatan lumayan kerja di rumah

Kaya Dengan Bersedekah








Anda nak kaya? Sebahagian besar kita akan jawab YA! Saya nak kaya, banyak duit, kereta besar, rumah besar, apa nak semua boleh beli.

Tapi ramai masih tak tahu formula sebenar untuk kaya semudah kita bersedekah. Ya, bersedekah itu boleh menghalang bencana dan bala… dan sedekah itu juga, berupaya memadamkan api neraka. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Sejak kecil kita dah tahu pun apa itu SEDEKAH, bagaimana hendak bersedekah, kepada siapa kita patut bersedekah dan di mana kita hendak bersedekah. Tetapi kadangkala dengan faktor kesibukan urusan dunia, ditambah dengan pelbagai sumber informasi yang masuk ke dalam minda kita, kita semakin lupa amalan BERSEDEKAH ini…

Jadi, saya nak berkongsi ilmu yang telah dibukukan oleh seorang sahabat iaitu saudara Zahidan Abdul Aziz. Himpunan ilmu dalam bentuk ebook ini membicarakan tentang kelebihan bersedekah serta bagaimana orang yang suka bersedekah, boleh menjadi kaya dan melimpah-ruah rezekinya. Ia turut memuatkan kisah tentang seorang manusia biasa yang merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di sekelilingnya sebagai sedekah.

Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah. Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah menerusi ebook ini. Ketahuilah selok-belok bersedekah, kerana tidak semua sedekah diterima Allah.

klik sini: http://bit.ly/1QjZ9qCmembers/idevaffiliate.php…

Di dalam panduan tersebut Zahidan membukukan 32 tajuk yang menarik untuk dibaca, dihayati dan diamalkan semula dalam kehidupan seharian kita. Beliau akan menerangkan Pengertian Bersedekah dan jenis Sedekah yang Wajib dan Sunat. Beliau juga ada menyentuh Luasnya Makna Bersedekah dan Bersedekah Adalah Dinding Dari Api Neraka.

Zahidan juga menceritakan tentang Tujuh Golongan Manusia yang Dinaungi di Akhirat dan begitu Istimewanya Orang Bersedekah. Tahukah anda Allah menghukum mereka yang meminta-meminta dan ada diterangkan di dalam bab Azab Bagi Peminta Sedekah.

BAB 8 turut menceritakan Hamba Allah yang Paling Baik dengan Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan. Anda tidak perlu risau apabila bersedekah kerana Sedekah Tidak Mengurangi Harta, malah Pahala Orang Bersedekah akan berterusan Sampai Bila-Bila.

Zahidan juga ada berkongsi amalan Sedekah Yang Tidak Diterima. Ini kita perlu tahu supaya amalan sedekah kita tidak menjadi sia-sia dan memudaratkan pula.

Ketahuilah bagaimana hendak merebut Satu Pintu di Syurga Bagi Orang Bersedekah dan Sedekah Yang Paling Afdhal dilakukan.

Jangan kita lupa bahawa Allah Menyusutkan Harta Riba’ dan Memberkati Sedekah dan Setiap Sedekah yang kita hulurkan Akan Diganti.

Antara bab-bab seterusnya yang terkandung di dalam ebook ini ialah:

BAB17 : Sedekah Menghubungkan Silaturrahim


BAB 18 : Balasan Bagi Orang Munafik yang Mencela Orang Besedekah


BAB 19 : Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebiji Kurma


BAB 20 : Sedekah Orang Melayu Terkaya di Malaysia


BAB 21: Jangan Takut Miskin


BAB 22 : Sedekah Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat


BAB 23 : Kisah Orang Berhenti Mencuri Kerana Sedekah


BAB 24 : Sedekah Dapat Menghapuskan Kesalahan


BAB 25 : Sedekah Menyucikan Hati


BAB 26 : Sedekah Digandakan 700 kali ganda


BAB 27 : Bersedekah Menolak Bala


BAB 28 : Amalan yang Melebihi Pahala Bersedekah


BAB 29 : Ubat Penyakit Dengan Bersedekah


Bab 30 : Kehebatan Sedekah di Bulan Ramadhan


Bab 31: Balasan Bagi Orang yang Kedekut/Kikir


Bab 32: Orang Kaya Yang Banyak Berderma


Bersempena kita bakal menyambut bulan ramadan ini, amalan bersedekah amatlah dituntut kerana di situlah menunjukkan kekuatan kita sebagai umat Islam sejati yang bersama-sama membantu meringankan beban saudara Islam kita dengan bersedekah.

Satu panduan yang harus dimiliki supaya kita diberkati dan inshaallah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

klik sini: http://bit.ly/1QjZ9qCmembers/idevaffiliate.php…

Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari www.rebiu.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah.

The post Kaya Dengan Bersedekah appeared first on Review - Advertorial.

digital, review, bagaimana nak kaya, bersedekah, kaya dengan bersedekah, kelebihan sedekah, rahsia bersedekah, rahsia menjadi kaya, rahsia murah rezeki

Salam Perkenalan dari Key


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bismillah, saya mulakan pembuka bicara untuk blog ini dan terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini. Secara jujurnya saya mempunyai harapan yang tinggi jika saya dapat bertahan dengan penulisan melalui blog ini dalam bidang yang saya minati dan sebahagian dari hidup saya iaitu rekabentuk grafik, fotografi dan ilustrasi.

Ketiga-tiga cabang seni ini sememangnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Hanya medium dan persembahannya saja yang berbeza.

Dan...

Permulaan saya adalah seorang kartunis sambilan di sebuah majalah kartun tempatan sekitar tahun 1996 hingga 1999. Pada masa yang sama, iaitu pada tahun 1996 saya melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka dalam jurusan Art & Design sehingga tahun 2000.

Pada tahun saya grad itu juga, saya mendapat pekerjaan pertama saya di KIRAWANG Sdn. Bhd sebagai Pereka Grafik. Kira-kira 2 tahun juga di sana sebelum saya ditawarkan jawatan Pereka B41 di Jabatan Penerangan Malaysia.

Tahun 2002 adalah permulaan kerjaya saya sebagai penjawat awam. Waktu tu ofis kami di Bangunan BERNAMA (belakang Perpustakaan Negara).

Kemudian saya mengisi penempatan di Bahagian Komunikasi Visual, Jabatan Penerangan Sabah pada tahun 2003 hinggalah tahun 2007 sebagai Ketua Penolong Pengarah. Memang banyak pahit-manis yang saya lalui sepanjang tempoh itu. Memang pengalaman terbest dalam hidup saya semasa di sana. Habis satu Sabah dah saya jelajahi...

2007 kembalinya saya sebagai "Orang KL". Menyewa di Taman Puncak Jalil membuatkan saya lebih survive. Anak masa tu pun dah tiga orang dan masih kecil-kecil... Tahun itu jugalah saya cenderung kepada fotografi dan pernah jugalah bergelar "Jurufoto Kahwin" dalam 2-3 tahun jugak sebelum saya berehat panjang.

Alhamdulillah pada 2013 saya mendapat tawaran kenaikan pangkat dari Pereka B41 kepada Pereka B44. Masalah utamanya (masalah peribadi je nih...) bermulanya kehidupan bahagi dua.

Kalau sebelum ini saya ke tempat kerja, naik satu kereta je. Sekarang kena tambah kereta pulak! Dulu pejabat di KL berpindah ke Putrajaya. Rasa lega dan save bajet. Saya dah pun menetap di Sepang. Kira-kira bajet tu adalah save sikit.

Sekarang balik semula ke KL dan bertambah pulak kos... Huhuhu. Bertahan selagi mampu bagi mencari sesuap nasi. Hahahaha!

Apa pun, bukanlah saya nak cerita hal peribadi saya di sini. Sekurang-kurangnya korang yang membaca ni boleh mengenali saya serba sedikit. Nanti korang jugak yang komplen apalah kepakaran saya nak tunjuk itu ini. Alhamdulillah, saya ada banyak terima ilmu yang bermanafaat untuk dikongsikan dan saya juga pernah mengajar beberapa agensi dalam bidang Grafik ini.

So... apa salahnya saya kongsikan di sini pulak kan! Salam kenal untuk korang...

#10 - Mulut Jerung



Bayangkan bagaimana anda berenang dengan ditemani oleh sang jerung? Berani?

Kalau aku, mau terkencing-kencing la dalam air. Silap-silap pengsan! Jadi makanan jerung terus laaa...!

Ini bahan-bahannya... Simple sikit.



#9 - Harta Ahmad Albab Re-Edit


Alhamdulillah... study lagi sikit, godek-godek sikit, akhirnya dapat siapkan foto-manipulasi ini. Dan pada aku ianya lebih baik hasilnya dari post aku sebelum ini.

Baca entri sebelumnya di sini: http://keyslab.blogspot.com/2015/04/9-harta-ahmad-albab-re-edit.html

Okey, untuk versi re-edit ini... aku tukar totally semua aksesori dan scene. Subjek masih sama iaitu diri aku sendiri ler... huhuhu!

Macam biasa, aku sertakan bahan-bahan yang terlibat dengan kerja-kerja manipulasi ini...









#8 - Pawang Buaya



Sekali pandang mungkin ini kelihatan seperti gambar biasa. Tetapi sebenarnya ia adalah gambar manipulasi. Ini adalah rahsia di sebalik cerita di atas:

Gambar asal watak mangsa

Gambar asal pawang buaya

Gambar asal tempat kejadian

#7 - Harta Ahmad Albab


Seronok bila angan-angan menjadi kenyataan kan!

Tapi biasanya kita kena la melalui semua onak dan duri sebelum mencapai impian kita tu...

Tak banyak nak sembang, tapi teknik ni agak aku tak gemar sebab finishingnya jadi macam lukisan cat minyak. Aku suka teknik photo-realism.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan karya ini:

Ini foto aku sendiri ler...

Cilok dari internet 

Cilok dari internet 

Cilok dari internet 
Inilah harta karun yang telah aku jumpa

#6 - Realiti Kehidupan



Inilah kehidupan realiti sekarang. Dalam kesukaran mengharungi ombak kehidupan di luar jangkauan kemampuan diri. Diperhati pula oleh si pemangsa-pemangsa yang akan membaham bila kita leka dan alpa...

Aku terpanggil untuk mengekspresikannya pada karya ini... Hope ada komen-komen membina atau kritikan yang boleh dijadikan halwa telinga yek!

#BloggerTalk

#BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Diri Aku


Bila nak cerita tentang perkara-perkara menarik pasal aku, aku terfikir... ada ke perkara menarik yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain dalam hidup aku ni?

Gali punya gali, cari punya cari... rupanya ada beberapa perkara yang menarik yang korang perlu tahu tau!!!

#BloggerTalk: 10 Fakta Menarik Tentang Key Selamat:


  1. Sejak tahun 2002 aku menggunakan nickname MOMOK (bermaksud hantu... korang pun tau kot). Masa tu takde lagi facebook. Era internet pun baru nak berkembang time tu. Kemudian aku inovasikan nickname tu kepada MOMOKS.
  2. Kecenderungan aku ialah grafik design, illustration dan animation. Itu adalah Minor dan Major Degree aku... (Bachelor Of Art And Design).
  3. Sekitar tahun 2002 hingga 2006 aku banyak aktif berkarya dan berforum dalam portal Sifoo.com dan Pergh.com. Korang boleh search lagi kot karya-karya aku yang bersepah di alam maya nih...
  4. Nama aku disenaraikan oleh penggiat kartun dalam wikipedia. Boleh rujuk laman berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Moks.
  5. Pada sekitar 2007, masa tu zaman kamera DSLR bermula. Aku menggiatkan diri dalam arena fotografi. Laman flickr aku masih boleh dicapai melalui pautan ini: https://www.flickr.com/photos/momokz/
  6. Aku mula mengambil upah melukis ilustrasi dengan Syarikat Karangkraf. Karya aku menjadi penghias dalam novel grafik pertama kalinya ialah melalui judul Izad Menjejak Buku Sakti 1 & 2. Boleh lihat sini: http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=579
  7. Kemudian aku beralih ke buku kanak-kanak pula. Karya terlaris sepanjang zaman aku ialah melalui Mia Merah jambu (Klik sini), Famili Fariz; Mahu Parti Hari Lahir (Klik sini) Dan Sekolah agama - PTS (Klik sini).
  8. Kini aku dah ada buku yang ditulis dan dilukis sendiri dalam projek Karangkraf (Projek 100 Buku). Ada dua karya aku yang berjaya diterbitkan iaitu Haikal Serba Tahu (Klik sini) dan Busana Merdeka (Klik sini). Masih hangat dipasaran ni tau!!!
  9. Lilitan Shawl Ramadhan by Emy Dahlya (LSR ED1) adalah hasil kerja video aku dengan kerjasama http://www.dahlyafashion.com/. Hingga kini video tersebut mendapat tontonan 400,000 lebih view. Boleh tontonnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=_VkqU9BeNcY
  10. Kebanyakan apa yang aku ceritakan di atas adalah hobi-hobi serius aku. Dan hobi terkini adalah mendalami lagi ilmu foto-manipulasi menggunakan photoshop. Karya di atas adalah karya terkini yang dihasilkan khas untuk mengisi content #BloggerTalk ini dan support kawan-kawan blogger yang lain. 















Itulah serba sedikit kisah hidup aku Key Selamat (Momokz). Ada banyak lagi nak cerita, tapi 10 ni pun dah boleh la kot eh... hahaha!!!

Korang boleh juga lihat karya-karya lain yang sedang aku cuba kemaskini dan satukan dalam satu tempat. Masalahnya aku cepat jemu dan selalu je cuba nak cuba sesuatu yang baru. Itu yang berlambak karya-karya aku dalam internet tu...
Yang ni aku tengah kemaskini dan nak combinekan kat dalam nih... http://mom-okz.tumblr.com/

Kalau korang suka, boleh la komen apa-apa. Tak suka pun boleh komen jer. Aku mengalu-alukan tau!

#5 - Belajar Foto Manipulasi Secara Online.


Korang minat nak belajar Photo-Manipulation?

Aku ada panduan yang aku rasa sangat lengkap dan menyeluruh. Kaedah pembelajarannya juga mudah difahami. Asalkan kau tahu guna photoshop. Itu ajer...

Kepada peminat fotografi atau editor, Seri Pakis Marketing menyediakan kelas belajar suntingan foto dan manipulasi secara online.
Antara subjek yang akan diajar dalam bentuk video:
  1. - Menyunting dan color grading foto.
  2. - Menghaluskan kulit wajah untuk model studio.
  3. - Memperincikan kulit wajah berkedut.
  4. - Mengubah dari foto kepada karikatur.
  5. - Foto manipulasi (gabungan subjek dan latar belakang).
  6. - Mempelajari HDR Toning dan Color Filter
  7. - Teknik retouching foto perkahwinan.

TAHAP TUTORIAL EDITING

  • Bengkel ini BUKAN tahap asas.
  • Bukan belajar DSLR.
  • Bukan belajar asas lighting.
  • Bukan belajar asas Photoshop.
  • Peserta yang sesuai ialah yang sudah biasa dengan DSLR danPhotoshop(Editing). Sekurang-kurangnya pada tahap pertengahan.

YURAN DAN KEPERLUAN

  • RM100 untuk 29 tutorial (Sepanjang Hayat).
  • Belajar secara online dalam bentuk video.
  • Peserta cuma perlu ada sambungan internet dan laptop komputer sendiri.

SIAPA YANG PATUT LANGGAN?

  • Peminat photoshop.
  • Fotografer yang terlibat dengan fotografi potret studio.
  • Photo-retoucher yang ingin menambah teknik beauty editing.
  • Durasi video tutorial 50 minit untuk setiap sesi. Belajar dan terus buat.
  • Premium Tutorial: http://seripakis.my/daftar/

#4 - Jihan And Bear


Suatu ketika dahulu di zaman aku mula-mula mengenali apa itu photoshop, aku sangat-sangat-sangat teruja melihat pembikinan iklan di poster atau brosur yang menggunakan teknik manipulasi.

Itu masa tahun 1997, bulan-bulan terawal aku didedahkan dengan komputer, perisian adobe photoshop 3.0 masa tu... Dapat belajar crop orang dah kira bangga habis!!!

Kini setelah berbelas tahun, aku masih setia dengan niche grafik, fotografi dan manipulasi...

#3 - Intresting Bagan Lalang Beach



Perkara yang paling menyeronokkan Danial, Jihan dan Haikal apabila aku bawa mereka berendam bersuka-sukaan di kolam renang atau pantai.

Rasa ringan kepala betul bila riak ombak menerjah ke kulit... Rasa nak berendam je hujung minggu nanti!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images