Buat Duit Dengan 10 Resepi Kuih Raya Lina
20:59Diam tak diam, hanya tinggal beberapa minggu kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Dan sudah semestinya kaum ibu dan hawa adalah orang yang paling risau dengan persiapan raya pula.
Dengan kos sara hidup yang tidak menentu ini, sudah pasti banyak perkara yang sedang difikirkan bagaimana mahu menambah pendapatan untuk belanja raya nanti. Bagi mereka yang sudah menjalankan perniagaan, ini adalah peluang menggandakan lagi pendapatan mereka.
Bagaimana pula kepada mereka yang tidak bekerja? Pastinya sedikit sebanyak perkara ini agak membebankan. Atas keperihatinan itulah, seorang usahawanita Puan Azlina Sidek terpanggil untuk berkongsi rahsia bagaimana beliau mencari duit raya dengan mengambil tempahan membuat KUIH RAYA!
Beliau mendedahkan 1/3 daripada tenaga buruh di Malaysia adalah wanita dan mereka ini terikat dengan komitmen kerja dan tiada masa nak buat kuih raya. Ini satu peluang yang baik. Tambahan beliau lagi, terdapat lebih kurang 5 juta unit rumah di Malaysia dan setiap isi rumah perlu disediakan dengan kuih raya sebelum menjelang Syawal.
Jika kita dapat memenuhi permintaan 1% dari jumlah di atas, pun lebih dari lumayan. 50'000 pengguna didarabkan dengan RM15 sebalang. Fuh! Raya sakan la nampaknya tahun ni ya...
Tetapi Puan Azlina sedar, mereka yang di luar sana agak sukar memulakan perniagaan ini kerana kebanyakan mereka tak tahu bagaimana hendak bermula. Mereka tiada sumber nak dapatkan bahan mentah berkualiti dengan harga yang berpatutan dan yang UTAMA mereka tiada resipi yang 'special' yang boleh menarik bakal pembeli!
Masalah-masalah kekurangan modal dan tidak dapat memenuhi tempahan luar jangkaan juga menjadi punca ramai yang tidak sanggup menjalankan perniagaan ini. Oleh sebab itulah Puan Azlina sanggup berkongsi rahsia bagaimana beliau mengatasi masalah-masalah di atas melalui Panduan Lengkap Bisnes Kuih Raya Berserta Dengan Teknik-Teknik Pemasaran Berkesan dan Resepi Lengkap Untuk Anda Terus Bermula, Berdasarkan Rahsia Perniagaan Beliau Lebih Dari 10 Tahun menjual kuih raya.
Saya pasti, anda di luar sana sudah tidak sabar untuk mengetahui bagaimana Puan Azlina menjalankan perniagaan ini. Isteri saya yang sudah membaca review ini juga berkali-kali mendesak supaya saya turut sama membantu beliau membuat kuih raya untuk jualan tahun ini.
Anda boleh lawat ke laman web Puan Lina di sini untuk melihat sejauh mana kejayaan beliau. Klik sini. Puan Lina juga akan memberikan sedikit tips persediaan sebelum bermula iaitu bagaimana cara berjimat dalam pembelian peralatan asas.
Harga bahan-bahan mentah melambung naik. Bagaimana pula kalau habis stok? Beliau akan dedahkan cara bagaimana mengatasi masalah ini. Yang menariknya, perkongsian petua dari Puan Lina ialah bagaimana mendapat tenaga kerja 'murahan'.
Bagi mereka yang pernah buat bisnes kuih raya, pasti anda tahu bagaimana peritnya mengadun tepung dalam jumlah yang banyak. Beliau ada rahsianya. Tanpa perlu menggunakan sebarang mesin pengadun, hanya ___________, masalah mengadun tepung akan selesai dan menjimatkan 30% daripada masa anda.
Ada beratus-ratus jenis kuih raya, bukan semua jenis sesuai untuk dijual. Puan Lina akan dedahkan cara-cara pemilihan jenis-jenis kuih yang sesuai untuk dijual. Berdasarkan pengalaman beliau selama 10 tahun, 10 jenis kuih ini adalah jenis kuih yang paling laris.
Oleh itu, anda boleh terus bermula dengan resipi lengkap yang beliau sertakan. Terdapat jenis-jenis kuih yang perlu dielakkan untuk di jual. Ramai pengusaha kuih raya melakukan kesilapan ini. Kenapa dan kuih-kuih yang bagaimana? Kalau nak jual jugak jenis-jenis kuih ni boleh, tapi ada kaedahnya.
Dengan kaedah ini __________ anda pasti selamat. Puan Lina juga akan berkongsi 8 strategi pemasaran yang perlu diketahui agar perniagaan anda bukanlah perniagaan yang sia-sia. Nanti orang lain bergembira di hari raya, anda pula mengalami sakit kerana teruk bertungkus-lumus tetapi bisnes tidak menjadi!
Pastikan anda miliki panduan ini secepat yang mungkin, kerana lebih cepat anda tahu, maka lebih peluanglah anda akan merasa langsir baru, perabut baru, kasut raya baru, baju bling-bling baru .... malah ada kemungkinan boleh menempah perabut baru. Heee....
Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari http://kakirebiu.blogspot.com/
0 comments