Thanks! Terima Kasih! Domo Arigato...


Ish-ish-ish... sepanjang beberapa tahun berblog, dan hampir 20 tahun berkarya dalam bidang illustrasi ni, barulah sekali ni ada insan-insan yang sudi nak buat review pasal aku dan kerja-kerja tanganku... Lalu aku terfikir, Nak berjaya memerlukan masa yang sangat panjang untuk direalisasikan, nak jatuh terlungkup, petik jari je pun boleh tertonggeng.

Entry kali ni berkaitan seorang gadis/wanita/perempuan yang sudi berkunjung ke blog aku yang tak seberapanya ni dan menulis review mengenai aku dan blog aku. Rasa macam artis pulak, walaupun aku seorang art-is!

Sebagai penghargaan, aku hasilkan ilustrasi di atas untuk Cik AhMoy dan Entrynya (korang boleh klik pada namanya dan baca review beliau). So, kepada sesiapa yang nak wajahnya diilustrasikan seperti di atas, silalah buat review tentang aku, artwerk aku dan blog aku... heheheheee....

Tq Ah Moy, mencanak stat aku naik, Nuffnang pun berbaloi-baloi... (jgn lupa klik eh!)

Lunch Time!


Cepatnya masa berlalu! Sampai ofis jam 7 lebey, gi sarapan, buat kerja sikit, tot-tet.. tot-tet... eh! Dah jam 1? Huhuhuhu... masa rehat lagi! Nak makan di mana eh? Tadi saya dah melantak dengan MEM di Gerai Ibu dan Anak. Boleh tahan masakan gerai tu, harga pun takdelah mencekek sangat...

Malam ni saya akan bagi Talk di bawah tajuk yang sama iaitu "Penggunaan Grafik & Multimedia dalam pameran". Khusus untuk peserta-peserta Bengkel Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) seluruh Malaysia di Prescott Metro Inn Kajang. Ini Siri yang Kedua. Terima kasih kepada Cik Marilyn dan Cik Nani kerana sudi menjemput saya lagi dalam bengkel korang!

Untuk tajuk grafik, saya ada buat updated sket, maybe boleh bincang-bincang tentang beberapa contoh Print-Ads dari dalam dan luar negara. At least, mereka yang takde kemahiran dalam bidang ni akan dapat sedikit maklumat yang saya kongsikan. Pasni bolehlah diorang buat kerja-kerja grafik dan Multimedia semasa mengadakan pameran diorang nanti, Insya-Allah...

Saya dan kucing

Masa kecik-kecik, saya suka kalau ada anak kucing sendiri. Lalu saya minta dengan jiran yang ada anak kucing. Saya letakkan loceng dilehernya. Saya beri dia minum susu lembu pure yang abah bawak balik tiap-tiap petang. Pada suatu hari, anak kucing saya hilang dari saya balik sekolah pada tengah hari hinggalah keesokan harinya. Puas saya cari merata tempat. 

Akhirnya pada hari keempat, saya jumpa bangkai anak kucing saya di rumah jiran berbangsa lain. Rupa-rupanya anak jiran saya yang sangatlah nakal dan kurang hajarnya telah mengurung anak kucing saya di dalam tong sampah hitam selama sehari!!! Sayu betul masa tu... saya tak boleh nak buat apa, hanya menangis saja dan beberapa hari kemudian saya dapat anak kucing baru yang abah bawa balik dari tempat kerjanya!

Migrain!


Migrainku selalu menyerang bila aku terlalu fokus pada satu-satu kerja. Kadangkala, bila time happy-happy pun boleh didatangi migrain... tah ler! Bila dah mula menyerang, aku cuma boleh tidur berselimutkan kain berwarna gelap, atau berada di tempat yang gelap untuk 3-4 jam. Kadang tu sampai keesokan harinya jem!

Nak ikutkan, dah lama tak kena migrain. Mungkin takde perkara yang aku fokus sangat tahap 100%. Yang lainnya aku buat dengan 50-60% fokus sahaja. Pernah sekali, sekitar tahu 2000, masa tu aku kerja dengan satu production-house di Kg. Pandan, KL. Aku kena migrain tahap kronik, sampai tertonggeng-tonggeng sekitar jam 3 pagi tu... Punyalah sakit... Aku hentak-hentak kepala ke dinding pun dah tak rasa apa dah. Sakit dalaman tu lebih kuat. Kadang bila lapar, perut masuk angin pun aku senang diserang migrain. Tapi, alhamdulillahlah... sejak masuk ke alam 30an nih, migrain aku kurang le sket, sesekali je... tu pun tak power sangat... tapi kalau kena mau aku bantai tidur je sampai ilang migrain tuh!

Naive-Arts



Hee... dah gila buat naive-arts la plak!!! Padahal kerja berlambak. Adududu..... nak ilangkan serabut kepala ni kejap. Siap tukar Picture Profile lagi pulak!!!

Murah rezeki...


Hari ni, walaupun migrain dah mula "SAY HELLO!", aku gagahkan gak buat storyboard untuk BABABU aku. Kena sediakan stock walaupun belum pasti keputusannya... apa pun aku sangat-sangat bersyukur pada tuhan sebab Invoice Claim untuk novel Alaf 21 tu dah di send oleh Cik Gee. Angkanya pun cukup membuatkan aku tersenyum dan membayang-bayangkan pakaian raya bebudak aku yang akan di lego di Sogo atau Jusco bulan depan. Kekeke...

Si emio plak dah membuat tawaran untuk join buat projek non-profit. Maybe akan difollow atau sebaliknya. Aku kena susun jadual kerja aku sebaiknya. Kalau tak, memang management berterabur nanti. Kut ada rezeki lagi, projek sambungan novel siri kedua akan menyusul... kalau ada laa.... tak mengharap sangat. Ramai gak saingan diluar sana tu...

Sempat gak aku menterai-terai buat naive illustration yang jarang aku ceburi. Nak buat projek Kad Raya pulak!!! Puasa pun bakal menjelma tak lama lagi.... Brr.... mata dah mula nak terang gelap-terang gelap nih! Nak rest sekejap... :)

Happy Father's Day!


Versi halftone:



Heee, kalau tak silap, 20hb nih adalah sambutan hari bapa kan! So... kepada bapa-bapa (termasuk bapak ayam ke?) yg di luar sana... esok adalah hari kita! So kita boleh rest sepuas-puasnya... kekekeke! Err... selalu-selalu bz sangat ke weh!!!!

Ini ada poster free aku buat. Kepada sesapa yang berminat nak guna dipersilakanlah... tapi jgn lupa backlink ke blog aku yea..... emm esok nak rest katne eh?

Cute Invitation Card | IC101


Yeah! Kepada peminat-peminat tegar paper-design, ini ada satu FreeGift nak kasi kat korang. Kad ini sesuai dijadikan hadiah/taging kepada orang yang anda sayangi. Saiznya boleh diubah-ubah mengikut citarasa anda. Kad ini berlipat dua, tetapi ada opsyen untuk menyelitkan hujung kad di satu slip yang dipotong supaya bahagian kad yang berlubang nampak seolah-olah frame.

Okey ini ada sedikit cara nak membuat Cute Invitation Card ni. Jenis kertas, gambar dan saiz boleh dicustomkan mengikut citarasa anda... :)







Pada muka sebelah yang tidak bercetak tu... korang boleh tambah apa-apa design supaya lebih menarik. Okey, akhir sekali... saya bekalkan kepada korang template Cute Invitation Card ni supaya korang boleh mencubanya di rumah! Kalau dah siap dan cantik, jangan lupa tinggalkan pautan yang ada menunjukkan kad ini di ruangan komen di post ni ya! Good Luck!


(Fail yang dibekalkan adalah format pdf. Jika anda mahir menggunakan Adobe Illustrator, anda boleh membuang imej pada template/mengubah saiz mengikut kehendak anda. Selamat mencuba!)

Jika berminat untuk menempah Cute Invitation Card ni dari M.I.B, bolehlah buat tempahan melalui butang 'BUY NOW' di bawah:
 



Greeting Card






Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images