Komik MMS

Yeahahaha! Ada satu lagi projek dapat diusahakan dengan Bro Fariz (Sempoi). Lepas dengar penerangan dia sedikit sebanyak, aku rasa ada satu lagi peluang baik yang boleh aku ceburi sedikit masa lagi. Apa yang nak kena buat ni ialah.... cari konsep, cari karektor dan buat satu sample. Kalau proposal aku berjaya, insyaallah.... korang akan jadi pelanggan setia komik MMS aku... huhuhu, Amin!

MyChild Photog-updated

Biasanya, ada 2 tujuan bila saya buat job wedding. Pertama selesaikan tugasan dengan pengantin, dan keduanya... saya akan cari kanak-kanak yang chomel-chomel untuk diabadikan gambarnya. Kanak-kanak ni sangat istimewa perlakuannya. Walau seribu kali kita ambil gambarnya, pasti setiap gambar tu lain-lain ceritanya. Anak kecil yang sangat comel hasil mix dari kedua ibu bapanya menjadi pilihan hati saya untuk post kali ni. Sayang, saya tak tau namanya. Maybe Encik Rahim bleh tolong dapatkan nama anak ini dan nama bapanya.... (for credit). Enjoy dengan keletah si kecil ni... :)

My Wonderpet


Aku ni jenis tak pandai nak membela binatang peliharaan, apalagi kucing.... aku sangat alah pada bulu kucing. Sekejap je hidung ni berair. Tambahan pulak rimas aku tengok jenis kucing yang asyik menggaru... mengibar-ngibarkan bulunya... eiii!!!



Dah dekat 3 bulan, Dragon Turtle ni menjadi anak angkat aku. Sepertimana yang aku katakan tadi, aku memang tak minat nak bela-bela haiwan peliharaan nih. Diri sendiri pun kadang tak terbela. Tapi wife dan anak perempuan aku yang punya komplot nih. Diorang pandai-pandai beli dan bela. Nak suruh aku... hmmm! Kadang seharian terlupa nak bagi makan. Sian dgn wonderpet nih. Semenjak-dua menjak ni, seekor yang besar sket tu asyik diam dan pejamkan mata je... macam layu sesangatlah gayanya! Aku risau dia nak mati jer. Aku dah habaq kat wife suruh lepaskan je, tapi dia sayang dan masih nak bela lagi anak-anak angkat aku ni... mudah-mudahan panjanglah umur mereka semasa berada dalam rumah aku. Mana tau ianya membawa rezeki yang melimpah ruah.... Amin!

Bila takde kerja, sibuk nakkan kerja. Bila dah berlambak....


Itulah masalah aku sekarang ni. Bila ada mood yang gila-gila babas... job takde. Tapi bila kerja dah berlambak-lambak... satu apa pun tak siap lagi... Arrrrrghhhh! Kena buat schedule bebetul nih. Kalau tak, mau mengamuk client-client aku nanti... Adudududu.... help me to manage this problem!

Musim durian dah tiba...


Hari Isnin sempat balik ke Batu Pahat. Lama gak tak menjenguk mak-abah. Takut jadi Si tanggang plak tak ingat keluarga di kampung. Kebetulan musim durian dah tiba... walaupun durian yang abah bawak balik dari kebun tu banyak yang dah ditebuk-tebuk dek tupai, tetapi kesedapannya tu teramatlah.... nikmat. Maklumlah, durian kampung. Original masak dan gugur secara semulajadi, lainlah rasanya kan!

Rambutan di tepi rumah mertua pun tinggal menguning dan memerah je lagi... Bulan depan rasanya bleh balik lagi makan rambutan plak... :)

Children Photography - Haziq Haikal (3m)


Seronok bila dapat merakam keletah anak-anak kecil, sambil dapat buat updater kepada gambar-gambar sebelumnya. Saya pernah merakamkan gambar pertama anak kecil ini pada usianya 14 hari, dan kini saya rakam lagi gambar kedua kalinya pada usia 3 bulan... semakin comel semakin cerdik dan yang bestnya baby ni sentiasa memberikan pose-pose maut dan sangat hebat di hadapan lensa 2.8 saya!!!

Cute Invitation Card | IC101


Yeah! Kepada peminat-peminat tegar paper-design, ini ada satu FreeGift nak kasi kat korang. Kad ini sesuai dijadikan hadiah/taging kepada orang yang anda sayangi. Saiznya boleh diubah-ubah mengikut citarasa anda. Kad ini berlipat dua, tetapi ada opsyen untuk menyelitkan hujung kad di satu slip yang dipotong supaya bahagian kad yang berlubang nampak seolah-olah frame.

Okey ini ada sedikit cara nak membuat Cute Invitation Card ni. Jenis kertas, gambar dan saiz boleh dicustomkan mengikut citarasa anda... :)







Pada muka sebelah yang tidak bercetak tu... korang boleh tambah apa-apa design supaya lebih menarik. Okey, akhir sekali... saya bekalkan kepada korang template Cute Invitation Card ni supaya korang boleh mencubanya di rumah! Kalau dah siap dan cantik, jangan lupa tinggalkan pautan yang ada menunjukkan kad ini di ruangan komen di post ni ya! Good Luck!


(Fail yang dibekalkan adalah format pdf. Jika anda mahir menggunakan Adobe Illustrator, anda boleh membuang imej pada template/mengubah saiz mengikut kehendak anda. Selamat mencuba!)

Jika berminat untuk menempah Cute Invitation Card ni dari M.I.B, bolehlah buat tempahan melalui butang 'BUY NOW' di bawah:
 



Greeting Card






Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images