Aku dan Valentine's Day
18:39Salah tak kalau aku sambut Hari Kekasih bersama isteri terchentaku? Lagi baik kan... lepas "mengadu-domba" di tempat-tempat romantik, balik rumah terus lenjan-melenjan tanpa dosa...
Illustrasi di atas adalah bayangan wajah aku dan isteri bila kami dah mencecah 60 tahun ke atas. Ia juga telah dijadikan hadiah kepada isteriku sempena Valentine's Day baru-baru ni.
Sempatkah aku merasa saat-saat itu, panjang lagikah umurku sehingga aku boleh mencapai usia sebegitu? Hanya tuhan saja yang tahu...
Dengan usia perkahwinanku yang nak masuk ke 9-Tahun, aku mengharapkan perhubungan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...
Aku selalu berdoa agar dapat memberikan apa saja permintaan isteriku dan anak-anak agar mereka berasa selesa dan bahagia sepanjang bersamaku. Aku tak minta apa-apa... hanya kebanggan dan kebahagian serta amalan yang dapat kubekalkan kepada isteri dan anak-anak bila sampai masa aku pergi... Aku mengharapkan mereka berjaya di dunia dan akhirat. Aku juga mengharapkan isteriku dapat menjaga ketiga-tiga anak kami supaya menjadi orang yang berguna bila dewasa kelak.
Itu impianku...
2 comments
ada lagi gmbr ni! hahhaha... aku dah gelak terbarai dah haritu. ko buat aku tgk lamaaaaaa kat PC. cuba cari sesuatu kat picca tu. rupanya maniulate muka korang! ciz... hahhaha tp mmg superb! mana chatboxnya?
ReplyDeleteNanti... aku kena built-up balik blog ni. Dah bnyk menda yg aku buang dan bina balik
ReplyDelete