Foto atau Selfie ganjaran RM1500





Magic Of The Night - Peraduan

28 - 29 Mei 2015

Berita baik untuk penggemar fotografi dan selfie!

Jom beramai-ramai sertai Peraduan Fotografi dan Peraduan Selfie sempena acara Keajaiban Malam ‘Magic Of The Night’ pada 28 Mei ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai menarik!

Untuk muat turun borang serta info lanjut peraduan, sila layari:http://goo.gl/KuZNl2

Jom join SAYEMBARA PENULISAN PUISI PERKHIDMATAN AWAM


Kepada korang yang berminat dalam penulisan puisi, apa kata korang join pertandingan ini sempena program Persada Transformasi dan sambutan United Nation Public Service Day 2015, satu sayembara penulisan puisi Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertemakan “Menjunjung Khidmat, Melestari Transformasi (An Honour To Serve)” diadakan bertujuan meningkatkan daya kreativiti penulisan karya dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam selain menerapkan semangat kecintaan dan bangga terhadap perkhidmatan awam.

Penyertaan sayembara penulisan puisi ini terbuka kepada semua pegawai perkhidmatan awam. Borang penyertaan, syarat dan peraturan serta hadiah yang ditawarkan dinyatakan dalam lampiran PDF yang disertakan.Tempoh penerimaan karya bermula pada 15 Mei 2015 hingga 8 Jun 2015. 

Sempat lagi nak join, ada lebih kurang 2 minggu dari sekarang!

Kepada yang nak join, sila download borang penyertaan di sini: KLIK UNTUK DOWNLOAD!

Bagaimana Menulis Buku Bergambar Kanak-Kanak

Klik gambar untuk beli naskhah ini!


Mungkin anda seorang penulis buku kanak-kanak, atau mungkin anda seorang illustrator atau editor buku yang menjadi tempat rujukan bagaimana hendak menulis buku kanak-kanak.

Atau anda seorang ibu yang rajin bercerita kisah-kisah pengembaraan kepada anak-anak anda dan mahu cerita-cerita tersebut dibukukan.

Walau siapa pun anda, mungkin panduan "Bagaimana Menulis Buku Bergambar Kanak-Kanak" ini membantu. Buku bergambar kanak-kanak ini paling tebal dihasilkan dengan 32 halaman bergambar.

Terdapat 9 tips yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda Menulis Buku Bergambar Kanak-Kanak.

1. Persiapkan Diri Anda.

Menulis buku kanak-kanak sebenarnya kerja mudah. Tetapi menulis buku kanak-kanak yang baik adalah sukar. Ia memerlukan proses yang agak panjang.

Majoriti buku-buku bergambar yang dihasilkan pasa ini menggunakan kurang dari 1000 patah perkataan. Dan memerlukan penghayatan seni yang lebih kerana penceritaannya melalui teks yang sedikit dan gambar "yang bercerita".

2. Banyakkan Membaca Buku Bergambar Kanak-Kanak.

Setiap buku bergambar mempunyai sejarah dan penceritaannya yang tersendiri. Oleh itu anda perlulah membuat rujukan dan membaca seberapa banyak buku bergambar sebelum anda mula mengarang. Lihat bagaimana penulis dan pelukis menggabungkan teks dan gambar menjadi sebuah cerita yang menarik.

Cuba anda ambil sebuah buku bergambar, dan asingkan ayat dengan gambar. Lihat, bagaimana kekuatan teks tanpa gambar dan juga sebaliknya. Pelajari karya-karya Sendak, Silverstein, dan Seuss. Lihat bagaimana mereka bercerita.

Jangan hanya menghabiskan masa di rak buku kanak-kanak sahaja. tetapi ambil peluang dengan membacanya secara serius. Anda akan mula memahami adakah buku bergambar yang anda baca itu sampai maksudnya atau tidak. 

Lama-kelamaan anda dapat memahami dan membezakan buku dikategori baik ataupun tidak.

3. Tuliskannya!

Anda bukan semata-mata menjual idea. Tetapi anda perlu bersungguh-sungguh menulisnya!

4. Elakkan Cerita Berima

Cerita berima adalah rumit - jangan cuba melainkan anda seorang pengarang syair yang hebat! Ia buruk sekali apabila sebuah puisi untuk kanak-kanak tidak sampai maksudnya.

Membaca buku bergambar sebenarnya perlu dibaca dengan kuat. Tetapi jika menggunakan rima dan tidak kena iramanya, itu adalah bencana kepada penulis!

5. Tidak Perlu Gambar Apa Yang Ingin Anda Sampaikan.

Apabila menghantar manuskrip kepada syarikat penerbit. Elakkan dari menghantar ilustrasi yang menggambarkan cerita anda. 

Apabila penerbit setuju untuk menerbitkan buku anda, mereka akan mengupah pelukis untuk buku anda itu. Kecuali anda menulis dan melukis sendiri cerita anda itu, seperti saya!

6. Tunjukkan Kepada Kanak-kanak

Tunjukkan cerita anda kepada sekumpulan kanak-kanak yang anda tidak mengenali mereka. Apabila editor atau pihak penerbit menolak karya anda, alasan "anak saya sukakannya!" adalah perkara biasa.
Tetapi 99% pembaca bukan yang berkaitan dengan anda.

Cuba bacakan cerita anda di hadapan 30 kanak-kanak yang berlainan karekter. Lihat telatah mereka sama ada mereka berminat, bosan atau tidak fokus. Kira jumlah yang dikategorikan tadi. Itulah ukuran jumlah pembaca anda nanti.

Kaji di mana kekuatan dan kelemahan karya anda dan segera perbaikinya supaya karya anda dapat menarik seluruh pendengar testimoni anda tadi.

7. Hantar Kepada Penerbit

Setiap penerbitan mempunyai pegawai yang akan menapis setiap manuskrip yang dihantar dan memberikan kepada editor yang sesuai dengan niche yang anda cuba sampaikan.

Semua bacaan anda di Langkah 2 akan membantu anda memilih syarikat penerbitan yang sesuai dengan gaya penulisan anda.

Semasa menghantar manuskrip anda, pastikan anda menulis nama anda dengan betul, sertakan ringkasan cerita dan mengapa anda menulis manuskrip tersebut dan kenapa anda memilih syarikat penerbitan tersebut untuk menerbitkan karya anda.

8. Bayaran Royalti

Dari bahagian penapisan manuskrip tadi, akan dihantar kepada editor yang sesuai. Dari situ, editor tersebut akan memperkenalkan dan berbincang pula dengan kumpulan editor lain untuk menilai tentang kekuatan manuskrip anda, cadangan harga dan royalti yang bakal anda perolehi nanti.

Setelah dipersetujui, barulah editor akan menghubungi anda dan berbincang lanjut pula dengan anda. Sekiranya persetujuan dicapai, barulah editor akan menghantar surat tawaran dan perjanjian untuk anda tandatangani.

9. Illustrasi

Pihak penerbitan akan mengupah pelukis untuk melukis cerita anda. Anda dijemput untuk memberikan pendapat tentang lakaran tetapi anda tidak boleh mencampuri urusan editor. Semasa memberikan pendapat, cuba merendah diri dan memberikan kerjasama. Mungkin anda kurang berpuas hati, tetapi ianya perlu anda hadapi.

Dalam proses buku bergambar, pelukis ilustrasi bertanggungjawab hampir 50% dari karya anda. Dia yang akan menentukan bagaimana cerita anda divisualkan, bagaimana watak-watak diwujudkan, bagaimana latar tempat dan masa digambarkan.

Itulah cabaran dan keajaiban menghasilkan buku bergambar!










Kos Perkhidmatan Ilustrasi

Kepada anda yang memerlukan khidmat Illustrator, berikut adalah Harga yang ditawarkan mengikut kategori :

  • Single-Side (A4 - Black & White) = RM60
  • Double-Side (A3 - Black & White) = RM 90
  • Single-Side (A4 - Full Color) = RM90
  • Double-Side (A3 - Full Color) = RM 120
  • Chiby Character ( 1 character - Full Color) = RM100
  • Chiby Character (2-4 character - Full Color) = RM200
  • Character for Greeting Card Design (2DL) = RM 50
Sila wasap saya ke 018-8717228 untuk berbincang lebih lanjut dengan masukkan info berikut:
  • "PERKHIDMATAN MEMBUAT ILLUSTRASI".
  • Berikan salinan Bab 1 (jika Novel/Buku Cerita) untuk saya adaptasikan perenggan yang sesuai menjadi illustrasi.
  • Jika berpuas hati, sila sediakan dokumen perjanjian perkhidmatan dan rundingan harga yang dipersetujui. 
  • Kemudian, berikan keseluruhan BAB dengan diHighlightkan perenggan-perenggan yang perlu untuk diillustrasikan.
  • Semua Master-Illustrasi yang akan diberikan adalah dalam format (AI) dan (PDF).
Pembayaran:
  • Salinan beresolusi rendah (jpeg) akan diserahkan kepada pelanggan untuk tujuan semakan dan pembetulan.
  • Pembayaran adalah dalam bentuk tunai/cek kepada nama dan no akaun yang akan diberikan kemudian.
  • Selepas bayaran diterima, MASTER-FIlES akan diberikan melalui email atau DVD (dengan kos penghantaran ditanggung oleh saya).
  • Selamat berurusniaga dengan MOMOKZ!

Salam Perkenalan dari Key


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Bismillah, saya mulakan pembuka bicara untuk blog ini dan terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini. Secara jujurnya saya mempunyai harapan yang tinggi jika saya dapat bertahan dengan penulisan melalui blog ini dalam bidang yang saya minati dan sebahagian dari hidup saya iaitu rekabentuk grafik, fotografi dan ilustrasi.

Ketiga-tiga cabang seni ini sememangnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Hanya medium dan persembahannya saja yang berbeza.

Dan...

Permulaan saya adalah seorang kartunis sambilan di sebuah majalah kartun tempatan sekitar tahun 1996 hingga 1999. Pada masa yang sama, iaitu pada tahun 1996 saya melanjutkan pelajaran di UiTM Melaka dalam jurusan Art & Design sehingga tahun 2000.

Pada tahun saya grad itu juga, saya mendapat pekerjaan pertama saya di KIRAWANG Sdn. Bhd sebagai Pereka Grafik. Kira-kira 2 tahun juga di sana sebelum saya ditawarkan jawatan Pereka B41 di Jabatan Penerangan Malaysia.

Tahun 2002 adalah permulaan kerjaya saya sebagai penjawat awam. Waktu tu ofis kami di Bangunan BERNAMA (belakang Perpustakaan Negara).

Kemudian saya mengisi penempatan di Bahagian Komunikasi Visual, Jabatan Penerangan Sabah pada tahun 2003 hinggalah tahun 2007 sebagai Ketua Penolong Pengarah. Memang banyak pahit-manis yang saya lalui sepanjang tempoh itu. Memang pengalaman terbest dalam hidup saya semasa di sana. Habis satu Sabah dah saya jelajahi...

2007 kembalinya saya sebagai "Orang KL". Menyewa di Taman Puncak Jalil membuatkan saya lebih survive. Anak masa tu pun dah tiga orang dan masih kecil-kecil... Tahun itu jugalah saya cenderung kepada fotografi dan pernah jugalah bergelar "Jurufoto Kahwin" dalam 2-3 tahun jugak sebelum saya berehat panjang.

Alhamdulillah pada 2013 saya mendapat tawaran kenaikan pangkat dari Pereka B41 kepada Pereka B44. Masalah utamanya (masalah peribadi je nih...) bermulanya kehidupan bahagi dua.

Kalau sebelum ini saya ke tempat kerja, naik satu kereta je. Sekarang kena tambah kereta pulak! Dulu pejabat di KL berpindah ke Putrajaya. Rasa lega dan save bajet. Saya dah pun menetap di Sepang. Kira-kira bajet tu adalah save sikit.

Sekarang balik semula ke KL dan bertambah pulak kos... Huhuhu. Bertahan selagi mampu bagi mencari sesuap nasi. Hahahaha!

Apa pun, bukanlah saya nak cerita hal peribadi saya di sini. Sekurang-kurangnya korang yang membaca ni boleh mengenali saya serba sedikit. Nanti korang jugak yang komplen apalah kepakaran saya nak tunjuk itu ini. Alhamdulillah, saya ada banyak terima ilmu yang bermanafaat untuk dikongsikan dan saya juga pernah mengajar beberapa agensi dalam bidang Grafik ini.

So... apa salahnya saya kongsikan di sini pulak kan! Salam kenal untuk korang...

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images