Bagaimana Menulis Buku Bergambar Kanak-Kanak

18:37

Klik gambar untuk beli naskhah ini!


Mungkin anda seorang penulis buku kanak-kanak, atau mungkin anda seorang illustrator atau editor buku yang menjadi tempat rujukan bagaimana hendak menulis buku kanak-kanak.

Atau anda seorang ibu yang rajin bercerita kisah-kisah pengembaraan kepada anak-anak anda dan mahu cerita-cerita tersebut dibukukan.

Walau siapa pun anda, mungkin panduan "Bagaimana Menulis Buku Bergambar Kanak-Kanak" ini membantu. Buku bergambar kanak-kanak ini paling tebal dihasilkan dengan 32 halaman bergambar.

Terdapat 9 tips yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda Menulis Buku Bergambar Kanak-Kanak.

1. Persiapkan Diri Anda.

Menulis buku kanak-kanak sebenarnya kerja mudah. Tetapi menulis buku kanak-kanak yang baik adalah sukar. Ia memerlukan proses yang agak panjang.

Majoriti buku-buku bergambar yang dihasilkan pasa ini menggunakan kurang dari 1000 patah perkataan. Dan memerlukan penghayatan seni yang lebih kerana penceritaannya melalui teks yang sedikit dan gambar "yang bercerita".

2. Banyakkan Membaca Buku Bergambar Kanak-Kanak.

Setiap buku bergambar mempunyai sejarah dan penceritaannya yang tersendiri. Oleh itu anda perlulah membuat rujukan dan membaca seberapa banyak buku bergambar sebelum anda mula mengarang. Lihat bagaimana penulis dan pelukis menggabungkan teks dan gambar menjadi sebuah cerita yang menarik.

Cuba anda ambil sebuah buku bergambar, dan asingkan ayat dengan gambar. Lihat, bagaimana kekuatan teks tanpa gambar dan juga sebaliknya. Pelajari karya-karya Sendak, Silverstein, dan Seuss. Lihat bagaimana mereka bercerita.

Jangan hanya menghabiskan masa di rak buku kanak-kanak sahaja. tetapi ambil peluang dengan membacanya secara serius. Anda akan mula memahami adakah buku bergambar yang anda baca itu sampai maksudnya atau tidak. 

Lama-kelamaan anda dapat memahami dan membezakan buku dikategori baik ataupun tidak.

3. Tuliskannya!

Anda bukan semata-mata menjual idea. Tetapi anda perlu bersungguh-sungguh menulisnya!

4. Elakkan Cerita Berima

Cerita berima adalah rumit - jangan cuba melainkan anda seorang pengarang syair yang hebat! Ia buruk sekali apabila sebuah puisi untuk kanak-kanak tidak sampai maksudnya.

Membaca buku bergambar sebenarnya perlu dibaca dengan kuat. Tetapi jika menggunakan rima dan tidak kena iramanya, itu adalah bencana kepada penulis!

5. Tidak Perlu Gambar Apa Yang Ingin Anda Sampaikan.

Apabila menghantar manuskrip kepada syarikat penerbit. Elakkan dari menghantar ilustrasi yang menggambarkan cerita anda. 

Apabila penerbit setuju untuk menerbitkan buku anda, mereka akan mengupah pelukis untuk buku anda itu. Kecuali anda menulis dan melukis sendiri cerita anda itu, seperti saya!

6. Tunjukkan Kepada Kanak-kanak

Tunjukkan cerita anda kepada sekumpulan kanak-kanak yang anda tidak mengenali mereka. Apabila editor atau pihak penerbit menolak karya anda, alasan "anak saya sukakannya!" adalah perkara biasa.
Tetapi 99% pembaca bukan yang berkaitan dengan anda.

Cuba bacakan cerita anda di hadapan 30 kanak-kanak yang berlainan karekter. Lihat telatah mereka sama ada mereka berminat, bosan atau tidak fokus. Kira jumlah yang dikategorikan tadi. Itulah ukuran jumlah pembaca anda nanti.

Kaji di mana kekuatan dan kelemahan karya anda dan segera perbaikinya supaya karya anda dapat menarik seluruh pendengar testimoni anda tadi.

7. Hantar Kepada Penerbit

Setiap penerbitan mempunyai pegawai yang akan menapis setiap manuskrip yang dihantar dan memberikan kepada editor yang sesuai dengan niche yang anda cuba sampaikan.

Semua bacaan anda di Langkah 2 akan membantu anda memilih syarikat penerbitan yang sesuai dengan gaya penulisan anda.

Semasa menghantar manuskrip anda, pastikan anda menulis nama anda dengan betul, sertakan ringkasan cerita dan mengapa anda menulis manuskrip tersebut dan kenapa anda memilih syarikat penerbitan tersebut untuk menerbitkan karya anda.

8. Bayaran Royalti

Dari bahagian penapisan manuskrip tadi, akan dihantar kepada editor yang sesuai. Dari situ, editor tersebut akan memperkenalkan dan berbincang pula dengan kumpulan editor lain untuk menilai tentang kekuatan manuskrip anda, cadangan harga dan royalti yang bakal anda perolehi nanti.

Setelah dipersetujui, barulah editor akan menghubungi anda dan berbincang lanjut pula dengan anda. Sekiranya persetujuan dicapai, barulah editor akan menghantar surat tawaran dan perjanjian untuk anda tandatangani.

9. Illustrasi

Pihak penerbitan akan mengupah pelukis untuk melukis cerita anda. Anda dijemput untuk memberikan pendapat tentang lakaran tetapi anda tidak boleh mencampuri urusan editor. Semasa memberikan pendapat, cuba merendah diri dan memberikan kerjasama. Mungkin anda kurang berpuas hati, tetapi ianya perlu anda hadapi.

Dalam proses buku bergambar, pelukis ilustrasi bertanggungjawab hampir 50% dari karya anda. Dia yang akan menentukan bagaimana cerita anda divisualkan, bagaimana watak-watak diwujudkan, bagaimana latar tempat dan masa digambarkan.

Itulah cabaran dan keajaiban menghasilkan buku bergambar!










You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images