#10 - Mulut Jerung



Bayangkan bagaimana anda berenang dengan ditemani oleh sang jerung? Berani?

Kalau aku, mau terkencing-kencing la dalam air. Silap-silap pengsan! Jadi makanan jerung terus laaa...!

Ini bahan-bahannya... Simple sikit.



#9 - Harta Ahmad Albab Re-Edit


Alhamdulillah... study lagi sikit, godek-godek sikit, akhirnya dapat siapkan foto-manipulasi ini. Dan pada aku ianya lebih baik hasilnya dari post aku sebelum ini.

Baca entri sebelumnya di sini: http://keyslab.blogspot.com/2015/04/9-harta-ahmad-albab-re-edit.html

Okey, untuk versi re-edit ini... aku tukar totally semua aksesori dan scene. Subjek masih sama iaitu diri aku sendiri ler... huhuhu!

Macam biasa, aku sertakan bahan-bahan yang terlibat dengan kerja-kerja manipulasi ini...









#8 - Pawang Buaya



Sekali pandang mungkin ini kelihatan seperti gambar biasa. Tetapi sebenarnya ia adalah gambar manipulasi. Ini adalah rahsia di sebalik cerita di atas:

Gambar asal watak mangsa

Gambar asal pawang buaya

Gambar asal tempat kejadian

#7 - Harta Ahmad Albab


Seronok bila angan-angan menjadi kenyataan kan!

Tapi biasanya kita kena la melalui semua onak dan duri sebelum mencapai impian kita tu...

Tak banyak nak sembang, tapi teknik ni agak aku tak gemar sebab finishingnya jadi macam lukisan cat minyak. Aku suka teknik photo-realism.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan karya ini:

Ini foto aku sendiri ler...

Cilok dari internet 

Cilok dari internet 

Cilok dari internet 
Inilah harta karun yang telah aku jumpa

#6 - Realiti Kehidupan



Inilah kehidupan realiti sekarang. Dalam kesukaran mengharungi ombak kehidupan di luar jangkauan kemampuan diri. Diperhati pula oleh si pemangsa-pemangsa yang akan membaham bila kita leka dan alpa...

Aku terpanggil untuk mengekspresikannya pada karya ini... Hope ada komen-komen membina atau kritikan yang boleh dijadikan halwa telinga yek!

#BloggerTalk

#BloggerTalk : 10 Fakta Menarik Tentang Diri Aku


Bila nak cerita tentang perkara-perkara menarik pasal aku, aku terfikir... ada ke perkara menarik yang boleh menjadi inspirasi kepada orang lain dalam hidup aku ni?

Gali punya gali, cari punya cari... rupanya ada beberapa perkara yang menarik yang korang perlu tahu tau!!!

#BloggerTalk: 10 Fakta Menarik Tentang Key Selamat:


  1. Sejak tahun 2002 aku menggunakan nickname MOMOK (bermaksud hantu... korang pun tau kot). Masa tu takde lagi facebook. Era internet pun baru nak berkembang time tu. Kemudian aku inovasikan nickname tu kepada MOMOKS.
  2. Kecenderungan aku ialah grafik design, illustration dan animation. Itu adalah Minor dan Major Degree aku... (Bachelor Of Art And Design).
  3. Sekitar tahun 2002 hingga 2006 aku banyak aktif berkarya dan berforum dalam portal Sifoo.com dan Pergh.com. Korang boleh search lagi kot karya-karya aku yang bersepah di alam maya nih...
  4. Nama aku disenaraikan oleh penggiat kartun dalam wikipedia. Boleh rujuk laman berikut: http://ms.wikipedia.org/wiki/Moks.
  5. Pada sekitar 2007, masa tu zaman kamera DSLR bermula. Aku menggiatkan diri dalam arena fotografi. Laman flickr aku masih boleh dicapai melalui pautan ini: https://www.flickr.com/photos/momokz/
  6. Aku mula mengambil upah melukis ilustrasi dengan Syarikat Karangkraf. Karya aku menjadi penghias dalam novel grafik pertama kalinya ialah melalui judul Izad Menjejak Buku Sakti 1 & 2. Boleh lihat sini: http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=579
  7. Kemudian aku beralih ke buku kanak-kanak pula. Karya terlaris sepanjang zaman aku ialah melalui Mia Merah jambu (Klik sini), Famili Fariz; Mahu Parti Hari Lahir (Klik sini) Dan Sekolah agama - PTS (Klik sini).
  8. Kini aku dah ada buku yang ditulis dan dilukis sendiri dalam projek Karangkraf (Projek 100 Buku). Ada dua karya aku yang berjaya diterbitkan iaitu Haikal Serba Tahu (Klik sini) dan Busana Merdeka (Klik sini). Masih hangat dipasaran ni tau!!!
  9. Lilitan Shawl Ramadhan by Emy Dahlya (LSR ED1) adalah hasil kerja video aku dengan kerjasama http://www.dahlyafashion.com/. Hingga kini video tersebut mendapat tontonan 400,000 lebih view. Boleh tontonnya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=_VkqU9BeNcY
  10. Kebanyakan apa yang aku ceritakan di atas adalah hobi-hobi serius aku. Dan hobi terkini adalah mendalami lagi ilmu foto-manipulasi menggunakan photoshop. Karya di atas adalah karya terkini yang dihasilkan khas untuk mengisi content #BloggerTalk ini dan support kawan-kawan blogger yang lain. 















Itulah serba sedikit kisah hidup aku Key Selamat (Momokz). Ada banyak lagi nak cerita, tapi 10 ni pun dah boleh la kot eh... hahaha!!!

Korang boleh juga lihat karya-karya lain yang sedang aku cuba kemaskini dan satukan dalam satu tempat. Masalahnya aku cepat jemu dan selalu je cuba nak cuba sesuatu yang baru. Itu yang berlambak karya-karya aku dalam internet tu...
Yang ni aku tengah kemaskini dan nak combinekan kat dalam nih... http://mom-okz.tumblr.com/

Kalau korang suka, boleh la komen apa-apa. Tak suka pun boleh komen jer. Aku mengalu-alukan tau!

#5 - Belajar Foto Manipulasi Secara Online.


Korang minat nak belajar Photo-Manipulation?

Aku ada panduan yang aku rasa sangat lengkap dan menyeluruh. Kaedah pembelajarannya juga mudah difahami. Asalkan kau tahu guna photoshop. Itu ajer...

Kepada peminat fotografi atau editor, Seri Pakis Marketing menyediakan kelas belajar suntingan foto dan manipulasi secara online.
Antara subjek yang akan diajar dalam bentuk video:
  1. - Menyunting dan color grading foto.
  2. - Menghaluskan kulit wajah untuk model studio.
  3. - Memperincikan kulit wajah berkedut.
  4. - Mengubah dari foto kepada karikatur.
  5. - Foto manipulasi (gabungan subjek dan latar belakang).
  6. - Mempelajari HDR Toning dan Color Filter
  7. - Teknik retouching foto perkahwinan.

TAHAP TUTORIAL EDITING

  • Bengkel ini BUKAN tahap asas.
  • Bukan belajar DSLR.
  • Bukan belajar asas lighting.
  • Bukan belajar asas Photoshop.
  • Peserta yang sesuai ialah yang sudah biasa dengan DSLR danPhotoshop(Editing). Sekurang-kurangnya pada tahap pertengahan.

YURAN DAN KEPERLUAN

  • RM100 untuk 29 tutorial (Sepanjang Hayat).
  • Belajar secara online dalam bentuk video.
  • Peserta cuma perlu ada sambungan internet dan laptop komputer sendiri.

SIAPA YANG PATUT LANGGAN?

  • Peminat photoshop.
  • Fotografer yang terlibat dengan fotografi potret studio.
  • Photo-retoucher yang ingin menambah teknik beauty editing.
  • Durasi video tutorial 50 minit untuk setiap sesi. Belajar dan terus buat.
  • Premium Tutorial: http://seripakis.my/daftar/

#4 - Jihan And Bear


Suatu ketika dahulu di zaman aku mula-mula mengenali apa itu photoshop, aku sangat-sangat-sangat teruja melihat pembikinan iklan di poster atau brosur yang menggunakan teknik manipulasi.

Itu masa tahun 1997, bulan-bulan terawal aku didedahkan dengan komputer, perisian adobe photoshop 3.0 masa tu... Dapat belajar crop orang dah kira bangga habis!!!

Kini setelah berbelas tahun, aku masih setia dengan niche grafik, fotografi dan manipulasi...

#3 - Intresting Bagan Lalang Beach



Perkara yang paling menyeronokkan Danial, Jihan dan Haikal apabila aku bawa mereka berendam bersuka-sukaan di kolam renang atau pantai.

Rasa ringan kepala betul bila riak ombak menerjah ke kulit... Rasa nak berendam je hujung minggu nanti!

#2 - My Luvely Wife



Gambab mem aku masa muda belia dulu-dulu. Kih kih kih! Comel je masa tu aku tengok. Tapi sekarang lagi comel dan bertambah ku-putehnyaaaa.....!

#1 - Danial And His Gun


Gambar terbaru Danial Akmal.

Dah bujang anak aku. Diam tak diam, dah 12 tahun umurnya kini. Tahun ni dia UPSR. Aku berharap dia dapat menghadapi situasi cemas tu nanti dengan hati yang tenang dan damai serta beroleh keputusan yang cemerlang nantinya... Amin!!!

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images