Kaya Dengan Bersedekah
01:26
Anda nak kaya? Sebahagian besar kita akan jawab YA! Saya nak kaya, banyak duit, kereta besar, rumah besar, apa nak semua boleh beli.
Tapi ramai masih tak tahu formula sebenar untuk kaya semudah kita bersedekah. Ya, bersedekah itu boleh menghalang bencana dan bala… dan sedekah itu juga, berupaya memadamkan api neraka. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sejak kecil kita dah tahu pun apa itu SEDEKAH, bagaimana hendak bersedekah, kepada siapa kita patut bersedekah dan di mana kita hendak bersedekah. Tetapi kadangkala dengan faktor kesibukan urusan dunia, ditambah dengan pelbagai sumber informasi yang masuk ke dalam minda kita, kita semakin lupa amalan BERSEDEKAH ini…
Jadi, saya nak berkongsi ilmu yang telah dibukukan oleh seorang sahabat iaitu saudara Zahidan Abdul Aziz. Himpunan ilmu dalam bentuk ebook ini membicarakan tentang kelebihan bersedekah serta bagaimana orang yang suka bersedekah, boleh menjadi kaya dan melimpah-ruah rezekinya. Ia turut memuatkan kisah tentang seorang manusia biasa yang merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di sekelilingnya sebagai sedekah.
Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja. Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah. Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah menerusi ebook ini. Ketahuilah selok-belok bersedekah, kerana tidak semua sedekah diterima Allah.
klik sini: http://bit.ly/1QjZ9qCmembers/idevaffiliate.php…
Di dalam panduan tersebut Zahidan membukukan 32 tajuk yang menarik untuk dibaca, dihayati dan diamalkan semula dalam kehidupan seharian kita. Beliau akan menerangkan Pengertian Bersedekah dan jenis Sedekah yang Wajib dan Sunat. Beliau juga ada menyentuh Luasnya Makna Bersedekah dan Bersedekah Adalah Dinding Dari Api Neraka.
Zahidan juga menceritakan tentang Tujuh Golongan Manusia yang Dinaungi di Akhirat dan begitu Istimewanya Orang Bersedekah. Tahukah anda Allah menghukum mereka yang meminta-meminta dan ada diterangkan di dalam bab Azab Bagi Peminta Sedekah.
BAB 8 turut menceritakan Hamba Allah yang Paling Baik dengan Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan. Anda tidak perlu risau apabila bersedekah kerana Sedekah Tidak Mengurangi Harta, malah Pahala Orang Bersedekah akan berterusan Sampai Bila-Bila.
Zahidan juga ada berkongsi amalan Sedekah Yang Tidak Diterima. Ini kita perlu tahu supaya amalan sedekah kita tidak menjadi sia-sia dan memudaratkan pula.
Ketahuilah bagaimana hendak merebut Satu Pintu di Syurga Bagi Orang Bersedekah dan Sedekah Yang Paling Afdhal dilakukan.
Jangan kita lupa bahawa Allah Menyusutkan Harta Riba’ dan Memberkati Sedekah dan Setiap Sedekah yang kita hulurkan Akan Diganti.
Antara bab-bab seterusnya yang terkandung di dalam ebook ini ialah:
BAB17 : Sedekah Menghubungkan Silaturrahim
BAB 18 : Balasan Bagi Orang Munafik yang Mencela Orang Besedekah
BAB 19 : Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebiji Kurma
BAB 20 : Sedekah Orang Melayu Terkaya di Malaysia
BAB 21: Jangan Takut Miskin
BAB 22 : Sedekah Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat
BAB 23 : Kisah Orang Berhenti Mencuri Kerana Sedekah
BAB 24 : Sedekah Dapat Menghapuskan Kesalahan
BAB 25 : Sedekah Menyucikan Hati
BAB 26 : Sedekah Digandakan 700 kali ganda
BAB 27 : Bersedekah Menolak Bala
BAB 28 : Amalan yang Melebihi Pahala Bersedekah
BAB 29 : Ubat Penyakit Dengan Bersedekah
Bab 30 : Kehebatan Sedekah di Bulan Ramadhan
Bab 31: Balasan Bagi Orang yang Kedekut/Kikir
Bab 32: Orang Kaya Yang Banyak Berderma
Bersempena kita bakal menyambut bulan ramadan ini, amalan bersedekah amatlah dituntut kerana di situlah menunjukkan kekuatan kita sebagai umat Islam sejati yang bersama-sama membantu meringankan beban saudara Islam kita dengan bersedekah.
Satu panduan yang harus dimiliki supaya kita diberkati dan inshaallah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
klik sini: http://bit.ly/1QjZ9qCmembers/idevaffiliate.php…
Notis: Jika anda berminat dengan tips dalam artikel di atas dan ingin tahu lebih lanjut, sila layari www.rebiu.com. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang posting ini di bawah.
The post Kaya Dengan Bersedekah appeared first on Review - Advertorial.
digital, review, bagaimana nak kaya, bersedekah, kaya dengan bersedekah, kelebihan sedekah, rahsia bersedekah, rahsia menjadi kaya, rahsia murah rezeki
0 comments