Sampul Duit Raya. Siapa nak?

Okey, ni cerita je dulu. Artwork sume belum siap lagi, tapi template memang dah sedia ada. Kepada sesiapa nak tempah Sampul Duit Raya dengan Chiby-Doll sendiri dan ucapan "custom" boleh mengambil perhatian. Jangkaan saya, Sampul raya ni akan dijual dengan harga RM3- 6 keping.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak print dengan kuantiti besar (minima 500 keping, dalam 1 paket ada 10 keping) boleh juga. Saya sedia menerimanya... Tunggu update ni bila saya balik dari Ganung nanti ye... Terima Kasih...

Jom jalan ke Kuala Terengganu

Huhuhuhu... aku ni jenis malas nak kerja out-station... Sebabnya, anak-anak nak kena hantar kampung le pulak. Tapi yang syoknya, bila anak-anak takde... kena out station ngan myMem, rasa macam gi honeymoon le plak kan! Heee.....

Okey, kali ni nak taknak kena keluar out-station jugak, ke Kuala Terengganu. Ada Pertandingan Pengisahan Peringkat Kebangsaan, anjuran jabatan aku ler... Tugasan aku macam biasa, part-part Multimedia, part2 montaj memang kontrak kat aku ngan krew.

Ikut jadualnya, nak gerak pukul 8 pagi. Membawa ke pukul 11 pagi, sebab nak amik stand untuk letak piala pusingan. Tunggu punya tunggu punya tunggu... sekali bos cakap Bahagian lain akan bawak benda yang aku dok tunggu tu... Hangin betul!

Ni lepas Zohor le gamaknya baru gerak nih... silap2 petang karang. Abih, bila nak sampainya ni? Aku bukan pernah by road menghala ke belah Pantai Timur ni...

(Nanti aku upload gambar-gambar kalau terambil... huhuhuhu!)

Illustration Update


Ini adalah projek update. Karya akhirnya tidak seperti ini. Yang ni versi blog aku jer (kalau tak nanti kena letak tarif Copyright Publisher)... Cerita selanjutnya, tunggulah ye...!

UglyFrame101

Ini adalah kerjatangan pertama yang menggunakan foam. Suka-suka aku reka mengikut apa yang ada dalam fikiran jer... heee!






UglyFrame (potret)
Price : $1 / RM3
Name : UglyFrame 101 (Potret)
Detail: Material=Foam | Saiz for 4R pic.
add to cart
Untuk tempahan dan bayaran melalui bank tempatan (MBB) sila klik di sini!

Tak boleh lukis karekter yang buka aurat!

Huhuhuhu... semalam aku ada berdebat dengan beberapa kroni dari Komik-M, sebuah syarikat penerbitan yang memberi peluang anak-anak Melayu berkarya melalui komik.

Cerita asalnya begini... member aku si Kharemo Butet telah mempreview satu page artworknya di fesbuk beliau (sebagai update progress kerja-kerjanya). Lalu ada beberapa rakan beliau yang memberi komen kerana terdapat lukisan tengkorak dan perempuan tidak bertudung pada karya Butet tersebut...  senang cakapnya artwork tu bakal direject la nanti oleh editor. Nak dijadikan cerita lagi, aku pun memberi komen berbunyi begini, "
Eh, komik M punya komik takleh ada wanita tak bertudung ke? Keciknya skop..."
Maka adalah beberapa karyawan (aku rasa mereka di dalam syarikat tu, yang menjadi wakil (tak dilantik) penerbit tersebut  memberi beberapa keterangan dan wawasan/ hala tuju komik penerbitan tersebut iaitu Syariah Compliant. 
Aku sukalah hala tuju mereka tu. Dan ada juga yang membidas kenapa aku kata "keciknya skop", bla dan bla... (sila rujuk di sini).

Kenapa aku cakap macam tu? Ini sebab-sebab yang pernah dan sedang aku lalui dan pengalaman yang lepas:

  1.  Bertudung tu wajib bagi kaum wanita beragama Islam! Tapi, kalau ceritanya fiksyen tempat pun tidak wujud watak yang dilukis pun tak nampak kemelayuan/keislaman, sesuaikah untuk mentudungkan watak perempuan tu?
  2. Pengalaman aku, kalau terlalu keislaman sangat bahan bacaan tu, hanya pembaca yang menghayati Islamlah yang terpengaruh untuk membeli. Sedangkan ada komik terbitan Komik-M tu yang menunjukkan aurat lelaki. (Lelaki tak kisah kot, dihalalkan...). Maknanya, hanya pembaca yang bercirikan Islam saja yang jadi pengguna dan wawasan mereka untuk mendidik pengguna kurang berkesan sebab pembaca tu memang dah menghayati Islam tu sendiri.
  3. Ada banyak lagi bahan bacaan yang boleh dijadikan panduan untuk anak-anak menghayati Islam. Komik-komik tu salah satunya... tapi mesti kenalah dengan ceritanya. Ye tak?
  4. Persepsi pertama oleh pengkomen awal memang kecil skop mindanya. Asal tak pakai tudung je perempuan tu tak Islam sepenuhnya, bila persoalkan pasal bertudung terus je kata sesuaikah melukis hentai/pakaian seksi untuk komik melayu. Aku tak maksudkan nak lukis seksi atau gaya yang menghairahkan... yang aku pertikaikan soal tudung tu. Kalau bertudung tapi pakai baju nampak shape badan watak perempuan tu boleh ke? Tak langgar syariah ke? Pemain bola pakai seluar pendek tak menjejaskan aurat lelaki ke? Ada banyak benda lagi nak kena perbetulkan, bukan isu tudung tu je... so, kenalah munasabah persepsi tu dengan apa yang nak disampaikan.
Tukang komen yang aku kritik tu ada menyambung, "berkarya... halal haram nak kena jaga jugak!" dan aku ada terfikir... masa berkarya sajakah kita kena jaga halal haram tu? Masa berjalan ternampak perempuan tak bertudung, kita tegur dia tak? Kita alihkan pandangan dari tengok dia tak? Kita ubah tak siaran tv bila ada iklan perempuan yang tak menutup aurat wajibnya. Bahan bacaan yang kita beli atau baca masa tu, kita koyak tak bab-bab yang ada kes-kes tadi? Adik beradik kita, rakan-rakan sekerja kita yang tak ikut cara Islam, kita ada tegur tak? Huhuhu.... banyak sangat yang kita kena buat sepatutnya, bukan hanya tertempu kepada isu tudung jer....

Sesapa yang baca post ni nak blame ke nak boikot aku ke, silakanlah... aku tak mintak sokongan sesapa pun, hanya luahan pendapat orang picisan yang tak glamour ni jer....

Takpe, itu cerita semalam, aku just rekod je apa yang berlaku semalam... huhuhuhu!
Assalamualaikum...



UpTown Sales

Hehehehe... aku tak habis-habis berusaha buat shopping cart dalam blog sejak 2004 lagi. Tapi belum satu pun duit yang aku dapat hasil dari orang klik "BUY" dan beli produk aku secara on-line. kadang tu rasa fedup gak. Maybe barangan yang dijual tu bukan HOT-ITEM. 

Apa pun aku masih nak letak shop-cart kat blog aku. Terbaru, aku dapat script shop-cart yang maha senang dan efisyen. Tapi cara bayarannya menggunakan akaun PAYPAL. Aku memang dah bukak akaun tu lama dah, cuma belum ada rezeki nak masuk kat dalam peypal aku tu... huhuhu!

Bila dah siap setup kejadah semua... aku termenung balik... Barang apa aku nak jual weh! Aku masih tercari-cari item yang ada sangkut paut dengan kerja aku, minat aku dan minat korang yag tak segan-segan nak beli produk yang aku jual tu... (rasanya memang aku takde bakat dalam berniagalah... :().

Ada sesiapa yang boleh bagi cadangan/pandangan, produk apakah yang sesuai untuk dijual dengan kemahiran yang aku ada ni...?!

Illustrasi untuk PTS

Yeargh!!! Dapat lagi satu job illustration novel kanak-kanak (tahap 2). Kali ni dari PTS pula. Alhamdulillah, murah rezeki hamba. Tengok pada skrip, illus kali ni tak la sebanyak dari Pn. Gee ari tu. Apa pun, daku enjoy je buat kerja-kerja ni. Yang penting, niat dan kata kepada kengkawan yang menyokong telah dikota untuk mengekalkan empayer lukisan MOMOKZ dalam mana-mana bahan terbitan di Malaysia ni... Amin!

Terima kasih kepada Natasha Effyzal kerana sudi dan berkenan dengan stroke dan gaya lukisan saya... hope ada lagi la job untuk saya selepas ni ya... Heee...!

Bila pendam... hati jadi runsing, so...

So... hari ni aku banyakkan bercakap dengan sesiapa saja! Sampaikan dengan mamak jual suratkhabar kat bawah opis pun aku ajak bersembang... heee!

Semalam rasa tak happy, banyak kerja terstuck! BABABU aku dah siap banner-promo oleh MAXIS. Nak launching tak lama lagi. Job album kawin berlambak. Tapi aku dah dapat cara-cara menyelesaikannya... Kerja hakiki pun nak kena settle. Minggu depan nak ke Kuala Terengganu (seminggu)... Huhuhu, macam bisnes juta-juta je rasanya...

Pagi ni aku diam je dalam kereta masa on d way ke ofis. Bini aku pun naik risau (aku tau tu...). tapi lepas breakfast tadi, mood dah dapat ditukar sedikit. Aku dah congak-congak beberapa perkara yang boleh disettlekan perlahan-lahan, yg penting, settle!!!


Sayonara Wedding-Photog

Huhuhu... 2 tahun bergelumang dengan gambar-gambar kahwin atas permintaan... Bulan lepas adalah bulan yang sangat memenatkan, full 4 minggu non-stop. Hasilnya, kereta pun dah barai, badan penat dan yang paling syok sekali client dah mula bising album tak siap. Sejak berpindah ke rumah baru di Sepang, perjalanan aku dari rumah ke KL adalah lebey kurang 1++ km jaraknya... kalau pergi-balik, dah berapa... penat dan sakit dalam kereta je! Keluar rumah subuh... sampai rumah senja...

Sejak bulan 3 aku dah rasa nak retire je dari bidang photografi ni. Banyak keluar dari masyuk.... yang aku sedehkan adalah maintenence kereta. kesian keta aku tu, dah bergegar sana-sini, bunyi sana bunyi sini. Sekali servis, 3-4 ratus terbang! Tabung pun dah mula kosong nih... huhuhu, sedey!

Mujurlah ada pulak rezeki dalam bidang illustration ni. Dapat gaklah menggantikan "lebihan kewangan" yang semakin kurang dan bakal ditinggalkan sedikit masa lagi. 

Aku dah fed-up dengan bebelan client. Ingat aku ni kuli ke? Aku dah maklumkan awal-awal tempoh jangkaan siap album/video, mereka pun tahu latar-belakangku yang buat kerja ni cuma part-time je. Maknanya aku ada kerja tetap lain nak kena settle tiap-tiap hari... Huh!

Tapi aku tak salahkan diorang, diorang yang bayar perkhidmatan aku sediakan. Cumanya kena la faham... masa yg ku ada amatlah terhad. Jadi aku kenalah buat ikut tempahan yang terdahulu dan seterusnya... waaaa....!!! Rasa nak menangis sekarang ni. Tak pernah aku rasa setension ini. Aku tak boleh buat sambil lewa je, mesti kena buat sebaik mungkin walaupun lambat... huu, sedey!

Selamat Panjang Umur, abah...

4 hb Julai hari kelahiran ayahanda tercinta. Aku punya hari kelahiran? 4 hb Ogos nanti... heee! Semoga En. Selamat sentiasa selamat dan sejahtera hendaknya... dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Mudah-mudahan apa yang diusahakan berhasil dan memberi rezeki yang melimpah ruah. Aku anakmu di sini sentiasa mendoakan kesejahteraan abah... amin!

My Chiby Arts

Huhuhuhu... dalam pekerjaan yang dah menimbun-nimbun plak, sempat lagi aku concentrate buat chiby-doll. Bagi bloggers2 mama/awek2 tau le apa makna dolly dan kegunaannya. Bagi yg tak tau, chiby-doll ni adalah lukisan characters yg mewakili diri anda. So yang sedang aku usahakan adalah chiby-doll jenis vector.

Korang boleh rujuk blog jual chiby aku di http://mychibyarts.blogspot.com

Buat masa ini kandungan blog tersebut adalah CHIBY/BLOG HEADER/BLOG BADGE/GREETING-CARD (printed). Untuk dolly dan greeting card dah ada stock, yg header dan badge ni belum lagi... still congak2 penggayaan apa yang nak aku promote. Kalau boleh nak nampakkan keunikan, hanya boleh terdapat di blog aku sahaja! Insya-allah... tengah mencari-cari idea lagi ni.

Pada kawan-kawan yang sudi-sudi menjenguk blog daku ni, silalah ke blog dolly daku plak ye... dan jangan lupa follow me yeah!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images