Bisnes Baju Kurung Boleh Untung Ke?

21:20


Sejak dapat gaji hujung bulan lepas isteri saya dah bunyi-bunyi... "Baju raya kita tahun ni kaler apa bang?" Saya masih terkebil-kebil nak jawab. Sebenarnya tak ada dalam perancangan lagi. Orang lelaki ni tak kisah, warna apa jenis apa kain tu pun tak mengapa. Janji berbaju masa raya nanti. Itu pun raya pertama sahaja yang meriahnya pun...

Dalam pada terkebil-kebil tu terfikir pula bagusnya jika saya dapat buat bisnes baju kurung ni. Tengok isteri saya tu, satu almari tak cukup baju kurung dia. Tetapi macam mana nak mula? Berapa modal permulaannya? Kalau dah ada modal, dah dapat bekalan.... mana pula nak dijualnya baju-baju tu nanti? 

Bila dah berbisnes, nak juga tahu anggaran keuntungannya nanti kan! Kalau cukup-cukup lepas modal saja, tak berbaloi la... Maknanya kita kena tahu kos beli dengan harga jual di pasaran. 

Baju kurung ni pula, ada pelbagai jenis. Kita nak juga kena tahu dan kenal pasti jenis-jenis baju kurung, jenis-jenis jahitan tangan, kualiti, jenis kain dan banyak lagi. 

Ramai orang menceburi bisnes ni, mereka selalu risau boleh ke laku? Persoalannya... ramai ke? Cuba anda fikir, mana lebih ramai, orang yang pakai baju kurung atau yang jual baju kurung? 

Peningkatan terhadap baju kurung meningkat setiap tahun. Bila tiba bulan puasa, permintaan mendadak sehingga 10 ke 20 kali ganda. Anda tidak perlu risau, biasanya baju kurung memang laris. 

Maklumlah, bila bekerja ada sesetengahnya terpaksa pakai baju kurung, bila tiba musim kenduri, kena juga pakai baju kurung. Bila raya wajib ada baju kurung sampai 7 pasang! 

Jadi saya pun carilah maklumat-maklumat di internet dan terjumpalah satu panduan yang ditulis oleh saudara Ikhwan Fahmi. Beliau ni Reseller berdaftar Bisnes Baju Kurung. 

Dalam panduan tersebut, beliau menceritakan bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan bisnes baju kurung ni.

 

Antara tips yang diberikannya ialah bagaimana kita hendak menjual baju kurung di facebook. Ikhwan telah berkongsi dengan saya tentang 7 cara menjual baju kurung di Facebook iaitu: 

1. Bina Fan Page 

Fahmi mencadangkan agar saya perlu ada kedai online di Facebook. Nak bina Fan Page tak susah. 5 - 10 minit sudah siap. Kemudian jemput rakan-rakan untuk Like pada Fan Page anda. 

2. Masukkan gambar-gambar baju kurung 

Fahmi meminta saya ambil gambar baju-baju kurung yang bakal dijual. Digalakkan guna kamera digital untuk mendapatkan gambar yang berkualiti. Jika anda guna telefon kamera, bimbang kalau gambar baju kurung kabur dan tidak jelas. 

3. Lengkapkan maklumat baju kurung 

Masukkan perkara yang berkaitan dengan baju kurung yang dijual. Contohnya dari segi ukuran, saiz, jenis kain dan jenis baju kurung. Ia akan memudahkan kita berurusniaga dengan pelanggan. 

4. Nyatakan kaedah tempahan dan bayaran 

Berikan maklumat bagaimana untuk menempah baju kurung dari anda dan langkah pembayaran yang perlu bakal pelanggan anda patuhi. Digalakkan menggunakan akaun bank seperti Maybank dan CIMB. 

Pastikan pelanggan menghantar bukti pembayaran menerusi emel atau SMS. 

5. Balas setiap soalan dan komen 

Jawab setiap soalan dan komen dari prospek sepantas boleh. Ini akan meningkatkan kepercayaan prospek terhadap anda sekaligus menjadi pelanggan. 

6. Upah model baju kurung 

Cari model yang boleh menggayakan baju kurung yang anda jual. Ini lebih baik daripada guna patung berbaju kurung. Jadi baju kurung tersebut akan kelihatan hidup (menepati gaya pemakaian kaum hawa sendiri) dan mampu menarik perhatian pembeli. 

7. Kongsikan panduan dan nasihat 

Kongsikan panduan pemakaian baju kurung dari masa ke semasa. Selitkan panduan memilih corak dan kain untuk baju kurung. Berikan nasihat ini kepada Fans supaya mereka dapat manfaat dari Fan Page anda. Mereka pasti akan Share informasi tersebut pada Wall masing-masing dan Fan Page anda akan menjadi Viral tanpa perlu buat Facebook Ads. 

Terdapat 8 panduan utama yang dikongsikan oleh Ikhwan Fahmi ni, antara yang akan disentuh ialah 
  • Asas Bisnes Baju Kurung, Jenis - Jenis Baju Kurung , bagaimana mendapat Keuntungan 100%,
  • Senarai Pembekal, Teknik Jual Online dan Offline, Strategi Untung Besar dan Pantas dan yang penting adalah Langkah A sampai Z Bisnes Baju Kurung. 

Untuk lebih banyak informasi bisnes Baju Kurung, terus layari laman web beliau kerana selain 8 panduan di atas, Ikhwan Fahmi ada memberikan 7 lagi bonus yang mampu memantapkan impian anda dalam bisnes baju kurung. 

Klik link berikut: http://p.pw/bafmuf 

Panduan ini bukan saja boleh dicuba oleh mereka yang bergelar peniaga, malah surirumah, pelajar perempuan, cikgu sekolah, Peniaga pasar malam, Peniaga di Jalan Masjid India, Peniaga Uptown, Pemilik butik, Penjual baju kurung, Penganggur, Pencari peluang, Kaum suami seperti saya, Lepasan SPM, Graduan mengganggur, Sesiapa sahaja yang nak buat bisnes sampingan malah Sesiapa sahaja yang ingin berniaga hanya dari rumah! Pendek kata kalau nak berniaga baju kurung ni, sesiapa pun boleh asalkan anda ada USAHA UNTUK BUAT. Bukan hangat-hangat tahi ayam. 

Diharap angan-angan saya tadi secara tak langsung boleh menukar anda menjadi usahawan baju kurung yang berjaya. 

Klik http://p.pw/bafmuf untuk dapatkan panduan tersebut dan pastikan sekali lagi, buat dengan jayanya bukan separuh jalan!

Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari www.rebiu.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah. 😀

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images