Awang Kenit Di Alam Buah


Pernah dengar cerita Awang Kenit?


Semasa saya kecil, cerita manusia kecil yang tinggal di celah daun antara cerita tahyul yang paling cepat dipercayai oleh kanak-kanak seusia saya pada masa itu.

Saya fikir, cerita khayalan ini jugalah yang digunakan oleh Christopher Boffoli seorang jurugambar yang menggunakan konsep gaya hidup orang halus dengan kehidupan moden sekarang.

Menggunakan miniatur dan gabungan buah-buahan dan makanan, beliau berjaya menghasilkan satu seni fotografi yang sangat menarik. Itulah kehebatan beliau menghasilkan idea dari laci makanannya!












Gabungan Lukisan Dan Objek Yang Kreatif


Anda jenis orang kreatif?

Jika ya! Cuba serlahkan kreativiti anda seperti yang dilakukan oleh Javier Pérez seorang artis dari Ecuador yang menghasilkan karya lukisan digabungkan dengan objek-objek sekeliling kita seperti permainan scrible, botol, buah anggur dan apa saja yang boleh membantunya memvisualkan karyanya itu.

Siri karya ini dinamakan "Eksperimen Instagram" telah dihasilkan dengan penuh teliti, berseni dan mempunyai konsep atau penceritaan yang mudah tetapi sangat menarik hati! Reka bentuk yang minimum memberi tumpuan kepada bagaimana setiap objek boleh diubah dalam cerita bergambar.

 Penggunaan latar belakang putih menjadikan setiap imej menonjol menunjukkan maksudnya dalam eksperimen ini Instagram unik.












Bagaimana Mencomelkan Bayi Anda Menjadi Puteri Raja


Korang ada baby baru? Mesti korang nak abadikan gambar kenangan baby korang dengan cara yang unik kan...

Ini ada satu cara, iaitu mengenakan mahkota atau crown di kepala bayi anda! Ia juga dikenali sebagai AVERY yang bermaksud 'peri raja' yang diperbuat dari benang kait yang lembut dan sesuai di pakaikan kepada baby yang baru lahir.

Selain dari rupabentuknya yang comel, benang kait ini juga membuatkan kepala bayi terasa hangat dan dapat mengelakkan selsema atau kesejukan di ubun-ubunnya.

Rekaan mahkota yang mempunyai empat bucu seolah-olah boleh diletakkan permata membuatkan ia nampak seperti mahkota betul.

Cubalah, pasti anda teruja melihat kecomelan wajah bayi anda nanti.




Bagaimana Menggunakan Suara Untuk Teknologi Masa Depan


Masa kita kecil, kita sangat terpegun dengan cerita yang menggunakan teknologi suara dan hologram.


Terkini, teknologi kawalan suara ini semakin hebat dengan wujudnya sistem Hibrid. Canggih betul...

Dengan terciptanya SmartWatch yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat menterjemah ucapan, Speechtrans... menggambarkan masa hadapan yang serba berteknologi tinggi seperti yang kita pernah tonton di filem-filem fiksyen.

SmartWatch berkeupayaan mengawal sistem bluetooth, mengawal muzik, menjawab panggilan dan ia juga menggunakan sistem API yang boleh menterjemah suara menjadi arahan pintar kepada sistem.

Antara pelanggan mereka yang telah menggunakan teknologi ini ialah HP dan CISCO. API SpeechTrans ini menyambungkan arahan suara yang terpasang di tali jam yang membolehkan ia untuk menterjemahkan 44 bahasa yang berbeza menggunakan pengecaman pertuturan untuk suara dan bersembang.





Beruang Kutub Berkeliaran Di Terminal Kereta Api


Apa yang korang nak buat kalau tiba-tiba terserempak dengan seekor beruang kutub ketika sedang menunggu tren sampai?


Itulah yang berlaku di London apabila tiba-tiba seekor beruang kutub keluar apabila pintu tren dibuka.

Tapi tak perlu risau kerana haiwan berbulu putih suci itu hanyalah hasil robotik yang dipanggil "animatronic". Ialah satu tarikan baru mempromosikan satu rancangan tv terbitan Sky Atlantik & Otilde.

Mereka merasakan tidak cukup hanya mempromosikannya melalui pengiklanan konvesional dan mahukan kelainan yang mampu "menyerang" penghuni kota tersebut seperti di dalam plot cerita mereka.

Beruang kutub robotik ini telah dihasilkan oleh gabungan 19 pakar props-Hollywood yang mengambil masa 6 minggu untuk menyiapkannya. Berkonsepkan Fortitude Artik Circle ke dalam situasi yang tidak dijangka!







Inspirasi Fesyen Pencukur Rambut Dan Beruang


The TONSURE Fall/Winter 2015 lookbook telah menonjolkan ilham gabungan konsep pencukur dengan Teddy Bear bersama syarikat pengeluar mainan terkemuka Jerman, Steiff.


Syarikat ini telah meminjamkan bulu-bulu beruang mereka untuk direka menjadi pakaian yang unik.

Koleksi pencukuran kepala terkini diilhamkan dari nostalgia dan pereka Malte Flagstad memvisualkannya melalui gaya vintaj moden. Tumpuan beliau pada fesyen teddy bear  bukan sahaja dihiaskan melalui kot bulu palsu itu  tetapi juga digambarkan melalui topeng beruang.

Pereka Fesyen yang memegang ijazah MA dari sekolah Central Saint Martins, sebelum ini bekerja sebagai team kreatif yang menjadi tulang belakang inovatif Syarikat Maison Martin Margiela iaitu jenama pakaian lelaki yang juga terkenal di sana.





Pembungkusan 'BegBox' Berkonsepkan On-The-Go


Inspirasi dari pengalaman makan ikan dan cip kentang telah menghasilkan satu idea baru oleh Casey Ng dari New Zealand.


Dengan menghasilkan ciptaan bungkusan makanan yang boleh menyerap minyak terutamanya makanan yang bergoreng maka terciptanya BEGBOX.

Ciptaan ini sekaligus menukar kaedah hidangan menggunakan dulang kepada penggunaan kertas yang boleh dikitar semula.

Dengan menggunakan kertas kraf coklat dan disambungkan dengan kertas kadbod di bahagian bawah, mampu menyelesaikan masalah berat kandungan dan juga tidak bocor apabila minyak berlinang di dalamnya.

Jika anda bersedia untuk makan, hanya koyakkan bahagian kertas kraf coklat tadi dan sedia untuk menikmati.






Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images