Hari ni saje nak cerita tentang percintaan dan jodoh. Bukannya apa... semasa hayat adik saya, dia meminati seorang gadis yang saya rasa ada keserasian di antara mereka. tetapi apakan daya, jodoh perhubungan mereka tak panjang....
Jadi sebagai motivasi dan peransang kepada mereka-mereka yang sedang/akan atau pernah berkasih-kasihan tapi masih konfius dengan pilihan tersebut, artikel dari iluvislam ni agak menarik untuk dijadikan panduan.
Ini sebenarnya first time sahabat saya kongsi gambar ni di Internet, kerana ia sedikit memalukan :(
Ia gambar beberapa tahun lepas waktu beliau pergi ke Amsterdam dalam satu majlis keramaian untuk bertemu Julia Roberts dan beberapa artis Hollywood lain (susah nak percaya, tapi benar).
Ada satu peristiwa pelik dalam majlis ni yang banyak membuka rezeki beliau sekarang.
Jika anda ikut saja apa yang ditulis di blog ni, rezeki anda juga boleh ditambah dengan keizinan-Nya.
Atas tujuan inilah beliau kongsi gambar memalukan ini.
Harap kopiah tak tercabut bila tengok gambar beliau dengan Julia ni....kuatkan iman, ambil yang baik saja:
As Salam semua. Waa... bunyi macam dapat projek juta-juta dengan Pak Arab yek! Tapi taklah sebenarnya... saya cuma berpeluang membuka Kedai Online bersama Zazzle ni dan dapat duit kocek sikit-sikit dengan setiap jualan yang terhasil dari produk saya dan Zazzle!
Sejak kali pertama aku menceburkan diri dalam bidang penerbitan (1995), isu hakcipta adalah topik yang agak hangat. Tapi pada tahun-tahun tu hakcipta tak dipandang sangat oleh kartunis-kartunisnya kerana apa yang penting masa tu adalah stroke karya mereka...
Apabila stroke dan penceritaan seseorang kartunis tu mendapat pujaan ramai, ianya dah cukup mengembangkan lubang hidung sang pelukis. "Glamer" lebih penting dari keuntungan. Zaman-zaman tu takde blog, takde internet. Jadi majalah adalah tempat yang terbaik membina nama dan kemashyuran.
Tapi di zaman ini, majalah bukan lagi keutamaan. Dah banyak sangat peluang dan ruang untuk kita menyerlahkan bakat melukis. Malah dah wujud pula aliran konservatif dan digital.
Bila kita publish secara individu iaitu di blog-blog atau laman web, maka timbullah soal hakcipta. Fahaman aku Hakcipta akan digunapakai bila terdapat karya seseorang itu yang diambil tanpa izin tuan punya dan digunakan sewenang-wenangnya sehinggakan memperoleh keuntungan kepada pihak lain tanpa pengetahuan/keizinan tuan punyanya. Itupun jika tuan punya telah mendaftarkan hak mereka di tempat-tempat yang boleh mengesahkan hakciptanya itu.
Hakcipta boleh didaftarkan kepada perkara-perkara berikut; Logo syarikat, karya seperti seni tampak/lukisan/manuskrip/lakaran/lagu/visual dll, produk dan banyak lagi yang bertujuan melindungi hak penciptaan orang yang pertama menghasilkannya.
Jika seseorang itu merasakan ada sesuatu yang dia mengakui bahawa dia adalah pencipta pertama, sebaik-baiknya ciptaannya itu didaftarkan untuk melindungi haknya.
Bukan apa, aku bangkitkan cerita ini bila ada segelintir blogger yang mencari makan dengan cara menjual karya lukisan mereka mempertikai sesetengah blogger lain yang menggunakan perkataan yang sama dengan apa yang si pendakwa ni gunakan. Yang lebih best, mereka ini adalah pesaing kepada pendakwa tersebut.
Timbul persoalan, si pendakwa nak mencantas si pesaing sebab dia ada kabel dengan mereka-mereka yang boleh menyokongnya ke?
Aku sendiri pernah ditegur secara sopan melalui email bila aku telah membuat satu blog dengan nama mydollyart.blogspot.com iaitu blog yang menjual karekter-karekter comel untuk bloggers lain yang berminat.
Sebelum tu, aku dah rujuk perkataan DOLLY ini, takut-takut aku terambil "Hak Orang Lain" tanpa keizinan. Tapi bila di search di enjin carian, perkataan tersebut telah dipatternkan kepada benda lain iaitu seekor kambing bebiri yang hidupnya di luar Malaysia sana. Selain itu perkataan itu juga merujuk kepada nama seorang selebriti luar negara.
Berbalik kepada teguran si "Kakak" tadi yang mengaku dirinya adalah orang pertama yang menggunakan perkataan tersebut dan meminta untuk aku tukar nama blog aku kepada nama lain. Sedangkan perkataan tersebut bukanlah Hakcipta beliau! Apabila aku maklumkan bahawa aku dah buat searching tentang perkataan tersebut, barulah nada balasan emailnya menurun sedikit dan menyatakan yang dia akan beralah dan akan menukar kepada nama lain untuk karekter ciptaannya itu.
Tapi aku pun tanak gaduh-gaduh dan memanjangkan cerita ni, aku beralah sajalah... lalu aku buat satu lagi blog jualan karekter dengan nama mychibyarts.blogspot.com. Mujur pihak animator/illustrator dari negara Jepun takde yang call aku suruh aku tukar perkataan CHIBY tu kepada nama lain.
Tak perlu risau, Tuhan dah anugerahkan bakat melukis kepada sesiapa sahaja dengan keunikan pelukis itu sendiri. Walaupun ada sesiapa yang meniru dengan menekap sekalipun, tetap tak akan sama dengan gaya pelukis asal.
Kita boleh tahu seseorang itu mempunyai bakat semulajadi atau hanya sekadar mengikut-ikut kejayaan orang lain. Maybe dia boleh berjaya lebih dari mereka yang berbakat, maybe mereka takkan ke mana-mana. Itu kuasa tuhan yang menentukan baik-buruknya nasib seseorang itu.
Satu lagi, tak perlulah risau tentang kerugian dalam perniagaan. Lain orang, lain seleranya. Tak semestinya pelanggan suka dengan pelukis A dia tak boleh suka pelukis B, pelanggan pun ada citarasa sendiri, mereka ada hak mimilih. Macam si penjual goreng pisang! Walaupun berniaga sebelah-sebelah, untung dan nasib masing-masing! Anda tak boleh menghalang orang lain yang jual benda yang sama dengan apa yang anda jual semata-mata takut hilang populariti dan pelanggan. Persaingan inilah yang akan bantu kita tingkatkan prestasi perniagaan kita, agar dapat buat sesuatu yang lebih baik lagi dan lagi dan lagi...
Sorry bebanyak sebab luahkan dalam blog ini. Mulanya aku tanak ambil kisah sangat, tapi dah ada rakan-rakan "Yang Tak Takut" telah dianiaya oleh mereka-mereka yang popular ni, terpanggil pulak untuk bercerita perkara ini... Maafkan aku yea...
Semenjak dua menjak ni, aku cukup suka main impose muka-muka aku. Inilah orang takde kerja namanya... Ada beberapa gambar yang telah aku POP-ARTkan...
Ini adalah koleksi imposed yang aku dah buat baru-baru ni. So, kepada sesiapa yang berminat nak buat imposed wajah anda ke dalam badan orang lain, boleh la roger patik!
Apa yang aku nak kongsikan kali ini agak menggerunkan. Kerana, secara tanpa sedar aku dan isteri sedang mengalami musibah ini. Dan... kini kami dah tahu agak sahih tentang kebenaran perkara ini, kami cuba selesaikannya dengan cara yang baik tanpa menambahkan lagi permusuhan dengan si pembuat...
Jadi, dikesempatan ini... aku ceduk lah sedikit artikel dari blog lain yang ada menceritakan tentang sihir ini, dan aku kongsikan kepada korang semua...
Jom baca...
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakanAl-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya.....
Mudah-mudahan, dengan perkongsian ini dapat membantu anda-anda yang diluar sana yang sedang berhadapan dengan perkara-perkara ini, dapat mencari dan mengamalkan rawatan dan cegahan yang ditunjukkan di sini. Insya-Allah...
Perkara paling menghibakan aku ialah bila melihat mak aku menangis. Terutama apabila hatinya terguris akibat dari "usikan perkataan atau perbuatan" dari anak-anaknya...
Teringat suatu ketika... masa tu aku dalam darjah 3. Suatu hari, aku telah memecah tabung simpananku sendiri tanpa pengetahuan mak. Ku kumpulkan duit yang berselerak di lantai bilik dan kujumlahkan, adalah lebih kurang RM10 (dalam bentuk syiling). Masa tu duit sebanyak tu dah boleh sama dengan jutawan! Maklumlah, baru berumur 9 tahun!
Tujuan ku pecah tabung tu sebabnya termakan pujuk dari rakan baikku yang mempunyai satu kereta mainan besi. Aku cukup gian dengan kereta mainan tu. nak suruh abah beli memang jangan haraplah nak dapat. Pendek kata, kalau kucing tu tumbuh tanduk... belum tentu lagi aku boleh dapat mainan yang macam tu.
Lalu aku bawa duit syiling yang sebeban tu, aku jumpa rakan karibku.
"Nah Lik, aku bayar 4 ringgit..."
"Nah, ni kereta engkau!"
"Okeh!" aku tersenyum...
Petang tu aku bermain dengan kereta mainan kesukaan ku itu sampai pukul 6 petang. Bila dah kehausan, aku pun balik. Rumah tak jauh dari tempat ku bermain tu...
Masuk je rumah, Mak dah tenung aku satu macam. Ahh! Sudah... mak dah tau ke, aku pecahkan tabung?
"Erol, duduk kejap... mak nak tanya".
"Ada apa mak?" tanyaku perlahan...
"Erol pecah tabung eh?"
"Err... err... " aku tak boleh jawab. Memang mak dah tau!
"Erol buat apa dengan duit dalam tabung tu?"
Macam dipukau, aku hulurkan mainan kereta besi tu dan tunjukkan kat emak. Mak tak ambil, tapi terus merenung aku...
"Siapa punya ni? Erol beli ke?"
"Isam punya. Dia kata dia tanak lagi mainan ni. Tapi dia suruh saya bayar 3 ringgit pada dia..."
kebetulan abah yang baru balik dari kerja masuk ke rumah dan sedang memerhatikan sesi soal-jawab antara aku dengan mak. Bila abah dengar pengakuan aku dan lihat mainan di tangan aku tu... PANG! Satu tamparan yang agak kuat singgah di pipi aku. Abah rampas mainan tu dan baling ke lantai.
Kuat tak kuatnya balingan tu sampaikan bengkok mainan kereta tu dikerjakan abah. Mak dah mula menangis... "Erol tau tak... betapa susahnya Erol nak simpan duit tu, nak buat beli barang sekolah... tapi Erol ambil dan beli mainan yang tak berfaedah tu. Erol nak jadi apa? Ingat kereta mainan tu boleh senangkan Erol bila besar nanti? Hah..."
Dan... bermacam-macam lagi keluhan mak yang aku pun dah tak ingat buah butirannya. Tapi yang pasti, sejak dari itu aku memang dah serik nak pecah-pecah tabung.
Kalau aku nak beli sesuatu, aku akan asingkan kepada dua bahagian. Satu dalam tabung yang mak khaskan, satu lagi dalam tabung aku sendiri. Jadi mak tak boleh nak marah sebab bahagian yang satu lagi mak tak tau! Tengok tu!!! memang anak jantan tak tau serik kena penampar abah!
Tu cerita 25 tahun lepas... cerita yang ada pengajaran dan ada panduan untuk aku bawa di umur 34 tahun ini. Tapi hari ini mak menangis lagi... bukan sebab aku pecah tabung lagi! Tapi dia masih kemurungan dengan pemergian adik bongsu aku.
Aku jadi serba salah... nak kerap balik, kampung bukannya dekat. Walaupun cuma 3-4 jam perjalanan aku ke Batu Pahat tu, komitmen dan kewangan aku tidaklah serancak dahulu...
Aku selalu berdoa agar mak tabah dan beransur pulih dan boleh menerima Qada dan Qadar yang ditentukan oleh Allah. Walaupun aku masih samar-samar dengan "HIKMAH" kehilangan adik aku tu... aku harap ada sesuatu yang baik untuk kami yang masih bernyawa ini.
Mak... tabahlah... dan relakanlah pemergian adik. Erol masih ada, masih boleh mengembirakan hati mak, masih boleh menjaga sakit pening mak...
Izan, semoga engkau berbahagia di sisi Allah.... Amin!
Salah tak kalau aku sambut Hari Kekasih bersama isteri terchentaku? Lagi baik kan... lepas "mengadu-domba" di tempat-tempat romantik, balik rumah terus lenjan-melenjan tanpa dosa...
Illustrasi di atas adalah bayangan wajah aku dan isteri bila kami dah mencecah 60 tahun ke atas. Ia juga telah dijadikan hadiah kepada isteriku sempena Valentine's Day baru-baru ni.
Sempatkah aku merasa saat-saat itu, panjang lagikah umurku sehingga aku boleh mencapai usia sebegitu? Hanya tuhan saja yang tahu...
Dengan usia perkahwinanku yang nak masuk ke 9-Tahun, aku mengharapkan perhubungan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
Aku selalu berdoa agar dapat memberikan apa saja permintaan isteriku dan anak-anak agar mereka berasa selesa dan bahagia sepanjang bersamaku. Aku tak minta apa-apa... hanya kebanggan dan kebahagian serta amalan yang dapat kubekalkan kepada isteri dan anak-anak bila sampai masa aku pergi... Aku mengharapkan mereka berjaya di dunia dan akhirat. Aku juga mengharapkan isteriku dapat menjaga ketiga-tiga anak kami supaya menjadi orang yang berguna bila dewasa kelak.
Harga: RM 14.00 ISBN: 978-983-124-578-1 Halaman: ~352 Bahasa: Bahasa Melayu Berat: 0 gram Tarikh Terbit: 16 Ogo 2010 Kategori: Kanak-kanak/Remaja
Ini adalah penglibatan pertamaku dengan novel di mana aku menghasilkan lebih dari 10 illustrasi untuk novel ini...
Sinopsis
IZAD sering berangan-angan mahu menjadi orang gagah dan memiliki kuasa sakti. Izad Gagah. Itulah gelaran yang diberikan kepada dirinya sendiri. Dia langsung tidak menyangka angan-angannya itu akan menjadi kenyataan selepas keluarganya berpindah. Dia jadi teruja bila mendapati dia berjiran dengan orang-orang sakti dari sebuah negara bernama Kasyorga. Malah rakan-rakan barunya, Samrin, Naina dan Ella Vi adalah tiga kanak-kanak sakti!
Pada mulanya Naina tidak senang dengan kehadiran Izad tetapi Izad terus berusaha mendekati Naina sehingga akhirnya mereka bersahabat baik. Kepercayaan mereka terhadap Izad semakin teguh apabila Izad sanggup mempertaruhkan nyawanya bertempur dengan musuh rakyat Kasyorga demi menyelamatkan Buku Sakti Kasyorga daripada jatuh ke tangan musuh. Apakah kesudahan nasib Izad? Ayuh! Sama-sama kita alami pengalaman ajaib ini bersama Izad!
Antara illustrasi asal untuk novel ini:
Jom beli novel yang penuh dengan pengembaraan dan imaginasi ini!
Al-Fatihah untuk adindaku yang bongsu... Mohamad Hifzan Bin Selamat.
Dalam usianya 19 tahun, dia telah pergi meninggalkan kami semua. Pemergiannya akibat kemalangan apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan kereta lain dari arah bertentangan...
Aku memang merasa sangat kehilangan. Walaupun jarak umur kami berbeza 15 tahun, aku sentiasa lihat perkembangannya, dan paling ketara selepas dia habis menduduki SPM. Sempat aku isikan borang SPA8 dengan harapan supaya dia mempunyai masa depan yang terjamin dalam sektor kerajaan seperti aku. Alhamdulillah, peluang dia ada apabila dapat diinterview sebagai jurufoto B17 di Johor Baharu pada Akhir tahun lepas.
Tapi, kuasa tuhan... seperti dia sudah boleh jangka akan kepergiannya apabila dia tak dapat melepasi kuota calon yang berjaya. Pada waktu tu dia taklah sugul tapi, dari nada kemaskini di facebooknya, dia memang agak kecewa.
Aku ingat lagi, lepas je SPM dia selalu rujuk kepada aku apa masa depannya. Mulanya dia nak ikut jejak langkahku sebagai Graphic Designer. Tapi aku menasihatinya cuba faham dulu kebolehan diri tu, ke mana minat dia. Akhirnya dia memilih fotografi. Alhamdulillah, di hari-hari terakhirnya, banyak gambar-gambarnya yang ku kira berkualiti sebagai seorang amatur. Dan... aku sangat terkilan, dikemuncak kegemilangannya di kalangan kawan-kawannya, dia pergi tanpa sebarang pesan...
Adik, aku doakan semoga engkau aman di sana... Al-Fatihah...
I'm Momokz - I'm a Sneakeraholic. I'm passionate at Arts, Photography, Online-Business. This blog is a place where I want to share all the things I love to you!