Tak boleh lukis karekter yang buka aurat!

17:55

Huhuhuhu... semalam aku ada berdebat dengan beberapa kroni dari Komik-M, sebuah syarikat penerbitan yang memberi peluang anak-anak Melayu berkarya melalui komik.

Cerita asalnya begini... member aku si Kharemo Butet telah mempreview satu page artworknya di fesbuk beliau (sebagai update progress kerja-kerjanya). Lalu ada beberapa rakan beliau yang memberi komen kerana terdapat lukisan tengkorak dan perempuan tidak bertudung pada karya Butet tersebut...  senang cakapnya artwork tu bakal direject la nanti oleh editor. Nak dijadikan cerita lagi, aku pun memberi komen berbunyi begini, "
Eh, komik M punya komik takleh ada wanita tak bertudung ke? Keciknya skop..."
Maka adalah beberapa karyawan (aku rasa mereka di dalam syarikat tu, yang menjadi wakil (tak dilantik) penerbit tersebut  memberi beberapa keterangan dan wawasan/ hala tuju komik penerbitan tersebut iaitu Syariah Compliant. 
Aku sukalah hala tuju mereka tu. Dan ada juga yang membidas kenapa aku kata "keciknya skop", bla dan bla... (sila rujuk di sini).

Kenapa aku cakap macam tu? Ini sebab-sebab yang pernah dan sedang aku lalui dan pengalaman yang lepas:

  1.  Bertudung tu wajib bagi kaum wanita beragama Islam! Tapi, kalau ceritanya fiksyen tempat pun tidak wujud watak yang dilukis pun tak nampak kemelayuan/keislaman, sesuaikah untuk mentudungkan watak perempuan tu?
  2. Pengalaman aku, kalau terlalu keislaman sangat bahan bacaan tu, hanya pembaca yang menghayati Islamlah yang terpengaruh untuk membeli. Sedangkan ada komik terbitan Komik-M tu yang menunjukkan aurat lelaki. (Lelaki tak kisah kot, dihalalkan...). Maknanya, hanya pembaca yang bercirikan Islam saja yang jadi pengguna dan wawasan mereka untuk mendidik pengguna kurang berkesan sebab pembaca tu memang dah menghayati Islam tu sendiri.
  3. Ada banyak lagi bahan bacaan yang boleh dijadikan panduan untuk anak-anak menghayati Islam. Komik-komik tu salah satunya... tapi mesti kenalah dengan ceritanya. Ye tak?
  4. Persepsi pertama oleh pengkomen awal memang kecil skop mindanya. Asal tak pakai tudung je perempuan tu tak Islam sepenuhnya, bila persoalkan pasal bertudung terus je kata sesuaikah melukis hentai/pakaian seksi untuk komik melayu. Aku tak maksudkan nak lukis seksi atau gaya yang menghairahkan... yang aku pertikaikan soal tudung tu. Kalau bertudung tapi pakai baju nampak shape badan watak perempuan tu boleh ke? Tak langgar syariah ke? Pemain bola pakai seluar pendek tak menjejaskan aurat lelaki ke? Ada banyak benda lagi nak kena perbetulkan, bukan isu tudung tu je... so, kenalah munasabah persepsi tu dengan apa yang nak disampaikan.
Tukang komen yang aku kritik tu ada menyambung, "berkarya... halal haram nak kena jaga jugak!" dan aku ada terfikir... masa berkarya sajakah kita kena jaga halal haram tu? Masa berjalan ternampak perempuan tak bertudung, kita tegur dia tak? Kita alihkan pandangan dari tengok dia tak? Kita ubah tak siaran tv bila ada iklan perempuan yang tak menutup aurat wajibnya. Bahan bacaan yang kita beli atau baca masa tu, kita koyak tak bab-bab yang ada kes-kes tadi? Adik beradik kita, rakan-rakan sekerja kita yang tak ikut cara Islam, kita ada tegur tak? Huhuhu.... banyak sangat yang kita kena buat sepatutnya, bukan hanya tertempu kepada isu tudung jer....

Sesapa yang baca post ni nak blame ke nak boikot aku ke, silakanlah... aku tak mintak sokongan sesapa pun, hanya luahan pendapat orang picisan yang tak glamour ni jer....

Takpe, itu cerita semalam, aku just rekod je apa yang berlaku semalam... huhuhuhu!
Assalamualaikum...



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images