TAWARAN PENGACARA SELAMAT PAGI MALAYSIA 2015



Assalamualaikum,

Wow... lama gile tak update blog ni sebab kepala hotak tak diset untuk menulis buat masa ni. Tapi sebab terpanggil dengan tanggungjawab sebahagian dari komuniti RTM, aku postkan jugaklah iklan ni.

Tawaran menjadi PENGACARA program SELAMAT PAGI MALAYSIA, Tv1. Ujibakatnya ialah pada 19-20 haribulan ni. Tinggal sehari je lagi korang nak prepare apa yang patut.

So, kalau berminat atau bercita-cita untuk mengorak kerjaya dalam industri penyiaran ni, ini adalah platformnya.

Cepat siapkan diri dan hadir ujubakat ikut masa yang di tetapkan tu yek!

Rahsia Awet Muda Dengan Anggur


Vivix makanan tambahan luar biasa

Tahukah anda, apakah rungutan nombor satu di kalangan wanita. 8 dari 10 wanita akan merungut tentang isu yang merujuk kepada proses penuaan. Setiap kali tiba tarikh hari lahir mereka akan melihat cermin dan melihat perubahan pada wajah masing-masing. Bukan orang lain, saya juga begitu. Sudah tentu lumrah alam secara semulajadinya tak kira wanita mahupun lelaki akan mengalami proses penuaan secara alami yang kita tidak dapat elakkan.

Namun percayakah anda bahawa proses penuaan boleh diperlahankan? Mungkin anda tidak percaya kan? Dalam dunia serba moden ini segalanya mungkin. Allah ilhamkan kepada pengkaji pemakanan tentang sesuatu yang sebenarnya membantu manusia untuk lebih dekat kepadaNya.

VIVIX adalah penemuaan saintifik melalui ramuan semulajadi yang hebat. Kenapa saya katakan ia hebat? Mari saya kenalkan anda kepada VIVIX. VIVIX merupakan satu-satunya produk yang mengandungi adunan Fitonutrien Proprietari, di mana ia memanfaatkan kuasa anggur Muscadine yang jarang-jarang ditemui bersama resvetarol. Kalau nak tahu resvaraterol adalah bahan yang digunakan kebanyakan produk anti penuaan di pasaran. Namun adunan bersama anggur Muscadine dan resvaterol ini menghasilkan 10 kali lebih efektif berbanding hanya resvetarol dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.


Apa pula Anggur Muscadine ni? Anggur Muscadine adalah ramuan utama dalam VIVIX selain Lobak Ungu, Elderberry dan Polyganum Cuspidatum ( Knotweed Jepun). Anggur Muscadine satu-satunya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu kromosom. Ia turut mengandungi asid ellagik dalam kepekatan tinggi yang mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Percaya atau tidak, sebiji anggur Muscadine mencecah harga RM100. Lihat betapa VIVIX dihasilkan dari ramuan yang memang bermutu tinggi.

Ramuan lain VIVIX seperti Elderberry turut mengandungi khasiatnya yang tersendiri. Bukan sekadar kaya dengan antioksidan ia turut mengandungi Vitamin A, B dan C serta nutrien acid amino, caretanoid, tannin dan rutin yang sangat berguna kepada pesakit kencing manis, jantung, asma, dan selsema. Lobak Ungu pula memiliki sumber vitamin A, serta mengandungi phytokimia yang memberi kesan kepada salur darah, platelet yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronori jantung. Di samping itu, Knotweed jepun pula merupakan sumber komersial resveraterol.

Rasa VIVIX yang manis kemasaman ini, adalah penyelesaian yang hebat, fomula yang ekskelusif yang membentangkan hasil yang menakjubkan terutama kepada pesakit kensing manis, strok, barah, darah tinggi dan artritis. Kalau tengok anggur Muscadine yang besar tu rasa nak makan jer tapi harganya sangat mahal kerana manfaatnya yang sangat baik. Jadi bayangkan dari kita makan anggur Muscadine macam tu aje baik kita ambil VIVIX yang telah terbukti khasiatnya dan jauh lebih murah.

Saya telah mencubanya dan merasai khasiatnya. Jadi saya perlu kongsikan dengan anda untuk sama-sama mendapat nikmatnya. 


 Hubungi saya untuk tempahan - Umie - melalui talian 019-3955109, Instagram umikalsumkhamis, Facebook - Umi Kalsum Khamis atau email afikits@yahoo atau umikalsumkhamis@gmail.com. Khidmat rundingan percuma dan khidmat lepas jualan terbaik untuk anda.







Tiada Lagi Masalah Hidung Sensitif Dengan NOSK



Saya seorang yang cepat alah dengan habuk dan menyebabkan bersin dan selsema sepanjang hari. Situasi ni memang membuatkan isteri saya STRESS dengan keadaan saya yang sentiasa menghembuskan hingus dengan kuat.

Ini kes saya, bagaimana dengan mereka yang menghadapi masalah pernafasan terutamanya asma dan sakit tekak. Semestinya ia akan mengganggu aktiviti harian mereka. Jika mereka bekerja di tempat-tempat yang berhabuk, menambah lagi masalah ini.

Perkara ini perlu diselesaikan supaya apa yang kita buat tidak terganggu, dapat bekerja dengan hati yang gembira dan dapat beribadat dengan hati yang tenang dan khusyuk.

Mungkin alat seperti NOSK ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda kerana ia direka khas untuk penghidap asma dan hidung sensitif.

Alat kecil ini dapat menghalang habuk, debu dan segala jenis kotoran dalam udara daripada memasuki sistem pernafasan. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang sentiasa terdedah kepada pencemaran udara terutama yang berpunca dari asap kenderaan.

Berita baik untuk bakal tetamu Allah yang akan mengunjungi tanah suci, ianya disyorkan kepada jemaah HAJI & UMRAH sebagai ikhtiar penjagaan pernafasan dari suasana berhabuk yang boleh mengakibatkan batuk dan demam. Terutama jemaah wanita yang terpaksa menutup separuh muka jika menggunakan penutup hidung yang biasa (yang boleh menyebabkan dikena dam). 

Malah YBhg. Dato Hj Md Daud Che Ngah, Mantan Pengurus Lembaga Tabung Haji turut mengesyorkan menggunakan alat ini, Ia sesuai untuk jemaah haji dan umrah, usaha dan ikhtiar yang praktikal, pencegahan dari penyakit berpunca dari udara tercemar dan berhabuk, mengurangkan batuk dan bersin, sesuai dipakai oleh wanita dalam Ihram kerana tidak menutup muka.

Alat kecil ini boleh dibasuh dan diguna semula. Jadi, tak perlulah simpan stok yang banyak seperti topeng penutup dan ianya mudah dibawa ke mana saja.

Nosk sememangnya dicipta untuk pelbagai keadaan. Bukan sahaja semasa beribadat, malah rutin harian tiada masalah kerana ianya sangat fleksibel dan ringan, kecil dan mudah disimpan. 

Encik Azizi bekerja sebagai pemandu teksi dan pekerjaan beliau bergerak merata tempat sememangnya terdedah kepada masalah hidung dan tekak sensitif. Menurut beliau, Setelah menggunakan NOSK, beliau rasa lega sangat kerana batuknya berkurangan dan rasa yakin untuk ambil penumpang.

Saiznya yang kecil dan tidak kelihatan bila dipakai di hidung. Nosk mudah digunakan kerana hanya letakkan pada hidung. Lebih selesa kerana tidak perlu menutup separuh muka seperti topeng muka yang biasa. Bagi Farah 21, Pelajar Universiti, Bangsar, katanya... "Alhamdulillah dengan produk inovasi korea ini, saya rasa seronok untuk lebih aktif dalam aktiviti ko-kurikulum di luar.

Kita boleh bernafas dengan lebih yakin dan selamat walau dalam suasana berdebu. Penutup hidung NOSK berkesan menghalang habuk & bakteria sekecil 1 mikron dari memasuki hidung. Sesuai untuk semua aktiviti. Digalakkan kepada penghidap asma dan hidung sensitif. 

Bagi anda yang mengalami masalah hidung sensitif boleh mendapatkan nosk di www.nosk4u.com.my atau membuat pembelian dengan menempah melalui sms seperti yang tertera dalam gambarajah di bawah. Atau boleh menghubungi terus pengedar utamanya, Puan  Nazariah Mat Isa Tel / SMS: 010-9899755 untuk keterangan lanjut.

Atau, kepada anda yang tinggal di Pahang, bolehlah ke premis mereka di alamat berikut: Nosk Enterprise: No.3, Lorong Mutiara 7, 26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang. Atau pembelian secara online di www.nosk4u.com.my



Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari http://kakirebiu.blogspot.com/ Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah. :)


Fidyah dan cara-cara membayarnya.



Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Bagi pembayaran melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hasil bayaran fidyah akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Prosedur Membayar Fidyah di MAIWP

Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Bangunan Daruzzakah secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

Sebab-sebab Dikenakan Fidyah
1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Taksiran Fidyah
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Kadar Bayaran Fidyah

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.75.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20

Sumber : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan www.maiwp. gov. my

Bisnes Baju Kurung Boleh Untung Ke?


Sejak dapat gaji hujung bulan lepas isteri saya dah bunyi-bunyi... "Baju raya kita tahun ni kaler apa bang?" Saya masih terkebil-kebil nak jawab. Sebenarnya tak ada dalam perancangan lagi. Orang lelaki ni tak kisah, warna apa jenis apa kain tu pun tak mengapa. Janji berbaju masa raya nanti. Itu pun raya pertama sahaja yang meriahnya pun...

Dalam pada terkebil-kebil tu terfikir pula bagusnya jika saya dapat buat bisnes baju kurung ni. Tengok isteri saya tu, satu almari tak cukup baju kurung dia. Tetapi macam mana nak mula? Berapa modal permulaannya? Kalau dah ada modal, dah dapat bekalan.... mana pula nak dijualnya baju-baju tu nanti? 

Bila dah berbisnes, nak juga tahu anggaran keuntungannya nanti kan! Kalau cukup-cukup lepas modal saja, tak berbaloi la... Maknanya kita kena tahu kos beli dengan harga jual di pasaran. 

Baju kurung ni pula, ada pelbagai jenis. Kita nak juga kena tahu dan kenal pasti jenis-jenis baju kurung, jenis-jenis jahitan tangan, kualiti, jenis kain dan banyak lagi. 

Ramai orang menceburi bisnes ni, mereka selalu risau boleh ke laku? Persoalannya... ramai ke? Cuba anda fikir, mana lebih ramai, orang yang pakai baju kurung atau yang jual baju kurung? 

Peningkatan terhadap baju kurung meningkat setiap tahun. Bila tiba bulan puasa, permintaan mendadak sehingga 10 ke 20 kali ganda. Anda tidak perlu risau, biasanya baju kurung memang laris. 

Maklumlah, bila bekerja ada sesetengahnya terpaksa pakai baju kurung, bila tiba musim kenduri, kena juga pakai baju kurung. Bila raya wajib ada baju kurung sampai 7 pasang! 

Jadi saya pun carilah maklumat-maklumat di internet dan terjumpalah satu panduan yang ditulis oleh saudara Ikhwan Fahmi. Beliau ni Reseller berdaftar Bisnes Baju Kurung. 

Dalam panduan tersebut, beliau menceritakan bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan bisnes baju kurung ni.

 

Antara tips yang diberikannya ialah bagaimana kita hendak menjual baju kurung di facebook. Ikhwan telah berkongsi dengan saya tentang 7 cara menjual baju kurung di Facebook iaitu: 

1. Bina Fan Page 

Fahmi mencadangkan agar saya perlu ada kedai online di Facebook. Nak bina Fan Page tak susah. 5 - 10 minit sudah siap. Kemudian jemput rakan-rakan untuk Like pada Fan Page anda. 

2. Masukkan gambar-gambar baju kurung 

Fahmi meminta saya ambil gambar baju-baju kurung yang bakal dijual. Digalakkan guna kamera digital untuk mendapatkan gambar yang berkualiti. Jika anda guna telefon kamera, bimbang kalau gambar baju kurung kabur dan tidak jelas. 

3. Lengkapkan maklumat baju kurung 

Masukkan perkara yang berkaitan dengan baju kurung yang dijual. Contohnya dari segi ukuran, saiz, jenis kain dan jenis baju kurung. Ia akan memudahkan kita berurusniaga dengan pelanggan. 

4. Nyatakan kaedah tempahan dan bayaran 

Berikan maklumat bagaimana untuk menempah baju kurung dari anda dan langkah pembayaran yang perlu bakal pelanggan anda patuhi. Digalakkan menggunakan akaun bank seperti Maybank dan CIMB. 

Pastikan pelanggan menghantar bukti pembayaran menerusi emel atau SMS. 

5. Balas setiap soalan dan komen 

Jawab setiap soalan dan komen dari prospek sepantas boleh. Ini akan meningkatkan kepercayaan prospek terhadap anda sekaligus menjadi pelanggan. 

6. Upah model baju kurung 

Cari model yang boleh menggayakan baju kurung yang anda jual. Ini lebih baik daripada guna patung berbaju kurung. Jadi baju kurung tersebut akan kelihatan hidup (menepati gaya pemakaian kaum hawa sendiri) dan mampu menarik perhatian pembeli. 

7. Kongsikan panduan dan nasihat 

Kongsikan panduan pemakaian baju kurung dari masa ke semasa. Selitkan panduan memilih corak dan kain untuk baju kurung. Berikan nasihat ini kepada Fans supaya mereka dapat manfaat dari Fan Page anda. Mereka pasti akan Share informasi tersebut pada Wall masing-masing dan Fan Page anda akan menjadi Viral tanpa perlu buat Facebook Ads. 

Terdapat 8 panduan utama yang dikongsikan oleh Ikhwan Fahmi ni, antara yang akan disentuh ialah 
  • Asas Bisnes Baju Kurung, Jenis - Jenis Baju Kurung , bagaimana mendapat Keuntungan 100%,
  • Senarai Pembekal, Teknik Jual Online dan Offline, Strategi Untung Besar dan Pantas dan yang penting adalah Langkah A sampai Z Bisnes Baju Kurung. 

Untuk lebih banyak informasi bisnes Baju Kurung, terus layari laman web beliau kerana selain 8 panduan di atas, Ikhwan Fahmi ada memberikan 7 lagi bonus yang mampu memantapkan impian anda dalam bisnes baju kurung. 

Klik link berikut: http://p.pw/bafmuf 

Panduan ini bukan saja boleh dicuba oleh mereka yang bergelar peniaga, malah surirumah, pelajar perempuan, cikgu sekolah, Peniaga pasar malam, Peniaga di Jalan Masjid India, Peniaga Uptown, Pemilik butik, Penjual baju kurung, Penganggur, Pencari peluang, Kaum suami seperti saya, Lepasan SPM, Graduan mengganggur, Sesiapa sahaja yang nak buat bisnes sampingan malah Sesiapa sahaja yang ingin berniaga hanya dari rumah! Pendek kata kalau nak berniaga baju kurung ni, sesiapa pun boleh asalkan anda ada USAHA UNTUK BUAT. Bukan hangat-hangat tahi ayam. 

Diharap angan-angan saya tadi secara tak langsung boleh menukar anda menjadi usahawan baju kurung yang berjaya. 

Klik http://p.pw/bafmuf untuk dapatkan panduan tersebut dan pastikan sekali lagi, buat dengan jayanya bukan separuh jalan!

Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari www.rebiu.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah. 😀

Sambal Hitam Lazat Hidangan Tradisi Pahang


Kalau tanya orang Pahang, mereka wajib tahu makanan tradisi ini. Jika ada yang tak tahu, kenalah ambil tahu supaya anda sebagai anak pahang boleh sebarkan sambal hitam lazat yang menjadi makanan tradisi pahang ini terutamanya di Temerloh.

Saya mula diperkenalkan dengan sambal hitam lazat yang unik ini bila dapat bertemu semula dengan seorang rakan sekolah rendah yang berasal dari Temerloh. 

Saya panggilnya Kay dan tak sangka beliau mengusahakan perniagaan sambal hitam lazat ini di sana. Khabarnya ia semakin berkembang dan mula mendapat permintaan di luar negeri Pahang. 

Berbekalkan sample yang diberikan kepada saya, sememangnya saya turut bersetuju rata-rata mengatakan sambal hitam lazat ini lebih sedap berbanding sambal hitam yang pernah mereka makan. 

Rupa-rupanya sambal hitam ni ada bermacam versi. Ada yang versi masamnya lebih, ada yg versi kurang pedas, ada yang versi kurang rasa ikan bilis. Kebiasaanya sambal hitam versi basah. Tetapi Sambal hitam lazat ini unik kerana ia kering yang tak terlalu kering tapi tahan lama. Texture sambal hitam lazat ni lembut. Tidak kering macam serunding tu. 

Maka itu ia sesuai dimakan dengan berbagai juadah. Ada yang makan dengan roti, dengan nasi, tambah dalam sup/bihun sup, dalam mee segera untuk menambahkan lagi keenakan mee, makan dengan bubur, quaker oat. 

Malah dengan apa sahaja yang dirasakan dapat menambah selera dan keenakan juadah sedia ada. Sambal hitam lazat ni tahan lama maka boleh dibawa semasa melancong. Ada satu ketika, Kay pernah pos sambal hitam lazat ni ke UK yang memakan masa 2 minggu perjalan dan org sana turut menggemarinya berbanding sambal hitam yang mereka telah rasa. Ianya juga sering dibawa oleh pemborong ke cina. 

Wah! Jauh berjalan dah sambal hitam lazat ni. Secara jujurnya saya akan rekomen sambal hitam lazat ini kepada anda kerana rasanya yang sedap secukup rasa. Rasa masam, rasa manis, rasa ikan bilis dan rasa pedas yang harmoni. 4 rasa dalam satu menu. Dan yang penting ianya mudah dibawa kemana-mana, kerana sambal hitam ini dibungkus dan disimpan dlm pek yang sesuai. 

Jangan baca sahaja, tetapi saya sarankan anda mencubanya dahulu. Jika anda yang berada di luar negeri Pahang yang ingin mendapatkannya, bolehlah ke blog Kay di http://sambalhitamlazat.blogspot.com/ ataupun fanpage beliau di https://www.facebook.com/SambalHitamLazat.

  Anda yang berada di Pahang pula boleh dapatkannya terus di Restoran Claypot Patin Tempoyak yang telah menjadi pengedar tunggal SHL di wilayah Temerloh. 

Ataupun jika anda berdekatan dengan TSK Stop Center, kedai no. 8 aras bawah Terminal Sentral Kuantan, bolehlah membelinya untuk ole-ole di bawa pulang. boleh juga menghubungi Kay terus dengan SMS / WhatsApp ke 012-9224907. Sila (nyatakan <jumlah>, <nama>, <alamat penghantaran>). 

Oh ya... berapakah harga sebungkus sambal hitam lazat ni ya? Kay menjualnya RM7 untuk satu pek dan jika anda mahu urusniaga melalui pos, anda perlu menambah RM7 lagi untuk kos penghantaran. 

Saya juga tak sabar nak oder lagi buat ole-ole masa open-house raya nanti.

  Klik sini untuk dapatkannya: http://p.pw/baflQt 

http://p.pw/baflQr

Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari http://kakirebiu.blogspot.com/. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah. :D



Buat Duit Dengan 10 Resepi Kuih Raya Lina

 

Diam tak diam, hanya tinggal beberapa minggu kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Dan sudah semestinya kaum ibu dan hawa adalah orang yang paling risau dengan persiapan raya pula. 

Dengan kos sara hidup yang tidak menentu ini, sudah pasti banyak perkara yang sedang difikirkan bagaimana mahu menambah pendapatan untuk belanja raya nanti. Bagi mereka yang sudah menjalankan perniagaan, ini adalah peluang menggandakan lagi pendapatan mereka. 

Bagaimana pula kepada mereka yang tidak bekerja? Pastinya sedikit sebanyak perkara ini agak membebankan. Atas keperihatinan itulah, seorang usahawanita Puan Azlina Sidek terpanggil untuk berkongsi rahsia bagaimana beliau mencari duit raya dengan mengambil tempahan membuat KUIH RAYA! 

Beliau mendedahkan 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita dan mereka ini terikat dengan komitmen kerja dan tiada masa nak buat kuih raya. Ini satu peluang yang baik. Tambahan beliau lagi, terdapat lebih kurang 5 juta unit rumah di Malaysia dan setiap isi rumah perlu disediakan dengan kuih raya sebelum menjelang Syawal. 

Jika kita dapat memenuhi permintaan 1% dari jumlah di atas, pun lebih dari lumayan. 50'000 pengguna didarabkan dengan RM15 sebalang. Fuh! Raya sakan la nampaknya tahun ni ya... 

Tetapi Puan Azlina sedar, mereka yang di luar sana agak sukar memulakan perniagaan ini kerana kebanyakan mereka tak tahu bagaimana hendak bermula. Mereka tiada sumber nak dapatkan bahan mentah berkualiti dengan harga yang berpatutan dan yang UTAMA mereka tiada resipi yang 'special' yang boleh menarik bakal pembeli! 

Masalah-masalah kekurangan modal dan tidak dapat memenuhi tempahan luar jangkaan juga menjadi punca ramai yang tidak sanggup menjalankan perniagaan ini. Oleh sebab itulah Puan Azlina sanggup berkongsi rahsia bagaimana beliau mengatasi masalah-masalah di atas melalui Panduan Lengkap Bisnes Kuih Raya Berserta Dengan Teknik-Teknik Pemasaran Berkesan dan Resepi Lengkap Untuk Anda Terus Bermula, Berdasarkan Rahsia Perniagaan Beliau Lebih Dari 10 Tahun menjual kuih raya.
 

Saya pasti, anda di luar sana sudah tidak sabar untuk mengetahui bagaimana Puan Azlina menjalankan perniagaan ini. Isteri saya yang sudah membaca review ini juga berkali-kali mendesak supaya saya turut sama membantu beliau membuat kuih raya untuk jualan tahun ini. 

Anda boleh lawat ke laman web Puan Lina di sini untuk melihat sejauh mana kejayaan beliau. Klik sini. Puan Lina juga akan memberikan sedikit tips persediaan sebelum bermula iaitu bagaimana cara berjimat dalam pembelian peralatan asas. 

Harga bahan-bahan mentah melambung naik. Bagaimana pula kalau habis stok? Beliau akan dedahkan cara bagaimana mengatasi masalah ini. Yang menariknya, perkongsian petua dari Puan Lina ialah bagaimana mendapat tenaga kerja 'murahan'. 

Bagi mereka yang pernah buat bisnes kuih raya, pasti anda tahu bagaimana peritnya mengadun tepung dalam jumlah yang banyak. Beliau ada rahsianya. Tanpa perlu menggunakan sebarang mesin pengadun, hanya ___________, masalah mengadun tepung akan selesai dan menjimatkan 30% daripada masa anda. 

Ada beratus-ratus jenis kuih raya, bukan semua jenis sesuai untuk dijual. Puan Lina akan dedahkan cara-cara pemilihan jenis-jenis kuih yang sesuai untuk dijual. Berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun, 10 jenis kuih ini adalah jenis kuih yang paling laris. 

Oleh itu, anda boleh terus bermula dengan resipi lengkap yang beliau sertakan. Terdapat jenis-jenis kuih yang perlu dielakkan untuk di jual. Ramai pengusaha kuih raya melakukan kesilapan ini. Kenapa dan kuih-kuih yang bagaimana? Kalau nak jual jugak jenis-jenis kuih ni boleh, tapi ada kaedahnya. 

Dengan kaedah ini __________ anda pasti selamat. Puan Lina juga akan berkongsi 8 strategi pemasaran yang perlu diketahui agar perniagaan anda bukanlah perniagaan yang sia-sia. Nanti orang lain bergembira di hari raya, anda pula mengalami sakit kerana teruk bertungkus-lumus tetapi bisnes tidak menjadi! 

Pastikan anda miliki panduan ini secepat yang mungkin, kerana lebih cepat anda tahu, maka lebih peluanglah anda akan merasa langsir baru, perabut baru, kasut raya baru, baju bling-bling baru .... malah ada kemungkinan boleh menempah perabut baru. Heee.... 


Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari http://kakirebiu.blogspot.com/


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images