Rekaan Karekter Daripada Serpihan Blok Permainan LEGO


Permainan LEGO sememangnya sangat popular, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Terbaru ialah filem animasi yang mengetengahkan konsep POP di mana watak dan babak filem diadaptasi dari watak-watak hot filem aksi seperti Star Wars dan Avengers.

Tetapi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perjudian Rickard Frisegård dengan kerjasama SuckMyBrick telah berkongsi idea dengan menghasilkan filem bertajuk "Movie Quiz".

Rancangan bersiri ini menampilkan watak-watak klasik menggunakan pecahan dari blok-blok permainan LEGO dan tidak dinamakan setiap watak-watak tersebut. Tetapi melalui karekter dan pakaian yang dipakai oleh watak-watak tersebut, kita sudah mengetahui ia menyamai karekter siapa. Filem ini mengambil intipati dari filem Wild Thing hingga ke filem BraveHeart.










Idea Rekaan Grafik Papan Skate Yang Cool


Bagi fans skater semua, topik ini mungkin untuk anda.

Sebuah syarikat di Los Angeles, SOVRN telah bergabung dengan beberapa artis dari genre Palo Alto untuk menghasilkan beberapa rekaan grafik pada papan luncur dalam koleksi "Skateboard Decks Artist Collection".

Dengan berkonsepkan idea rekaan gaya hidup dari kawasan Pantai Barat, SOVRN telah memberikan kepercayaan kepada empat pereka tersebut.

Untuk koleksi terbaru, Jack Vanzet, Jesse Draxler, Chris Golden dan Ben Roth telah melakukan semua pilihan reka bentuk, setiap satu mempamerkan gaya masing-masing.

Papan dinamakan Dispel, Chimera, Hack dan Void  mempunyai gaya ekspresi lukisan yang bertenaga, butiran marmar dan fotografi dari kitab Injil.

Idea rekaan ini diabadikan bersama papan luncur yang berkualiti tinggi dan dikeluarkan sebagai edisi terhad sahaja.







Idea Lakaran Yang Menggabungkan 2 Dunia


Kreativiti seorang pelukis adalah aset yang paling berharga kerana keunikan karya itu adalah penentu kepada kejayaan pelukis tersebut.

Lakaran Hidup oleh Sebastien Del Grosso adalah satu hasil rekaan kreatif di mana beliau telah menggabungkan dirinya dan lukisannya sendiri!

Menggunakan teknik fotografi dan seni tampak membuatkan karya beliau sangat menarik. Del Grosso, seorang artis dan jurugambar berasal dari Perancis ini menghasilkan lukisan dari pengalaman hidupnya sendiri.

Menurutnya, "sejak saya kecil, melukis begitu memberikan inspirasi. Tetapi bila saya menceburi dunia fotografi saya merasakan kekuatan dari dua cabang seni ini boleh menghasilkan idea rekaan yang lebih besar dan unik. Kenapa tidak saya gunakannya untuk membebaskan imaginasi saya dari terkongkong".








Rekaan Pembungkus Cip Kentang Yang Praktikal


Trend rekaan pembungkus makanan ringan yang digunakan sekarang ialah plastik kedap udara yang perlu dikoyakkan di bucu atau di tengah pek untuk mendapatkan makanan di dalamnya.

Tetapi seorang pereka bernama Junpyo Kim telah mengetengahkan satu idea di mana rekaan pembungkusannya dibuat luar dari kebiasaan. Dengan mengambil inspirasi dari rekaan pembungkus cookie, beliau telah menghasilkan rekaan di mana pembungkus boleh dikoyakkan di bahagian hadapan.

Hanya perlu kopek plastik di hadapan yang menjadi pintu laluan yang lebih menarik dan praktikal. Jadi tiada lagi masalah serpihan keropok kentang yang tertinggal apabila plastik pembungkus dibuka.

Ia juga boleh di isi semula di masa akan datang sekiranya anda mahu jadikan pembungkus tersebut tempat simpanan.





Kelas Renang Dari Idea Cerita Puteri Duyung


Ramai kanak-kanak perempuan yang suka berangan-angan menjadikan dirinya seperti puteri dalam kartun Disney. Antara watak yang menjadi ikutan ialah little mermaid.

Oleh itu, L'Académie Aquasirène, sekolah duyung yang pertama di Kanada telah memperkenalkan sesi kelas berenang dengan gaya ikan duyung, iaitu berenang sambil memakai rekaan kostum ikan duyung itu sendiri.

Apabila menonton video kelas renang "ala" mermaid itu sudah cukup mengujakan sesiapa sahaja, membuatkan diri kita seolah-olah seorang puteri duyung.

Marielle Chartier Hénault, Ikan duyung profesional berusia 24 tahun dan pengasas Akademi AquaMermaid berkata, terdapat permintaan sesi kelas berenang duyung iaitu kanak-kanak kecil yang sering berangan menjadi duyung dan gadis-gadis  lingkungan 18-25 tahun yang mahukan renang gaya duyung ini menjadi salah satu cara senaman.





Rekaan Topeng Dari Kadboard Yang Menarik


Jika anda tercari-cari idea untuk menghasilkaan rekaan topeng muka untuk majlis anda, apa kata anda rujuk kepada idea Sandra Suárez.

Beliau telah membuat satu projek yang dinamakan "Sandra Suarez's 365 Day Project Brings Crafty Inspiration to Instagram". Beliau telah menghasilkan pelbagai karekter topeng setiap hari satu topeng menggunakan kertas manila kad atau kertas kadboard.

Katanya lagi, dalam kesibukan mencari sesuatu untuk menghiburkan hati, topeng muka adalah salah satu cara anda mengekspresikan keseronokan anda dengan pelbagai idea rekaan yang menarik dan mendapat perhatian orang di sekeliling anda.










Rekaan Dekorasi Dari Permainan



Kadangkala ibu bapa pening memikirkan dekorasi bilik untuk anak kesayangan mereka.

Dari situ syarikat permainan terkemuka, Meccano telah mendapat idea menghasilkan rekaan perabut berkonsepkan permainan.

Dicipta oleh pereka British Frank Hornby pada tahun 1900, beliau telah mengeluarkan koleksi dewasa bersaiz 21 bahagian pemasangan sebagai sebahagian daripada koleksi Perabot Rumah Meccano.

Perabut ini didatangkan dengan bahagian-bahagian yang menyerupai plat logam, takal dan galang sudut dari bahagian permainan asal dan didatangkan dengan warna yang terang yang boleh di cantum dengan pelbagai warna lain.

Perabut ini juga boleh digabungkan untuk dijadikan kerusi, meja kecil, dan lampu meja yang unik.

Yang menariknya, perabut ini boleh dibeli melalui online sahaja. Perabut yang diilhamkan oleh pereka industri Belanda Tomm Velthuis, menjadi permulaan kepada konsep sebegini pada tahun 2014.








Rekaan Karpet Berkonsepkan Topografi



Rekaan permaidani oleh Laurens van Wieringen telah mengetengahkan konsep visual topografi iaitu visual 3D pemandangan landskap sesuatu kawasan yang diimbas oleh komputer.

Dengan menggunakan beribu-ribu gabus yang berwarna-warni dan beberapa tahap ketinggian telah membentuk seolah-olah sebuah peta 3D.

Permaidani topografi ini dihasilkan dengan begitu teliti dan jelas menunjukkan kawasan tertentu. Ia sememangnya satu rekaan yang sangat menarik dan praktikal untuk dikomersialkan.






Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images