Gambar Graduasi Gaya Filem


Masa korang grad dulu, macam mana gaya posing yang anda buat untuk mengabadikan gambar-gambar last-day korang tu?


Bagi bekas pelajar Universiti Shandong di China telah mengabadikan gambar-gambar kenangan mereka dengan gaya posing ala-ala filem lagi... Kelasss!

Mereka telah menginspirasikan beberapa filem hangat seperti Thor dan beberapa filem dan telah menjadi viral di Facebook versi mereka, Weibo.

Dengan menggunakan teknik komposisi yang menarik menggunakan perisian photoshop ternyata mereka dapat menjadikan foto-foto mereka ikutan pelajar-pelajar lain dan memberikan idea rekaan kreatif yang berlainan konsep pula!






Teknik 'Lensa Antara Kami'


Awak peminat fotografi? Apa stail yang awak suka?


Ada satu teknik mengambil foto yang menarik telah diilhamkan oleh Peter Sedlacik dan Zuzu Galova. Mereka menggunakan teknik yang dipanggil "Lensa Antara Kami". Macam mana tu?

Mudah saja... apabila berada di sesuatu tempat, mereka akan mengambil gambar bertentangan dengan pelbagai sudut yang menarik.

Secara tak langsung, kita dapat melihat dua gambar berbeza sudut di tempat yang sama! Menarik kan...

Teknik ini memang 'cool' kalau kita suka ambil foto ketika kita travel ke mana-mana. Pasangan itu telah menjelajah ke seluruh Singapura, Jerman, Portugal dan Australia, menangkap pemandangan yang luar biasa pantai, bangunan, tumbuhan, cityscapes dan pemasangan seni. ini adalah satu idea yang hebat jika anda sedang mencari cara untuk membubuh kumpulan anda yang akan datang foto percutian.






Permainan Yang Mendidik


The Hubo Cubo Tawar Peluang Pembelajaran dalam Pakej Lestari

Satu permainan papan pendidikan telah dikeluarkan oleh HUBO Cubo bersama dua orang pelajar reka bentuk Chile, Camille Faúndez dan Silvestre Yunge.

Permainan ini direka untuk meningkatkan membaca dan menulis dengan kemahiran kanak-kanak yang berumur empat tahun dan ke atas, yang menerima pendidikan rendah. Dengan menggabungkan puisi, suku kata dan huruf, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk mencipta naratif yang lebih besar dalam permainan.

Cara pembungkusannya yang berkonsepkan 'boleh disusun bertingkat' memberikan ruang kepada kanak-kanak untuk menyimpan permainan tersebut mengikut citarasa mereka.

Terdapat tiga tingkat kotak bersusun yang boleh disilangkan untuk mengeluarkan dan menyimpan mainan tadi.

Permainan macam ni memang bagus sebab menggerakkan minda kanak-kanak supaya dapat berfikir dengan kreatif. Ia juga mampu mengurangkan ke'asyik'kan anak-anak anda dengan gajet sahaja!






Rekaan Tin Sup Pada Sneakers


Siapa sini peminat kasut converse?

Converse ni best sebab ada macam-macam rekabentuk yang dikeluarkan dan ada yang limited edition lak tu. Siapa dapat beli yang terhad tu, kira ada barang 'rare'lah...

Dengan hasil kreativiti Andy Warhol dan Converse, kini ada rekaan baru yang menjadikan tin makanan sebagai subjek design. Memang menarik untuk dikenakan dengan skinny anda.

Dihasilkan dalam warna merah, biru dan warna monokrom , kasut Andy Warhol yang direka semula untuk kelihatan seperti tin sup CAMPBELL dan karya seni lain. Ia dijadualkan dipasarkan di kedai beliau pada 7 Februari ini, koleksi terdiri daripada kedua-dua versi atas rendah dan tinggi. 

Sebahagian daripada keuntungan akan disalurkan kepada Yayasan Seni Visual Andy Warhol .







Hadiah Yang Mengejutkan


Jika anda seorang yang suka membuat kejutan, mungkin idea ini sesuai untuk kejutan anda yang seterusnya...


Charlotte Olsen daripada BrandHouse Design telah menghasilkan satu rekaan yang berkonsepkan monster. Ianya ilham untuk memeriahkan parti halloween.

Rekaan kotak yang menarik yang terdapat lukisan gigi, lidah dan tonsil apabila penutup kotak dibuka. Ia boleh mengejutkan si pembuka penutup kotak tersebut apabila paru-paru monster itu terkeluar secara tiba-tiba!

Berkonsepkan seeokr monster yang kekenyangan dengan gula-gula akan memuntahkannya semula apabila penutupnya dibuka.

Menggunakan warna-warna terang dan berani dengan gaya lukisan yang menarik membuatkan sesiapa saja rasa teruja nak tau apa yang ada di dalam kotak tersebut.





Kek Krayon Yang Lazat



Mencari kek harijadi? Atau suka berinspirasi dengan kek harijadi yang lain dari biasa?


Jika anda berkebolehan menghasilkan kek harijadi sendiri dan memerlukan idea baru menghias kek anda, cubalah gunakan konsep 'Rainbow Doodle Birthday Cake,' dari Sweetapolita yang unik, kreatif dan kelihatan sangat sedap.


Salah satu dekorasi kek yang menarik ialah inspirasi dari krayon. Dengan sifat semulajadi krayon yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 warna itu dapat diilhamkan melalui lapisan pada kek tersebut yang pelbagai warna.


Selain itu, lukisan naif seperti kanak-kanak sedang menconteng di kertas juga sangat unik dan sesuai dengan konsep krayon ini.


Jika anda salah seorang peminat dekorasi kek, boleh mendapatkan idea dari laci Sweetapolita ya...


Kotak Tisu Menarik Dari Klenex


Wanita dan tisu sememangnya tak dapat dipisahkan. Betul tak?


Tisu bukan saje menjadi teman rapat si gadis di dalam beg tangan atau purse. Malah ia juga boleh penyeri di atas meja yang menceriakan hidup kita!

Seorang pereka grafik, Chris Yoon telah bekerjasama dengan pengeluar tisu terkenal dunia Klenex bagi menghasilkan kotak tisu yang memberikan estetik dalam rekaan kotak tisu mereka.

Dengan menghasilkan tiga bentuk rekaan kotak yang mengambil inspirasi dari bentuk rumah, ikan paus dan mesin taip menjadikan kotak tisu ini sangat unik dan menarik. 

Tisu di dalamnya menjadi elemen penguat setiap rekaan itu sendiri.  Masing-masing, tisu yang dikeluarkan bertindak sebagai asap cerobong, helaian kertas dan air menyembur dari lubang di atas ikan paus tersebut.

Sangat menarik dan rasa sayang pulak nak buang kan!






Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images